mASIH mAMPU BerSYUKUr
Posted by chEMPAKA at Sunday, May 09, 2010
Aku selalu mengeluh tentang keje aku......penatla...keje kadang2 9-9pm.tau2 je la kitchen.....gaji ciputla......mcm2 ketidakpuasan yg aku lontarkan tentang keje aku..tp bila aku terbaca kisah ini....airmata aku mengalir serta-merta.....
jam menunjukkan pukul 2.30 pagi malah masih terlalu awal. Pakcik yg berumur sekitar 50-60an lengkap berpakaian seragam tanpa jaket begitu tekun melakukan kerjanya membersihkan sampah dibahu-bahu jalan, masukkannya dlm tong sampah dan dia melakukan semua itu dengan bersungguh-sungguh tanpa perasaan jijik. Jika seawal pagi ini pakcik tua itu sudah mula bekerja, pada pukul berapa pula dia bangun dan bersiap-siap untuk pergi bekerja?
Seorang wanita menghampiri pakcik itu untuk bertanyakan tentang aktiviti pakcik itu setiap hari.
"Pakcik tidur selepas Isyak, sekitar jam 9 mlm." Pakcik itu memulakan cerita. "Kemudian bangun semula seawal jam 1 pagi dan pakcik sempat untuk Qiamullai, setelah itu baru pakcik bersiap untuk menyapu jalan. Sebelumnya, jika ada makanan di rumah, pakcik makan dulu dan kalau tidak ada pakcik akan bersarapan teh panas saja. Selesai menyapu dan ke tempat pembuangan sampah, jam 4 pagi, alhamdulillah pakcik masih sempat solat Subuh berjemaah di masjid. Selesai solat pakcik bantu isteri buat adunan tepung goreng dan di sebelah petang pakcik membantu isteri menjual di sekolah. Alhamdulillah pakcik masih sihat, tidak pernah sakit walaupun pekerjaan pakcik mengangkut sampah. Mungkin kerana sering cergas bergerak menyapu jalan setiap hari, maka tidak sakit".
Ketika ditanya tentang pendapatannya, pakcik hanya tersenyum sambil menjawab, "Alhamdulillah, rezekinya sentiasa ada. Kalau soal cukup atau tidak gaji kurang dari rm100.00 satu bulan, apalagi dengan keadaan sekarang pastinya tidak cukup. Apalagi anak pakcik yang paling kecil masih ada yg sekolah di kolej agama. Tapi semuanya sudah diambil kira, pakcik terus berusaha. Yang penting berkat". (Bila Allah menduga kita)
Mengalir airmataku tatkala membaca kisah ini. Pakcik ini hidup bersederhana dan kerja seawal pagi namun tidak sesekali mengeluh malah senantiasa mengungkapkan kalimah Alhamdulillah, walaupun keadaannya begitu susah namun tetap bersyukur atas nikmat yg Allah kurniakan......Bersama kita renungkan kisah ini.....
http://bokbongtuyuk.blogspot.com/2010/05/masih-mampu-bersyukur.html
No comments:
Post a Comment