Monday, June 21, 2010

Bersama Penulis di MPH Alpha Angle Wangsa Maju


Bersama Penulis di MPH Alpha Angle Wangsa Maju

Pada hari Ahad lepas, bersamaan 20 June 2010, pk. 14.00, diadakan perjumpaan dengan dua penulis buku Mustread di MPH Alpha Angle, Wangsa Maju. Kedua penulis ini, Alwi Alatas dan Rozzani Din, adalah penulis buku-buku best seller. Pengacara untuk program ini adalah Suffian, salah seorang ahli dari kumpulan Nasheed Saujana. Ia membuatkan program ini menjadi lebih menarik untuk diikuti.

Syed Alwi Alatas, penulis buku 'Bila Allah Menduga Kita,' mendahului untuk membentangkan isi buku beliau. Selepas itu diikuti dengan pembentangan oleh Rozzani Din, penulis buku 'Bongkar Misteri Tarikh Lahir Anda.' Program berjalan dengan baik dan lancar. Hadirin duduk di tempat yang telah disediakan. Ada juga pengunjung-pengunjung Alpha Angle yang berhenti sebentar untuk mendengarkan pembentangan yang disampaikan oleh dua penulis tersebut. Selepas program, pengunjung yang membeli buku tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tanda tangan penulis.

No comments: