Wednesday, May 12, 2010
Bila Allah Menduga Kita - Citratus
THURSDAY, FEBRUARY 25, 2010
'Bila Allah Menduga Kita'
http://citratus.blogspot.com/2010/02/bila-allah-menduga-kita.html
By Citratus
Bila Allah Menduga Kita karya Syed Alwi Alatas merupakan sebuah buku terbitan Mustread Sdn Bhd ( 2010 ). Sejurus membeli, saya terus membacanya. Susunan dan gaya bahasa serta isi yang menarik menyebabkan saya menghabiskan 2 jam untuk segera menghabiskannya.
Secara ringkas, buku ini sebuah buku yang bagus. Apabila membacanya, ia mampu mencetus motivasi untuk kita sentiasa meletakkan sandaran kepada Allah dalam segala urusan kehidupan. Samada ianya suka mahupun duka, kita yakin ia sebagai satu ketentuan yang ditetapkan buat diri kita.
Penulis menekan dua sikap utama dalam menjalani memahami urusan takdir; iaitu syukur dan sabar. Sifat syukur dan sabar adalah senjata ampuh yang membuatkan seorang muslim itu gagah mengharungi segala kepahitan hidup.
Di halaman 118, penulis turut menyebut bahawa terdapat 3 cara bersyukur.
1 - Bersyukur dengan hati
Ini adalah yang pertama dan yang paling penting. Kerana orang yang hatinya tidak bersykur, maka lisan dan perbuatannya juga tidak bersyukur. Walaupun percakapan dan perbuatannya bersyukur, ianya tidak sempurna kerana ia tidak diikuti dengan kesedaran hati. Hati yang bersyukur sentiasa merasai nikmat dalam setiap keadaan.
2 - Bersyukur dengan lisan
Ucapan kesyukuran yang dizahirkan dengan ungkapan kata. Ianya mestilah ikhlas selaras dengan apa yang diucapkan.
3 - Bersyukur dengan perbuatan
Syukur dengan perbuatan maksudnya memanfaatkan pemberian sesuai dengan fungsi atau sesuai dengan maksud nikmat tersebut.
Surah An-Nahl, ayat 14.
وَهُوَ ٱلَّذِى سَخَّرَ ٱلۡبَحۡرَ لِتَأۡڪُلُواْ مِنۡهُ لَحۡمً۬ا طَرِيًّ۬ا وَتَسۡتَخۡرِجُواْ مِنۡهُ حِلۡيَةً۬ تَلۡبَسُونَهَا وَتَرَى ٱلۡفُلۡكَ مَوَاخِرَ فِيهِ وَلِتَبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِهِۦ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ
Dan Dia-lah, Allah yang menundukkan lautan [untukmu] agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar [ikan], dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari [keuntungan] dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur. (14)
Semoga kita sentiasa menjadi hamba-Nya yang bersyukur dalam susah mahupun senang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment