Sunday, May 16, 2010

PENULIS MUST READ TERIMA ANUGERAH


PENULIS MUST READ TERIMA ANUGERAH
Friday, 02 April 2010 02:07 | Written by kahar |
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PENULIS MUST READ TERIMA ANUGERAH

Semasa pelancaran buku 'Bila Zina Menjadi Budaya', pihak Must Read dengan bangganya telah memberi Anugerah Penghargaan Penerbit kepada penulis-penulis kami yang mana buku tulisan mereka telah mencatatkan penjualan yang memberangsangkan. Anugerah ini adalah sebagai penghargaan kami kepada penulis yang telah menerbitkan buku dibawah jenama Must Read juga sebagai galakan kepada mereka untuk berusaha lebih kuat bagi menghasilkan buku-buku yang lebih bermutu.
Dalam usaha kami bagi membantu perkembangan industri buku tanah air, pihak kami berpendapat perlu ada satu mekanisme galakan kepada penulis-penulis kita. Pihak kami berharap dengan adanya anugerah penghargaan kepada penulis ini akan mewujudkan satu motivasi kepada penulis-penulis agar berusaha dengan lebih gigih bagi menghasilkan buku yang berkualiti. Seterusnya dengan penghasilan buku yang berkualiti dapat memupuk sifat suka membaca di kalangan rakyat kita. InsyaAllah.

Dato' Hashim menyerahkan Anugerah Emas kepada En Rozzani Din penulis buku 'Bongkar Misteri Tarikh Lahir Anda'

Dato' Hashim menyerahkan Anugerah Penghargaan penerbit kepada En Ghazali Ibrahim penulis buku 'Urus Harta Sebelum Mati'

Penerima anugerah bergambar bersama Pengerusi Must Read dan Pengarah Urusan Must Read
Senarai penulis yang menerima anugerah adalah seperti berikut:

ANUGERAH EMAS
1. En Rozzani Din (Bongkar Misteri Tarikh Lahir Anda)
2. En Ann Wan Seng (Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata)

ANUGERAH PENGHARGAAN PENERBIT
1. Cik Siti Munazakiah (Diari Sufi)
2. Cik Diya Nordin ( Naqiah Khalida)
3. Pn Normala Kari (Cinta Adam Dan Hawa)
4. En Haniff ( Baitul Maqdis)
5. En Ghazali Ibrahim ( Urus Harta Sebelum Mati)
6. En Alwi Alatas ( Bila Allah Menduga Kita)
Oleh itu, pihak Must Read mempelawa kepada penulis-penulis yang berminat untuk menerbitkan bukunya dengan kami boleh menghubungi kami di admin@mustread.com.my .

http://www.mustread.com.my/index.php/component/content/article/34-berita/103-penulis-must-read-terima-anugerah.html

No comments: