Tuesday, November 9, 2010

No 1 Best-seller


Alhamdulillah, selama tiga minggu berturutan buku 'Bila Allah Menduga Kita' menjadi no. 1 best-seller dalam senarai list MPH bookstore (salah satu bookstore terbesar di Malaysia).

http://bookgalaxo.com/category/best-sellers/

MPH Bestsellers List for Week Ending Nov 7, 2010

Local Author
1) Bila Allah Menduga Kita by Syed Alwi Al-Atas

2) Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardu Ain Lengkap Bergambar) by Dato Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen

3) For Mum: Forever and After by Abdul Aziz Zain Hashim

4) Ketuk-Ketuk Sheila Rusly : 62 Himpunan Resipi Selebriti dari Rancangan TV Ketuk-Ketuk Ramadan by Sheila Rusly

5) Indahnya Amalan Doa by Dato’ Ismail Kamus


MPH Bestsellers List for Week Ending Oct 31, 2010

Local Author
1) Bila Allah Menduga Kita by Syed Alwi Al-Atas

2) Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardu Ain Lengkap Bergambar) by Dato Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen

3) Indahnya Amalan Doa by Dato’ Ismail Kamus

4) Smart Parents Richer Kids by Azizi Ali; Zaid Mohamad

5) Laluan ke 2 – ke Puncak (Bacaan untuk Mereka yang Sedang Gagal, Orang Berjaya Dilarang Membaca) by Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj


MPH Bestsellers List for Week Ending Oct 24, 2010

Local Author

1) Bila Allah Menduga Kita by Syed Alwi Al-Atas

2) Di Mana Dia Di Hatiku? Allah itu Hampir Tapi, Kenapa Aku Masih Meminggir? Akalku Alpa Berfikir, Hatiku Lupa Berzikir… by Pahrol Mohd Juoi

3) Jadi ‘Cool + Positif: Psikologi Suka-Suka (Kompilasi Ruangan Psikologi Majalah Remaja) by editor-Wan Erni Liza Mat Izatzi

4) Indahnya Amalan Doa by Dato’ Ismail Kamus

5) Location, Timing & Branding by Ho Chin Soon

Monday, November 8, 2010


Syukran: Usaha Tuan Memang Wajar dihargai!
Salam ukhuwwah.

By: Rashidah Razak

Pada hari yang bening ini,saya ingin berkongsi rasa bagi merakamkan terima kasih di atas kesudian penulis buku Bila Allah Menduga Kita mengambil ulasan peribadi saya tentang buku karangan beliau.Pada hemat saya,untuk menyiapkan buku tersebut pasti menuntut pengorbanan masa,tenaga serta jihad yang cukup tinggi kerana penulis perlu menyelusuri pelbagai pengalaman orang serta memilih potongan ayat-ayat suci juga hadith pilihan.Maka,usaha sebegini wajar dihargai,diwar-warkan.Syukran kepada penulis dan team penerbitan.

Istimewanya buku itu:
Sebenarnya buku itu merupakan pemberian daripada suami.Walaupun saya yang memilihnya di antara ratusan buku-buku lain di bahagian motivasi di kedai buku Popular(cawangan Amcorp Mall,PJ),tetapi beliaulah yang membayarnya(syukran ya Akhi).Sebagai ahli Popular sekian lama,maka saya tidak pernah membeli sebuah buku dalam satu-satu masa dan hari itu saya telah memborong beberapa siri motivasi lain yang insyaAllah akan saya nukilkan ringkasannya satu-persatu.

Kenapa buku Motivasi?
Sejak lama dulu,buku motivasi bukanlah pilihan utama saya jika ke kedai buku.Pada kebiasaannya saya akan memilih buku berunsur ilmiah,keagamaan serta novel motivasi.Buku pertama berunsur motivasi yang saya miliki ialah Seteguh Tekad karangan guru yang saya hormati:Prof Dr Sidek Baba yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu.Itupun saya telah beberapa kali meminjamnya daripada seorang teman.Saya cuma membelinya sekitar 4 Disember 2009(ulangtahun pernikahan kali ke 5)ketika guru saya itu menyampaikan ilmu dalam satu wacana pendidikan anjuran Fakulti Pendidikan tempat saya berkhidmat.Sementelah saya menguruskan bahagian pendaftaran peserta,peluang bertemu beliau memberi saya kesempatan bertanya khabar,membeli buku serta mendapatkan tandatangannya di halaman pertama buku tersebut.Itulah buku pertama motivasi yang saya miliki!

Buku karangan siapa?
Walaubagaimanapun,saya bukan termasuk dalam kategori devoted pada penulis tertentu.Sebelum inipun,saya telah membuat ulasan tentang bacaan saya untuk buku:"Supaya Gelisah Bernilai Ibadah".Kebanyakan yang menjadi koleksi motivasi saya sekarang adalah berdasarkan profil mereka dalam bidang masing-masing serta penelitian saya sendiri ketika memilih di toko kegemaran.Pada masa akan datang,insyaAllah saya akan mengulas dua buku karangan Dr HM Tuah Iskandar termasuk yang terkini iaitu Cipta Syurga di Hati.

Lain-lain buku.
Selain itu,mudah-mudahan saya juga diberi kesempatan untuk mengulas bacaan saya tentang kompilasi pelbagai cerita sebelum dan selepas perkahwinan dari Majalah Pesona Pengantin dan Majalah Seri Dewi dan Keluarga.Ia merupakan karangan penulis yang menyentuh naluri saya iaitu Tn Abd Jalil Ali berjudul Asam Garam Gula & Kopi..Ringkasnya saya memang tidak hanya tertumpu kepada satu penulis sahaja,tetapi ia masih lagi berkisar kisah pengalaman yang memberi motivasi dan inspirasi dan tazkirah menyentuh hati buat saya.

Kenapa buku berunsur motivasi?
Selain majalah Solusi pemberian suami,saya turut memilih untuk membaca buku motivasi.Ia rentetan daripada peristiwa mengalami satu ujian kecil,iaitu kehilangan bayi lelaki saya,allahyarham Muhammad Fathi April lalu.Pemergian bayi yang dikandung sekian sembilan bulan itu,bahkan anak lelaki pertama saya dan suami memang mengesankan.Bukan tidak menerima ketentuan dariNya,tetapi ingin menghiburkan hati serta menguatkan semangat dengan membaca pengalaman mereka yang pernah menempuh ujian yang pelbagai.Selain menatap mushafNya,bacaan sebegini memberi kelapangan hati dan rasa syukur yang tinggi kerana membandingkan apa yang saya lalui cumalah ujian kecil berbanding dengan ujian yang lebih besar dihadapi oleh orang lain.

Membaca juga merupakan satu terapi minda yang baik.Selain memberi motivasi,ia juga menuntut pembaca meluangkan masa dan perhatiannya pada bacaan tersebut.Maka,dalam situasi saya,saya disibukkan dengan pembacaan dan tidak sempat untuk meratapi kehilangan,terbuai-buai dengan kenangan dan sebagainya.Yang penting kini ialah bagaimana untuk melihat ujian tersebut dari sudut yang positif dan menjadikan ia sebagai motivasi kepada orang lain yang mungkin turut merasai kepedihan atas sebab yang pelbagai.Membacalah,anda tidak akan rugi!

*************************************************************************************
Kredit untuk Tn Syed Alwi alAtas:

June 11, 2010 at 4:47am
Re: Bila Allah Menduga Kita

Salam. Terima kasih banyak Siti Rashidah sudah membaca buku itu dan saya bersyukur sekiranya buku itu dirasai sangat bermakna. Saya sudah membaca tulisan pada blog Siti tersebut beberapa hari lepas dan memuatnya kembali di dalam blog saya (http://www.facebook.com/l/27ff6;bilaallahmenduga.blogspot.com/2010/06/bacaan-bila-allah-menduga-kita-bamk.html) dan men-share tulisan tersebut di facebook. Mudah-mudahan Siti tidak berkeberatan (saya mencantumkan nama penulis asalnya berikut link ke blog Siti).

Saya suka membaca tulisan tersebut dan mengucapkan banyak terima kasih atas syor yang Siti buat. Dan sekarang ini saya baru mengetahui ternyata penulisnya baru mendapat dugaan, yaitu kehilangan anak. Saya teramat sedih mendengarnya dan turut mendoakan semoga Allah meringankan beban Siti dan keluarga dan mengganti kehilangan itu dengan sesuatu yang lebih baik.
*************************************************************************************
Mudah-mudah Allah memberi kebaikan atas usaha tuan,amin.

http://ukhtiez.blogspot.com/2010/06/syukranusaha-tuan-memang-wajar-dihargai.html?spref=fb