Friday, October 8, 2010
oh buku
Salamm pembuka bicara tinta maya yang sudah lama tidakku usik. Entah berapa lama aku pun tidak pernah sedar. Kali ini aku cuma ingin kongsikan tentang buku yang telah ku baca untuk cuti semesta ini. Ya, bila ditanya apa aktiviti aku buat di rumah? Jawapannya tentulah menjaga anak buahku serta membaca buku.
Pada mulanya aku tidak terlintas sama sekali mahu membeli buku ini. Suatu hari aku mengajak temanku akmar untuk menemaniku ke kedai buku di sekitar rumahku. Tujuanku hanya untuk melepaskan tekanan serta bebanan yang memunsingkan kepalaku tika itu lalu aku dan temanku singgah di popular iaitu kedai buku di Selayang Mall. Aku melewati setiap buku yang ada di situ. Berulang kali tanpa sedar jam sudah lewat dan tiba untuk berbuka puasa. Itu adalah minggu ke dua aku di rumah kalau tidak silap pengiraanku. Hampir setengah jam aku berpusing mencari buku BUMI CINTA yang pebulisnya Habiburrahman. Ketika aku mencari buku itu mataku terpaku seketika meneliti tajuk buku BILA ALLAH MENDUGA KITA. Aku ambil laluku baca intinya. sangat menarik. Sesuai untuk diriku yang sedang kecewa malah diuji ALLAH. Buku yang kucari tidak dijumpa tapi buku yang tak dicari aku beli.
Sinopsisnya, buku ini tentang bagaimana seorang hamba ALLAH seperti kita ini diuji oleh ALLAH dan tujuan ALLAH menguji kita serta bagaimana mengatasi ujian tersebut. Menerangkan tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Tentang permasalahan serta persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi setiap insan.
Aku mengesyorkan kepada semua yang singgah ditinta mayaku ini untuk memdalami buku ini sedalamnya. InsyaALLAH kalian akan semakin tenang setiap kali diuji oleh ALLAH. Jadikan ujian itu penguat semangat kita bukan peruntuh semangat. ALLAH sentiasa ada. ALLAH always by your side bak kata lirik maher zain.
Alhamdulillah, telahku baca buku BILA ALLAH MENDUGA KITA hingga selesai. Kini aku terus ke buku seterusnya bagi menambahkan lagi ilmu. Buku seterusnya adalah seperti yang anda lihat di atas ini. SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH. Buku ini kubeli bersama dengan buku BILA ALLAH MENDUGA KITA. Aku kagum dengan Abu Saif atau Hasrizal Abdul Jamil. Karya serta bahasanya aku sangat kagum. Ada juga Abu Saif selitkan bahasa-bahasa Turki. Abu Saif ini adalah panggilan nama beliau di dalam blogger. Saifulisalam.com itu adalah blog beliau diambil sempena nama anak sulung beliau Saiful Islam.
Sinopsisnya, buku ini menceritakan tentang kembara ke bumi khilafah Othmaniyah iaitu di Turki. Menarik. Padat. Pelbagai ilmu yang aku dapat di dalam buku ini. Tentang budaya, bahasa serta sejarah tidak kurang hebatnya. Diselitkan juga bahasa Turki sperti agabey yang memberi maksud abang, cay bermaksud teh. Orang Turki gemarkan minuman teh. Ada juga resepi masakan ayam. Di Malaysia, kita hanya memasak ayam goreng dengan kunyit serta sedikit garam tapi di Turki agak berlainan di mana mereka mengoreng ayam ikan atau ayam dengan tepung gandum bercampur tepung beras dan sedikit serbuk lada sulah. Menarik bukan? Anda boleh cuba jika mahu. Sesekali merasa masakan ala Turki apa salahnya.
Sesiapa yang ingin merasai kembara Abu Saif ini, buku ini adalah saranan untuk anda semua. Terdapat juga gambar-gambar di dalamnya. Bercerita tentang negara lain juga amat menyeronokkan kerana boleh mengetahui budayanya, masakannya, sejarahnya. Apa yang menyedihkan, umat di Turki terpaksa memilih antara Ilmu atau Iman. Kaum wanita tidak dibenarkan bertudung jika mahu terus belajar di Universiti. Namun mereka memilih Iman. Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah berasa beruntung kerana dapat melanjutkan pelajaran di peringkat IPT tanpa sebarang masalah. Aku bersyukur. Bacalah buku ini jika mahu mendalami Turki.
Alhamdulillah, ini adalah buku yang ke tiga. Buku yang aku sudah lama mencarinya. Akhirnya aku jumap juga buku ini. Setebal 722 muka surat! Sungguh tebak namun sekali baca aku tak henti membacanya. Intinya sungguh padat. Jika buku di atas ini ada bahasa Turki, BUMI CINTA pula ada bahada Rusia seperti zhelayu uspekhafn bermaksud semoga sukses, dabroye utra bermaksud selamat pagi. Nah, sungguh belit lidah ini mahu bertutur bahasa Rusia!
Sinopsisnya, Seorang pemuda bernama Muhammad Ayyas berbangsa Indonesia beragama Islam. Ayyas datang ke Rusia mahu melanjutkan kajiannya tentang sejarah Islam di bumi Rusia berkaitan dengan tesis masternya. Tiba di Rusia sangat mencabar dan menguji iman Ayyas apatah lagi tinggal bersama dengan dua wanita rusia yang sangat cantik! Nah, di sini dugaannya sudah banyak.
Tidak banyak yang ingin aku sisipkan di sini kerana aku belum lagi menyudahkan buku ini. Baru dihalaman tengah. Apa yang pasti buku ini sangat bagus untu mengenal Islam serta Rusia. Dapatkan buku ini jika kalian tidak mahu kerugiaan menadah ilmu di dalam buku ini. Ilmu apa? Ya, perlu dibaca untuk memahami ilmu yang aku katakan tadi. Selesai baca nanti akan aku ceritakan kembali ulasan tentang novel ini.
Inginku akhiri tinta maya ini dengan kata, bacalah buku untuk menungtut ilmu bukan dengan hanya ilmu di menara gading.
p/s: Buku ibarat permata. Jadikan buku permata hati kita serta teman yang setia kerana buku itu sungguh berharga kerana di dalamnya berintikan ilmu yang bernilai. Tanpa ilmu maka sepilah hati maka binasalah minda.
Posted by cahaya at 2:40 AM
http://cahayajalankuyangsatu.blogspot.com/2010/10/oh-buku.html
No comments:
Post a Comment