Sunday, February 13, 2011

Semuanya baik - Aku Student


Sunday, August 22, 2010

Semuanya baik

Bissmillahirahmanilrahim
Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani

Segala puji bagi allah tuhan sekelian alam.
maha pemurah lagi maha penyayang,
yang mempunyai pemerintahan di hari pembalasan,
kepada engkau kami sembah dan kepada engkau kami pohon pertolongan,
tunjukkan kami jalan yang lurus,
iaitu jalan org2 yg kau beri nikmat,
bukan jalan org2 yg kau murkai,
bukan jalan org2 yg sesat. amin

Setelah aku berpindah keluar dari kampus (dari hotel dalam kampus ke rumah sewa diluar) maka aku makin kurang menulis diblog ini kerana dirumah sewa tiada internet, jika dahulu semasa di hostel maka aku akan mengunakan masa free selepas subuh setelah selesai menonton bicara mufti dan tanyalah ustaz maka aku mencuri sedikit masa sebelum ke lab untuk menaip sepatah dua kata di blog ini, tetapi kini banyak masa ku habiskan dengan buat overtime pas subuh (tido la) sebab taktau nak buat apa, aku telah try baca buku tetapi memang tabiat aku sejak sekolah menengah lagi bahawa akan mengantuk ketika membaca.

Berkenaan dengan tajuk diatas, aku telah menghabiskan satu buku yang berjudul Bila Allah Menduga Kita, buku ini patut dibaca oleh semua orang kerana, sebagai manusia yang waras serta masih bernyawa kita tidak akan lari dari cubaan serta dugaan hidup.

Kita selalu berfikir bahawa kesukaran serta kesusah adalah cubaan, tetapi sebaliknya kesenangan serta keselesaan kita sering anggap sebagai nikmat dan bukan ujian, sebenarnya kadang2 kesenangan itu juga adalah ujian yang jarang2 disedari oleh kita.

Tajuk yang tertulis di atas adalah sebahagian dari sub-topik buku tersebut yang mana ia bertepatan dengan kata2 ini "Bg org mukmin itu semuanya baik, apabila diberi nikmat ia bersyukur, apabila ditimpa musibah ia bersabar, maka itu adalah baik bagi org beriman"
aku tidak pasti ini adalah hadith atau dalil Al-Quran, yang pastinya kata2 ini menjadi azimat supaya kita bersabar apabila ditimpa ujian.

Kisah ini dipetik dari buku tersebut yang mana semua yang ditentukanya baik. Diceritakan dari ibnu Taimiyah bahawa disuatu negeri terdapat seorang menteri yang selalu menjawap 'baik' setiap kali ditanya pendapatnya tentang sesuatu.

Suatu hari menteri ini menghadiri acara makan malam bersama raja. Ketika sedang memotong buah, raja dengan tidak sengaja telah mencederakan jari telunjuknya sendiri. Setelah itu raja pun bertanya pada menteri yang duduk disebelahnya tentang kejadian yang dialaminya.

"baik, wahai raja" jawap menteri itu tanpa keraguan.
"Apa? kamu katakan ini baik?" Raja terperanjat dengan jawapan itu.
" Ya, wahai raja. Itu baik"

Raja sangat marah dengan jawapan tersebut. Mana mungkin jarinya yg luka parah seperti itu dianggap baik oleh menteri tersebut. Maka raja memenrintahkan menteri itu ditangkap serta dipenjarakan. kemudian raja mengunjungi menteri tersebut dan bertanya, "Sekarang, apa pendapatmu tentang keadaanmu sendiri".

" baik, wahai raja" jawap menteri tersebut tanpa ragu-ragu.

mendengar jawapan tersebut raja murka dan segera meningalkan menteri tersebut. Raja merasakan menteri itu terlalu bodoh dalam memberi pendapat.

Beberapa hari kemudian raja pergi berburu didalam hutan berhampiran dan ditemani oleh menteri yang lain kerana menteri yang biasa menemaninya telah dipenjara.

Mereka pun berangkat, dan oleh kerana menteri lain tersebut tidak biasa dengan cara raja menunggang kuda, maka mereka telah meninggalkan raja jauh kebelakang. Mereka terpisah dan akhirnya raja tersesat sendirian didalam hutan.

Bukan sekadar tersesat malah, raja juga telah ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala yang tingal didalam hutan.

Raja ditangkap serta ditetapkan ksebagai korban untuk berhala mereka. Mereka melakukan upacara selama tujuh hari, dan pada hari ketujuh mereka membawa raja ketempat penyembahan.

Saat raja sudah siap untuk dikorbankan, mereka melihat jari telunjuknya terpotong jadi dia tidak layak menjadi korban.

Dengan itu mereka melepaskan raja tersebut, dan baginda kembali ke kerajaannya dengan gembira. Selang beberapa hari raja teringat kata2 menterinya yang telah menbuat baginda murka.

Baginda segera kepenjara dan berkata kepada menteri tersebut, " apa yang kamu katakan ketika jari beta tertopong adalah benar. Itu memang baik". Lalu raja menceritakan apa yang berlaku semasa baginda pergi berburu tempoh harinya.

Menteri tersebut tersenyum sambil berkata '' Saya berada didalam penjara ini juga baik kerana jika saya pergi dengan raja pada hari itu, saya juga turut tertangkap. tentu saya akan dijadikan korban kerana tubuh saya lengkap dan tidak ada yang cacat."

Maka kesimpulanya adalah semua yang ditentukannya adalah baik dan mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

p/s: Bagi anda yang sentiasa merasaklan terbeban oleh ujian serta sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah maka cuba beli serta bacalah buku ini, moga ia membantu anda.
Posted by gulau student at 1:02 AM

http://aku-student.blogspot.com/2010/08/semuanya-baik.html

No comments: