Thursday, June 10, 2010

Takdir


Takdir
Posted by muhammad safwan on Sunday, May 30, 2010
Labels: agama
Assalamua'laikum!

Pada hari ini, saya ingin menulis tentang apa yang telah saya baca walaupun tidak habis lagi dalam sebuah buku yang saya pasti masih berada dalam pasaran tempatan terutamanya di kedai-kedai buku seperti Popular. Buku tersebut bertajuk 'Bila Allah Menduga Kita'. Buku ini menceritakan kita yang masih ragu-ragu tentang takdir yang selama ini ditentukan oleh Rabbul 'Izzah kepada umat Islam malah kepada sekalian manusia.

Wahai saudara//saudari sekalian, kita sebagai seorang insan yang menganut agama suci Islam seharusnya sedar dan mengetahui bahawa kita sudah ditakdirkan oleh Allah dalam sesuatu perkara. Oleh itu saranan saya, janganlah kita menyalahi atau memburukkan takdirNya. Setiap manusia pasti mempunyai rintangan dan masalah yang menimpa mereka setiap hari. Tidak kira miskin atau kaya, susah atau senang, pasti masalah akan tetap menjelma dari setiap sudut kehidupan manusia yang kerdil ini.

Allah Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui segala apa yang berlaku dalam segenap kehidupan manusia. Allah telah menetapkan takdir pada diri seseorang supaya mereka menjadi lebih teguh dan kekal iman mereka kepada Allah. Takdir tersebut merangkumi pelbagai aspek yang jikalau difikirkan dalam-dalam akan menyebabkan kita tersesat selama-lamanya di dalamnya seperti kata Sayyid Mursalin yang melarang manusia untuk terlalu menyelami dan membicara permasalahan ini. Tanapa memikirkan hal-hal yang boleh membawa kepada dosa, cukuplah kita percaya dan beriman rukun iman yang keenam, Percaya pada Qadak dan Qadar sebagai medium dan bukti kita percaya takdir itu hanya di tangan Allah dan ia adalah benar.

http://blogsafwan.blogspot.com/2010/05/takdir-episode-1.html

No comments: