Monday, June 27, 2011
Bismillahirrahmanirrahim...
Pertama kali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seorang insan yang merupakan seorang teman, sahabat dan juga kawan pada diri ini... Dan terima kasih juga kerana sudi menerima diri ini seadanya dalam hidupmu... Agak sukar untuk memilih kawan dikala duka... tapi "Thank You ALLAH" kerana menganugerahkan seorang insan yang begitu istimewa dalam hidupku... Sahabatku... Pemberianmu sangat bererti untuk diriku dan pemberianmu juga memberikan kekuatan kepadaku... Terima Kasih...
Alhamdulillah... Rupanya tak perlu mengambil masa yang lama untuk membacanya, kerana buku ini tidak membosankan ^_^... Dalil-dalil yang diberikan dalam buku ini memberikan impak yang besar kepada insan-insan yang diuji oleh ALLAH... Buku yang bertajuk "BILA ALLAH MENDUGA KITA" sangat memberi motivasi dalam diri individu muslim. Buku ini menceritakan dengan lebih terperinci tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.
Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai ALLAH daripada orang mukmin yang lemah dan pada masing-masing terdapat kebaikan. Raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolong kepada ALLAH dan jangan bersikap lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu, jangan berkata, ”Andai saya berbuat begini pasti akan begitu.” Tapi katakanlah, ”ALLAH telah mentakdirkannya dan apa yang dikehendakiNya pasti terjadi.” Kerana sesungguhnya kata ’seandainya’ membuka perbuatan syaitan. (Hadis Riwayat Muslim)
Kita harus ingat, setiap saat ALLAH SWT akan menduga umatNya dengan berbagai-bagai ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak.
”Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ”Inna Lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kami milik ALLAH dan kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” (Al-Baqarah: 155-157)
Oleh itu setiap perkara yang datang perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu-buru dan selebihnya terserah kepada ALLAH SWT.
http://permatahatifad.blogspot.com/2011/06/bila-mana-allah-menduga-kita.html?zx=27b201b959ec8a69
Showing posts with label dugaan. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013
Bila Allah Menduga Kita
Bila Allah Menduga Kita..alhamdulillah Intan ditemukan dengan buku ini. Topik-topik yang dibawa oleh penulis telah diolah, dikupas dan diceritakan dengan menarik, padat dan berkesan. Bila membaca buku ini terasa seperti mendengarnya terus daripada tuan penulis.
Ketika menyelami kandungan buku, kadang-kadang 'blushing' muka..oh tidak malunya pada tuhan, banyak kesilapanku dan kurangnya akhlakku pada tuhan. Penulis memberi contoh manusia ini kadangkala macam anak kecil yang menbentak-bentak jika tidak dapat apa yang dihajati. Amat benar. Hehe..Intan nak bagi lagi satu contoh..ramai yang macam bos besar yang lupa diri:). Suka nak komplen saja dan tak boleh susah sikit.
Intan syorkan bacalah buku ini. Ia memberitahu kita bagaimana untuk melihat masalah daripada sudut berbeza dan lebih positif. Sesuai untuk bekalan diri sendiri dan untuk memandu dan memotivasikan orang lain terutama jika anda anda adalah seorang ketua. Bersyukur dan bersabar adalah kunci hati yang bahagia. Bagaimana hendak bersyukur dan bersabar? Anda rasa anda sedar dan tahu?....jom baca buku ini :)
Intan sayang tuhan. Oh Tuhan izinkanlah aku sentiasa di sisiMU. Jika aku tersilap, pimpinlah aku supaya sentiasa kembali kepadaMU.
Nukilan Nur Intan Haryani Nordin pada 12:24 PTG
http://sayangintan.blogspot.com/2011/07/bila-allah-menduga-kita.html

Bila Allah menduga kita
Khamis , 2 jun 2011
Assalamualaikum ,
Hari ni hari khamis , semalam rabu . alaa , macam lah korang tak tahu . aku ni pun satu . semalam dah start bawak basikal . masa nak balik tayar depan bocor . heret dekat tempat baiki basikal .berbaju kurung . lencun basah . peluh . huhh . orang sekeliling pandang . malu . tapi buat slumber je . baru first naik basikal tayar dah bocor . apakah ? duit melayang rm 30 . pasang markgat juga . betul tak eja markgat ? macam perkataan melayu campur orang putih pulak . biar lah , tak peduli .
Berbalik pada hari khamis ,
Hari ni kawasan kolej redang agak lengang . tanpa penghuni . ramai yang balik . balik rumah sebab cuti tiga hari . Cuma aku dan beberapa orang yang terlibat dengan modul je tinggal . menanti waktu esok bila parents nak datang . alahai tak sabarnya nak jumpa si kecil maisarah yang dulunya aku bulatkan mata bila dia tumpahkan air . sekarang dia jadi bottom 3 orang yang paling aku rindu .
Dah dua minggu , pejam celik pejam celik , sekejap je . hari tu ada jumpa kakak senior yang pernah satu sekolah dengan aku . berkenalan dan bersembang seperti biasa . bestnya dapat jumpa orang Malaysia ! bajet lah aku belajar luar Negara . ceh .
Bulan 6 ni tak boleh balik rumah lagi . akhir bulan 6 mungkin dapat balik . disebabkan ada beberapa modul dan program yang harus diikuti . ya , siapalah kita nak membantah . lagipun aku tak kisah . ktipu , aku memang nak sangat balik . lagi pun cuti kan 3 hari . takpe , uitm dihatiku . tetiba je .
Bulan 7 nanti kena test ayat hafazan bagi subjek ctu . bulan 7 nanti mak nak berangkat ke mekah . bulan 7 birthday aku . bulan 7 ada cuti semester . moga boleh balik bila nak hantar mak pergi airport nanti . amin . kalau tak boleh cuti , maybe aku akan nangis tanpa henti sampai mak balik Malaysia balik . ktipu lagi .
apa pun , ni semua dugaan . Aku disini , di uitm kampus dungun adalah kerana Allah dan niat untuk menuntut ilmu . juga kerana mak dan ayah .
Huwaa … :”( nak balik !
ni satu lagi , tadi check spa 8 , aku dapat nurse . buntu . istikarah
http://nurfaizatulakmarjusof.blogspot.com/2011/06/bila-allah-menduga-kita.html

Bila Allah Menduga Kita (2011)
Semua orang meletakkan bahkan ada yang menyalahkan takdir apabila sesuatu berlaku dugaan. Biasanya orang malas akan selalu menyalahkan takdir, manakala yang putus asa akan menjadikan takdir sasaran bahkan yang miskin akan meletakkan sepenuhnya pada kuasa takdir tanpa perlu ada usaha untuk mengubah. Dugaan boleh sama ada yang baik mahupun yang sebaliknya. Buku ini amat perlu untuk dibaca oleh semua orang. Bagi yang ditimpa musibah buku ini sedikit sebanyak dapat mengubat hati yang luka. Bagi yang mendapat keuntungan, maka buku ini dapat mengingatkan diri siapa kita. Takdir tuhan tidak apa siapa pun yang tahu. Semua orang berpandangan takdir tidak boleh diubah dan semuanya telah tertulis. Namun sehingga ianya berlaku tidak ada siapa yang boleh meramalnya. Takdir hak Allah, jadi tidak ada masalah bagi Allah untuk mengubahnya. Justeru itu teruskan berdoa dan bermunajat semoga hanya yang terbaik daripada Allah. Sesungguhnya DIA yang maha mengetahui yang terbaik untuk kita.
Memang benar ada dugaan menjadikan kita lebih positif dan tidak kurang pula ada dugaan boleh juga terus menghancurkan diri kita jika tidak dikawal. Bak kata perpatah "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya". Mungkin orang boleh berkata itu dan ini, namun diri yang menanggung lebih mengetahuinya. Kegagalan dalam pengajian PhD yang dialami oleh saya contohnya, tidak dinafikan ianya sedikit sebanyak mengurangkan semangat dalam meneruskan kerja. Dugaan ini memang berat, tidak pernah terfikir keadaan ini akan dirasai. Kalau dulu, hari-hari kerja merupakan hari yang tidak sabar untuk dilalui. Dengan semangat yang meluap2. Tetapi kini, dirasakan seperti terhimpit. Banyak "kalau" mula timbul. Kalau itu dan kalau ini. Dirasakan diri ini dipulaukan, sengaja menggagalkan diri, main-main dan sebagainya. Malahan sehingga dirasakan seperti kegagalan ini ditertawakan. Alhamdulillah dengan membaca buku ini sedikit sebanyak rasa putus asa ini dapat dihindarkan, rasa dipulaukan itu dapat diketepikan, rasa seorang yang gagal itu dapat dipositifkan. Semangat untuk bekerja itu mulai kembali.
Sebenarnya ramai sudah mengulas buku ini, jadi pandangan dan pengalaman orang lain juga boleh dikongsikan. Selain itu antara kelebihan buku ini ialah dari segi bahasa yang digunakan amat mudah difahami dan ini membuatkan pembacaannya menjadi begitu asyik.
Perincian buku
Tajuk: Bila Allah menduga KIta
Penulis: Syed Alwi AlAtas
Tahun: 2011
Penerbit: Mustread
Posted by ABAbdullah at 23:24
http://matbaha.blogspot.com/2011/10/bila-allah-menduga-kita-2011.html

Bila Allah Menduga Kita.....
...Hasil penulisan Syed Alwi Alatas....menjentik sedar!.Saya baru di duga...saya juga sering diduga..dan acapkali saya menyoal kenapa,kenapa ,kenapa?Saya melihat ke belakang....saya menyebak mmeori semalam....saya tetap menyoal kenapa,kenapa kenapa?Kelihatannya saya menyoal tulisan takdir.Sepertinya saya menolak ketentuan.(semoga Allah mengampunkan saya yang kurang ilmu ini ).
......BILA ALLAH MENDUGA KITA...buku ini memuntahkan ilmunya yang bukan sedikit. Bagi yang suka pembacaan santai ,tidak berat...ini bukunya. Kita bersantai membaca namun ilmunya mencurah untuk kita belajar menerima dugaan itu dengan cara yang lebih baik.Apa ertinya " setiap yang berlaku ,pasti ada hikmahnya"?.Itu frasa yang sering didakyahkan umum. Sering kita dengar...namun...saya sendiri gagal meinterpretasikannya dengan lebih jelas....main sebut saja...suka-suka sebut ,kata orang.
.....Mudah...yang saya mulai memahami...contohnya:..
Kenapa Allah jadikan kita seorang ibu yang tiba-tiba rasa marah bila melihat rumah disepahkan oleh alat permainan anak-anak?
....kerana dari rasa marah yang Allah terbitkan, anak akan belajar emosi diri...dia timbulkan rasa takut dalam diri anak jika dimarahi, dia belajar melihat riak wajah yang bertukar takala marah, dia belajar untuk memahami sesuatu yang salah dan betul...jika dia berbuat salah...secara automatiknya si ibu akan marah....di sudut yang lain pula...marah juga menjadikan kita belajar mengawal rasa sabar, tanpa marah kita tak mungkin belajar bagaimana untuk bersabar. Sabar itu akan mendorong kita mendidik anak-anak untuk berkemas semula. Tanpa sepahan tadi, tak mungkin ada didikan untuk mengemas rumah, tanpa sabar tiada juga didikan itu. Semuanya nampak kecil....dugaan yang Allah turunkan adalah kecil...dugaan "rumah bersepah"....namun signifikannya , banyak yang boleh dipelajari oleh anak-anak dan diri kita sendiri.
Itu pemahaman saya tentang" setiap yang berlaku ada hikmahnya".Saya tidak ingin memikirkan yang besar-besar dulu...saya ingin melihat sesuatu yang kecil kerana sebagai manusia...saya selalunya terlepas pandang hal yang remeh -temeh ini.
...Buku ini mengajar kita tentang cara bersyukur melalui tiga pendekatan:
.1.Bersyukur dengan hati
.2.Bersyukur dengan lisan
.3 Bersyukur dengan perbuatan.
....Saya terkenangkan sebuah Filem yang saya tonton lama dahulu. A LA CARTE...filem lama yang pernah memenangi anugerah. Berkisar kisah seorang pencuci pinggan mangkuk di sebuah restoran mewah. Dia menjalankan tugasnya dengan pemerhatian .Dia melihat pelanggan menikmati makanan lazat, mereka ketawa gembira, mereka di matanya begitu bertuah dan sempurna. Restoran dituup jam 12 tengahmalam, dia tamat tugas. Pelanggan beredar dan suasana sepi. Dia tetap di situ...dia mengutip sisa makanan dari apa yang ditinggalkan pelanggan...di bawa pulang dan dinikmati bersama teman dan jiran tentangga di perkampungannya yang sangat daif....seluruh kampung gembira, menikmatinya dengan riang tawa...mengucapkan terima kasih padanya bersungguh-sungguh..menikmati setiap makanan itu tanpa pembaziran walau seculin pun....Inilah yang boleh saya rangkumkan bagaimana kita belajar bersyukur melalui 3 pendekatan di atas.
....Bersyukur dengan hati....walau itu hanya sisa makanan , namun keriangan di saat mereka menikmatinya jelas terpancar dari hati. Bukan dibuat-buat...bukan dihadap dengan muka jelek..( ada di antara kita, melihat makanan saja sudah menyebut"macam tak sedap saja"...tapi mulut terus mengunyah hingga pinggan licin ).
..Bersyukur dengan lisan....mereka tak henti -henti mengucapkan terima kasih...Kita orang Islam...kita tukarkan dengan ucapan Alhamdullilah...ucaplah berkali-kali...ucaplah dari hati.Yakinlah...Allah Maha Mendengar dan Allah juga tidak pernah jemu mendengar uacapan kita.
..Bersyukur dengan perbuatan...TIADA PEMBAZIRAN!!!..walau itu hanya makanan hasil kutipan sisa baki, namun mereka menikmatinya tanpa sebarang pembaziran. Dalam ertikata lain...apa yang kita terima daripada Allah , disalurkan ke jalan yang sepatutnya, tidak disia-siakan ..tidak dipandang enteng.Itu yang dinamankan bersyukur yang sesungguhnya.
....Saya membaca, saya menilai diri....betapa jauhnya saya dari kesempurnaan itu. Saya masih belajar....kantung ilmu sangat cetek...jika anda membaca...saya mengharapkan anda juga mendapatkan sedikit manfaatnya...dan kita terus belajar bersama. Amin.
Posted by reyna ibrahim at 16:23
http://diksidarihati.blogspot.com/2012/02/bila-allah-menduga-kita.html

Bila Allah Menduga Kita - A MustRead Book
Thursday, March 22
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
Apa habaq dik non, kak non dan non nons yang lain. Almost a month, x berblogging, almaklumlah sibuk 'tune' sana sini dan mencari ilham dan mula bekerja.
Dalam mencari ilham pun, adalah dugaan dan ujian datang mencuba dan ini yang nak share dengan korang semua. Pernahkan korang terfikir kenapa Allah menduga kita sedangkan kita dah buat yang terbaik. Nauzubillah kawan-kawan sekalian, jangan rasa terkilan, jangan rasa sedih. Manusia memang mudah khilaf, bila Allah limpahkan rahmat kepada kita, kita hamba Nya mudah terlupa dan tidak bersyukur. Bak kata omputih 'take things for granted'. Bila Yang Maha Esa rampas sikit je, kita dah mudah melenting. MasyaAllah, Nauzubillah..
Ketahui lah kawan sekalian, orang yang di duga orang itu InsyaAllah tidak muflis di akhirat kelak. Aku still lagi teringat kata-kata ustaz yang bawa kita orang umrah kali ni.
'Dugaan itu nikmat dan rezeki itu pun nikmat. Redha dan bersyukurlah, Alhamdulillah'
Anynomous, 2012
MasyaAllah, insaf bila kita mendengarnya. Ketahuilah kawan-kawan sekalian, bila Allah menduga kita, sebenarnya kita mendapat kifarat dariNya. Bila kita diduga, InsyaAllah dosa kita diampunkanNya dan jika kita redha dan tawakal dengan ujian dan berusaha untuk mengatasinya, dilimpahi lagi ke atas kita pahala atas usaha dan ketawakalan itu. MasyaAllah, untungnya kita kawan-kawan.
Pernah di zaman Rasulullah S.A.W dulu, sahabat-sahabat Baginda risau dan takut jika tidak sakit dan tiada ujian yang menimpa, sebab apa? Sebab takut menerima bala dan bencana dari Yang Maha Esa. Takut yang Allah tidak lagi mengasihani dan memerhatikan mereka. MasyaAllah, itulah ciri-ciri orang mukmin.
Jadi kawan-kawan sekalian, jangan rasa terkilan, jangan rasa tidak adil. Sesungguhnya Dia Maha Adil. terimalah, redhalah, usahalah mengatasi ujian ini dan akhir sekali tawakal. Sesungguhnya ketahuilah Allah mengasihi kita dan Dia sedang memerhatikan kita. Alhamdulillah.
Dan sini aku nak share satu buku yang patut korang semua baca.
Bagus buku ini sebab menyedarkan aku dengan banyak benda dan ingatlah....
Kadang-kadang, Allah hilangkan matahari lalu turunkan hujan. Kita tertanya ke manakah hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi =)
Dari Anas bin Malik r.a ia berkata, Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya Allah berfirman, Apabila Aku menguji hambaKu dengan
kedua-dua matanya, kemudian dia bersabar, maka Aku gantikan syurga
baginya."
(Hadis Riwayat Bukhari)
P/S : Thanks to Cik Su kita yang bagi pinjamkan buku and thank u so much, mek, for being such a dear friend to me, sudi temankan aku masa aku diduga ini sampaikan mu diburu mamarazzi and paparazzi wartawan melodi =) and keep telling me to stay strong. And also to all dearest friends and family who support me, thank you so much. Ya Allah, terima kasih kerana menghadiahkan aku keluarga dan teman yang baik. Alhamdulillah dan hanya Engkau yang mampu membalas pertolongan mereka. InsyaAllah
Posted by Mir Misesu at 9:07 AM
http://mimimotmot.blogspot.com/2012/03/bila-allah-menduga-kita-mustread-book.html

Tuesday, November 13, 2012
Kerja Kursus Pelajar 2012
Bila Allah Menduga Kita
Monday, October 22, 2012
Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Ur Atiqah Bt Mat Samadi
No Matrik : 2012618418
Kumpulan : CSD1Cf
Diploma Sains Komputer.
1.0 Abstrak
Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran iaitu “ Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan menurut kemampuan hamba itu sendiri”. Jika terdapat individu yang sedang menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan pastinya dapat mengambil iktibar serta pengajaran daripada buku BILA ALLAH MENDUGA KITA apabila membacanya dengan penuh penghayatan pada setiap ungkapan yang cuba disampaikan oleh penulis. Penulis menyampaikan penulisannya dengan bahasa yang mudah dan senang difahami oleh para pembaca.
Kisah-kisah yang terdapat dalam buku ini sangat menarik dan membuatkan pembaca menyedari bahawa diluar sana masih ada insan-insan yang kurang bernasib baik dan kehidupan mereka lebih sukar untuk dibandingkan dugaan yang kita terima daripada Allah SWT. Kita juga dibawa untuk berfikir untuk mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT walaupun sekecil zarah nikmat yang dikurniakan kepada kita. Secara tidak langsung penulis menyedarkan para pembaca bahawa Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Keseluruhannya, buku ini lebih terperinci membincangkan topik mengenai aspek-aspek kehidupan manusia seharian serta permasalahan dan persoalan yang menyelubungi dalam diri individu serta masyarakat.
2.0 Pendahuluan
Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah SWT yang masih memberikan kesempatan buat saya untuk menghirup udara di bumiNya. Tujuan saya menulis esei ini adalah untuk melaksanakan tugasan kerja kursus CTU 101 yang telah ditugaskan oleh pensyarah saya iaitu Ustaz Abd Aziz B. Harjin. Oleh itu, saya telah memilih buku BILA ALLAH MENDUGA KITA yang ditulis oleh Syed Alwi Alatas. Terlebih dahulu saya telah membaca buku ini sebelum meringkaskan kandungan yang terdapat dalam buku ini. Buku ini diselitkan dengan pelbagai input yang bernas,kisah-kisah benar yang boleh menjadi pengajaran dan terdapat tauladan yang boleh digarap oleh pembaca. Secara konklusinya,kandungan buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana penulisannya memberikan kekuatan kepada para pembaca yang sedang menghadapi kesusahan dan mengingatkan individu tentang hakikat yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
3.0 Biodata penulis
Syed Alwi Alatas. Dilahirkan pada 1 September 1974 di Jakarta, Indonesia. Alwi Alatas telah pun menulis 19 buah buku, kebanyakannya telah dicetak di Indonesia. Beliau menerbitkan buku di Malaysia pada awal 2010. Buku-bukunya adalah berkenaan sejarah, keremajaan, agama, motivasi, cereka dan bukan fiksyen. Beliau menjadi ketua Forum Lingkar Pena (FLP) Malaysia dari 2008 -2010. Pada masa itu, dia melakukan PhD di International Islamic University Malaysia (IIUM).
4.0 Sinopsis buku
Isi kandungan buku ini terbahagi kepada 3 topik perbincangan utama. Setiap topik mempunyai tajuk-tajuk kecil dibawahnya. Pada pendahuluan, penulis mempersoalkan pelbagai pertanyaan kepada diri pembaca mengenai kesusahan dan dugaan yang pernah dilalui oleh diri pembaca. Sudah semestinya setiap kita pernah menghadapi masalah. Selain itu, para pembaca diberikan beberapa contoh dan kisah benar yang berlaku terhadap individu lain yang menjadikan pembaca merasakan dugaan mereka itu jauh lebih susah daripada kesusahan yang kita lalui. Sebagai contoh kisah yang terdapat dalam buku ini (muka surat 6-7), penulis menceritakan mengenai kejadian Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2006 di Aceh. Kejadian ini menyebabkan ratusan ribu menjadi korban Tsunami dan mereka kehilangan harta benda,keluarga,dan berlaku kemusnahan. Bagaimanakah dugaan ini perlu dilalui oleh mereka yang berada di sana? Mereka terpaksa berpisah dengan insan yang tersayang, hilang segala harta benda yang dimiliki dan perlu membina hidup yang baru. Dugaan Allah SWT yang tidak diketahui ini perlu diterima dengan redha kerana setiap ketentuan dari-Nya telah ditetapkan. Begitulah antara isi penulisan yang terdapat dalam kisah ini.
Sesungguhnya, jika ditanya pada diri kita mampukah kita menerima ujian Allah SWT seperti ujian yang diberikan kepada masyarakat Aceh itu, pastinya ada di antara kita tidak sanggup atau bersedia untuk diuji dengan dugaan tersebut.Walau bagaimanapun,tidak semestinya kita akan menerima dugaan secara berterusan. Kita sebagai hambanya akan merasai juga kenikmatan, kemewahan, kesenangan daripada Allah SWT. Itu semua bergantung kepada ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah. Ada juga ujian Allah melalui nikmat yang diberikan oleh-Nya. Allah mahu menguji keimanan hambanya menerusi kenikmatan-Nya. Terdapat firman Allah SWT di dalam Al- Quran, “Maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari kami dia berkata, “Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaran. Sebenarnya itu adalah ujian,tetapi kebanyakkan mereka itu tidak mengetahui.[az-Zumar:49]”
Selain itu, pada akhir topik ini, diselitkan juga nasihat daripada penulis yang memesan kepada diri pembaca supaya tidak mengkhuatiri dengan ujian dan persoalan yang datang kerana menjadi lumrah kehidupan sebagai seorang manusia di muka bumi Allah ini. Kesimpulan pada topik in,penulis menekankan bahawa kita janganlah menyalahkan Allah SWT terhadap dugaan yang kita terima kerana itu telah ditakdirkan buat diri kita. Sama ada kita suka atau tidak mengenai sesuatu kejadian itu, perkara itu perlu diterima dengan hati yang terbuka dan belajar menerima dengan hati yang penuh sabar seperti mana Firman Allah “Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaiu,wanita –wanita,anak,anak, harta yang banyak dari jenis perak,emas,kuda pilihan,binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik. [Ali-Imran:14]”
Topik 1 : Berprasangka Baiklah Pada Tuhanmu. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, “Sesungguh-nya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah kepadamu dan jika kamu mengingkari maka sesungguhnya azabKu sangat pedih. [Ibrahim:7] ”. Penghuraian penulis dalam topik ini cukup menyedarkan pembaca daripada kelalaian diri sebelum ini. Penulis menyuruh pembaca supaya merenungkan apakah kewajaran untuk kita mempersoalkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Tiada kuasa bagi kita untuk melakukan perkara tersebut walaupun sering kali kita sentiasa menyalahkan dan berprasangka buruk terhadap Allah. Ini disebabkan sifat manusia itu sendiri,iaitu makhluk yang sering dan suka untuk mengeluh kerana hal-hal yang tidak disenangi. Walaupun pelbagai nikmat yang telah diterima kita masih lagi mengeluh kerana tidak mengingati dan bersyukur kepada Allah SWT. Itulah kesilapan diri manusia,mudah lupa untuk bersyukur. Dalam topik ini lagi, pembaca akan tertarik pada ucapan Al-Shadiq Al-Mashduq (muka surat 28) yang diselitkan oleh penulis iaitu katanya “ Raihlah pada yang bermanfaat bagimu,minta tolonglah kepada Allah dan jangan bersikap lemah ”.
Penulis mengatakan terdapat tiga langkah luar biasa menerusi ayat tersebut dan langkah tersebut boleh menjadi pembimbing dalam kehidupan kita. Ayat tersebut mempunyai maksud tersirat yang mendalam untuk dijadikan pedoman dan membantu untuk menjalani kehidupan seharian. Penulis turut menghuraikan lebih lanjut,satu per satu mengenai langkah ini kepada para pembaca supaya pembaca lebih memahami maksud disebalik ayat ini sebaiknya. Pada akhir topik ini, pembaca akan menyedari kesilapan diri kerana penulis menasihati pembaca supaya belajar menerima apa jua yang terjadi pada diri. Tiada guna untuk menyesali dan menangisi atau sedih terhadap ketetapan dan takdir dariNya.
Topik 2 : Iman Terhadap Takdir. Penulis menerangkan bahawa takdir ialah ketetapan Allah atas manusia berupa hal-hal yang baik atau hal-hal yang kurang baik. Penulis mengajak pembaca supaya lebih memahami tentang takdir yang merupakan perancangan Allah SWT kepada diri manusia. Bak kata pepatah, “Manusia hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan”. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui. Allah menduga kita dengan takdir nikmat dan dugaan.Individu yang menerima takdir nikmat juga merupakan ujian Allah untuk diuji kekuatan iman dirinya sama ada dirinya mensyukuri nikmat yang diberikan walaupun sedikit ataupun menjadi lebih riak kepada Allah apabila dikurniakan kemewahan dan kenikmatan. Manakala apabila takdir dugaan yang menimpa diri, diuji hambaNya adakah mereka ini kuat untuk menghadapi ujian tersebut dengan memohon pertolongan kepada dan yakin kepada kekuasaan Allah SWT atau sebaliknya. Segalanya bergantung kepada diri sendiri untuk menangani ujian yang telah ditakdirkan buat diri manusia.
Seharusnya kita berusaha untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi dan Islam juga menyarankan setiap mukmin agar bekerja keras dan disertai kemahuan yang tinggi untuk berjaya. Allah juga memerintahkan kita untuk bekerja serta beramal mulia. Segala amal kita bukannya sia-sia kerana Allah Maha Melihat dan akan mengira amal yang dilakukan diakhirat. Benarlah apa yang dikatakan oleh Allah SWT menerusi firmaNya, “Dan katakanlah,”Bekerjalah kamu,maka Allah dan rasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata,lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. [at-taubah:105]”
Terdapat manfaat di sebalik takdir Allah ini supaya kita sentiasa tunduk dan meminta pada pertolongaNya,supaya kita takut dengan azab seksa Allah,serta supaya kita cinta dan sayang pada Allah Maha Esa. Penulis mengingatkan pembaca sekali lagi supaya jangan bersedih menghadapi dugaan dengan memetik ayat ini “Sungguh segala sesuatu itu milik Allah dan akan kembali kepadaNya”. Maksudnya setiap apa yang diciptakan oleh Allah akan kembali padaNya di akhirat kelak. Penulis juga mengulas mengenai sifat bersederhana yang diajar dalam Islam. Segala berbuatan yang dilakukan, lakukanlah dengan cara yang bersederhana kerana mendapat pelbagai faedah yang diperoleh dalam kehidupan manusia. Tentang sikap sederhana ini Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “...dan sentiasalah bersikap pertengahan sederhana,hasil yang akan diperoleh dengannya,kamu akan mencapai sasaranmu(syurga). [Hadis Riwayat Bukhari]”. Antara hikmah lain yang boleh di pelajari dari persoalan takdir iaitu tidak semestinya yang disukai itu akan menjadi bagus buat diri manusia, dan tidak semestinya yang tidak disukai itu tidak baik buat diri manusia. Allah telah menentukan perjalanan manusia, dan diri manusia perlu memilih untuk pastikan perjalanan itu lurus menuju jalan Allah SWT.
Topik 3 : Agar anda Selalu Menang dan Bahagia. Penulis memberikan cara dan langkah kepada para pembaca untuk menjadi insan yang bahagia apabila diuji oleh Allah. Melalui topik ini penulis membantu pembaca dengan menyatakan terdapat dua kunci kebahagian iaitu syukur dan sabar atas ujian yang telah ditimpakan oleh Allah kepada manusia. Kedua-dua kunci ini memberikan kebahagiaan dan merupakan kesempurnaan bagi agama seseorang dan akhirnya membawa orang-orang yang memilikinya pada kehidupan yang tenteram dan menyenangkan. Sementara dalam buku ini terdapat ayat dari Abdullah bin Mas’ud r.a (muka surat 112) katanya “Iman adalah dua bahagian,satu bahagiannyaa ialah sabar dan sebahagian lagi ialah syukur”. Dengan demikian akan menjadi sempurna keimanan seseorang sekiranya dia memiliki kedua kriteria ini. Penulis menghuraikan lagi bagaimana untuk bersabar dan bersyukur dengan cara yang sewajarnya. Dalam bersabar, penulis memberikan contoh kisah Nabi Ayub. Nabi Ayub diuji oleh Allah dengan kekayaannya musnah,anak-anaknya meninggal dunia serta dirinya terkena penyakit parah sehinggakan isterinya meninggalkan dirinya ketika sakit. Akan tetapi Nabi Ayub masih bersabar dan menjalani dugaan Allah SWT dengan tenang kerana mengetahui Allah SWT yang hanya mampu memberikan pertolongan kepada dirinya. Dirinya tidak pernah mengeluh bahkan menjadikan dirinya semakin dekat dengan Allah. Dengan kekuasaan Allah, Nabi Ayub sembuh dan Allah menjadikan keadaan dirinya lebih baik dari sebelumya. Kesabaran Nabi Ayub mendapat balasan daripada Allah SWT kerana Allah bersama dengan orang-orang yang sentiasa sabar. Firman Allah SWT, “ Hai orang-orang yang beriman,jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu,sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”. Sabar itulah menjadi kekuatan dalam diri seseorang.
Topik perbincangan ini juga menegaskan para pembaca supaya jangan mudah berputus asa dengan Allah SWT. Sesungguhnya Allah melarang hambaNya dari berputus asa terhadapt rahmatNya kerana orang yang berputus asa ini disifatkan Al-Quran sebagai orang-orang yang kafir dan sesat. Pada pengakhiran topik ini, penulis menyuruh pembaca supaya melatih diri agar memiliki kedua sifat yang positif iaitu syukur dan sabar. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi dengan bersyukur dengan lidah,hati dan perbuatan dan memohon pertolongan kepadaNya dengan meminta agar diri kesabaran dan rasa syukur.
5.0 Penutup
Buku ini memberikan pelbagai pandangan,kisah,nasihat serta menjelaskan secara terperinci apakah jalan penyelesaian yang diberikan oleh Islam terhadap masalah hidup kepada pembaca supaya pembaca boleh mengambil dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kalau kita memahaminya dengan baik buku ini, InsyaAllah permasalahan yang dihadapi dapat diuruskan dengan cara yang sesuai. Buku ini juga mengajak para pembaca supaya jangan memertikaikan dugaan yang diterima sebaliknya bagaimana seseorang individu itu menerima dan memikirkan penyelesaian terhadap dugaan yang ditimpakan pada dirinya.Selain itu, pelbagai contoh kisah benar,hadis dan firman Allah serta kata – kata hikmah menjadikan pembaca lebih memotivasikan diri sendiri menerusi kisah tersebut.Pembaca akan menyedari terdapat individu atau masyarakat diluar sana yang lebih susah diduga dan mengalami kesulitan yang berat. Jika mahu dibandingkan masalah yang kita hadapi, kita seharusnya bersyukur kerana tidak mendapat ujian seberat seperti orang lain. Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan sesuatu ujian jika hambaNya tidak dapat menampung ujian itu kerana Allah itu Maha Mengetahui serta Maha Pengasih. Secara tutasnya, penulisan yang terdapat dalam buku ini dapat membantu seseorang itu keluar daripada permasalahan serta membuka minda pembaca untuk melihat dan berfikir bahawa setiap dugaan itu mempunyai penyelesaiannya dan terdapat hikmah disebalik dugaan yang dihadapi.. Semuanya bergantung kepada individu untuk mencari jalan penyelesaian atau meredhai saja pada ketetapan Allah. Tepuk dada tanya pada iman.
Posted by السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله at 3:07 AM
http://azizbinharjin2012.blogspot.com/2012/10/bila-allah-menduga-kita.html

Monday, October 15, 2012
Yang Tersirat Di Sebalik Takdir Allah SWT
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wahai pengembara blog saya? Harap kalian sentiasa diberkati dan selamat di dunia dan Akhirat.
Sebenarnya baru sebentar tadi saya membaca sebuah buku bertajuk ‘Bila Allah Menduga Kita’ karya Syed Alwi Alatas (saya belum habis membacanya, Insya Allah, esok disambung lagi). Walau belum habis dibaca tapi saya teruja untuk memberitahu perasaan saya saat ini setelah membaca bukunya. Mungkin kalian mengagak bahawa isinya tidak bagus atau kata orang puteh ‘best’ kerana beranggapan saya tidak membacanya sampai habis. Kalau itu anggapan kalian, maafkan saya kerana saya menafikan prasangka kalian tersebut. Terus terang saya katakan bahawa saya memang seronok dan teruja untuk membacanya hingga selesai tetapi saya tidak mahu menghabiskannya secara terburu-buru kerana setiap kata-kata yang dilontarkan oleh pengarang memerlukan saya untuk berfikir dan mengingati pula kehidupan saya di masa silam, sekarang dan masa depan. Kerana itulah saya tidak mahu terburu-buru untuk menghabiskan pembacaan saya.
Ada suatu yang menarik dalam buku ini iaitu berkenaan persoalan tentang takdir. Manusia selalunya mempersoalkan itu dan ini sebagai takdir. Malah jika berlaku sesuatu yang tidak baik, maka takdir akan disalahkan. Saya tertarik dengan kisah Maryam, ibu Nabi Isa r.a yang diceritakan oleh pengarang dalam buku ini lalu dikaitkan dengan takdir yang sedang dibincangkannya. Katanya saat Maryam hampir melahirkan anak Allah memerintahkan beliau agar mengoncangkan pokok kurma yang didudukinya. Maka Maryam menepuknya dan buah kurma itu jatuh kemudian beliau memakannya. Jika diikutkan logik akal, mana mungkin dia boleh menjatuhkan buah kurma itu dengan keadaannya yang lemah dan kalau dikira logik, batang kurma yang digoncangkannya itu pun besar, tak mungkin akan bergoncang apalagi yang menepuknya adalah seorang wanita yang kudratnya tidak sekuat lelaki. Malah mungkin lelaki pun tidak mampu menjatuhkan buah tersebut dengan mengoncangkan batangnya yang besar. Untuk mengambil buahnya kita mesti memanjatnya bukan?
Sesungguhnya kisah di atas mengajar kita untuk percaya dengan peranan Allah swt dalam menetapkan usaha-usaha yang kita lakukan. Kita wajib percaya bahawa setiap hasil usaha yang kita lakukan adalah kerana kehendak Allah swt. Allah berhak menggagalkannya ataupun sebaliknya. Sesungguhnya Allah swt tidak akan mensia-siakan apa segala sesuatu yang kita kerjakan walaupun sekecil manapun usaha kita. walaupun ianya tidak mampu atau tidak logik dalam pandangan kita. Namun selalunya manusia selalu menganggap bahawa hasil dari usahanya yang dilakukannya disebabkan kesungguhan dan usaha yang dia lakukakan padahal Allahlah yang berperanan penting di sebalik semua itu. Pernahkah peristiwa-peristiwa sebegini berlaku dalam diri kita? misalnya, kita ditemuduga oleh beberapa orang untuk mendapatkan suatu pekerjaan. Ketika ditemuduga, kita tidak yakin dengan jawapan-jawapan yang kita berikan terhadap soalan yang dilontarkan, dan apabila selesai ditemuduga kita berasa bahawa kita akan gagal.
Namun apabila keputusan keluar, kita mengetahui bahawa kita lulus dalam temuduga tersebut. Tentunya ia memberikan kita satu sinar kegembiraan dan mungkin ia membawa kita untuk percaya bahawa bukan semua yang kita fikirkan akan terjadi. Oleh itu seharusnya kita mesti bersangka baik dan bersikap positif. Kita seharusnya berserah diri kepada Allah, kerana Allahlah yang menetapkan sesuatu itu dengan kuasa yang ada pada-Nya. Ada kalanya, orang yang tidak yakin dengan jawapannya lulus dalam temuduga dan adakalanya orang yang sangat yakin dengan jawapannya, gagal dalam temuduga kerana seperti yang saya katakan tadi, Allah swt itu Maha Mengetahui. Tapi bagi yang gagal jangan salahkan Allah swt kerana percayalahlah, ada secebis kebaikan yang kita temui di sebalik kegagalan kita, kalau bukan hari itu mungkin di hari yang lain.
Untuk lebih adil, biarlah saya ceritakan kisah saya hari ini ( ada kaitan dengan topik ini juga). Pagi tadi saya ke sekolah untuk kerja-kerja menceriakan bilik guru. Sedang mengemas meja di belakang, terpandang beberapa buku cerita yang agak menarik bagi saya. Niat di hati saya mahu meminjamnya untuk di baca di rumah (masa membaca di sekolah sangat terhad), tapi hati saya berbelah bagi kerana merasakan tidak manis meminjam sesuatu tanpa ada keizinan dari pemiliknya walaupun buku-buku itu hak milik sekolah. Kerana malu untuk meminta kebenaran dari guru-guru yang ada di situ, maka saya pendamkan hasrat tersebut. Kecewa? Memang saya kecewa tapi saya cuba bersikap positif dan menganggap ada hikmah di sebalik semua ini. Kemudian tengah hari saya balik rumah, terpandang beberapa buah buku di dalam rak-rak buku milik rakan serumah. Salah satunya buku syed alwi alatas ini. Sangkaan pertama saya merasakan buku ini tidak menarik apabila melihat tajuknya yang tidak menarik bagi saya.
Namun saya paksakan tangan ini untuk mengambil dan membelek-beleknya apabila memikirkan kata-kata “jangan lihat luaran tapi lihat dalamannya”. Nak tahu, buku yang saya anggap tidak menarik inilah yang menyebabkan masa lapang saya petang ini terisi dengan ilmu yang ada padanya hingga membawa saya untuk berkongsi dengan kalian. Benar kata-kata ini “jangan tengok luaran tapi tengoklah dalamannya.” Malah kekecewaan saya terus lenyap diganti dengan kegembiraan. Saya bersyukur kepada Allah swt kerana membuka hati saya untuk membelek buku ini. memang ada hikmahnya. Jika saya membawa buku-buku cerita dari sekolah tadi mungkin saya hanya seronok dan khayal dengan kisah pengembaraan watak 3 penyiasat dalam cerita tersebut tetapi berbeza pula dengan buku ini, selain saya mendapat suntikan motivasi, ia juga memberikan saya jawapan-jawapan kepada pertanyaan yang sering berlegar dalam kepala selama ini malah, saya juga mendapat sesuatu yang sangat berharga, yang tidak dapat ditemui dalam buku cerita tadi. Suatu yang sangat berharga itulah yang saya kongsikan kepada kalian.
# Tajuk yang dah lama bersemadi dalam simpanan saya akhirnya baru sekarang dikeluarkan dari bilik kebal.
Posted by DIARI SANG PENYAIR at Saturday, June 09, 2012
Labels: Bicara Kehidupan
http://sujanakondorid.blogspot.com/2012/06/yang-tersirat-di-sebalik-takdir-allah.html

Tuesday, August 3, 2010
Sebuah Testimony dari Ryah Jasmi

BILA ALLAH MENDUGA KITA
Posted by Ryah Jasmi at 1:10 PM
THURSDAY, JULY 29, 2010
Alhamdulillah.
Entah macam mana lagi nak diluahkan, betapa bersyukurnya aku bila dipertemukan dengan sebuah naskah motivasi ini, apatah lagi disaat benar-benar memerlukan suatu petunjuk.
Ringkasnya begini.
Kepada yang mengikuti kebanyakan cerita aku dalam blog ni tau bagaimana aku struggle dengan banyak perkara dalam hidup. Bussiness yang tenggelam timbul, most probably tenggelam, family yang sedang 'berdingin' angkara salah faham dan sebagainya. Terlalu banyak perkara yang tak diingini berlaku, bukan seperti yang dirancang dan sampai satu tahap, aku terlalu kecewa. Terlalu kecewa. Menderita sungguh hati ini, tiap saat merintih kepada Yang Maha Esa, setiap saat. Setiap detik otak ligat berfikir, dimana silap, apa yang perlu dibuat, kepada siapa harus mengadu. Ingin berjumpa rakan-rakan, rasanya bukan itu yang aku mahu. Pasti kebanyakkannya ingin menjaga perasaan aku, dan hanya mendengar sedangkan waktu itu yang aku harapkan adalah kata-kata semangat atau teguran membina, supaya aku boleh perbaiki diri dan teruskan hidup. Setiap waktu, memohon tuhan berikan aku petunjuk.
Suami sangat memahami, namun kami juga terbelenggu dengan masalah bersama ini. Tahu ini DUGAAN, mengerti bahawa kami insan terpilih untuk berhdapan dengan dugaan ini, namun sampai satu ketika hati sudah tidak mampu menerima 'hadiah terhebat' ini lagi.
Sampailah pada satu ketika, hati aku tergerak memilih naskah ini, BILA ALLAH MENDUGA KITA sebagai santapan dan makanan jiwa. Asalnya, hanya dipilih untuk bacaan ringan, namun siapa sangka tulisan Syed Alwi Al-Attas ini benar-benar telah meresap dalam diri, dan menjadi kata-kata pengingat yang kukuh dan terikat kemas dalam ingatan.
Sungguh, seperti satu tamparan dipipi, untuk mengejutkan aku, betapa KESABARAN itulah jawapan terbaik terhadap DUGAAN. KESABARAN itulah senjata terhebat. Sedang aku amat sedar tentang janji allah, betapa kesabaran itu membawa kemenangan, namun bila digasak masalah sedikit, hilang punca jadinya. Lupa segalanya.
Syukur, kehadiran buku ini seperti seorang rakan, menjadi pengingat di saat memerlukan, san seperti bapa, memberi nasihat yang meresap ke jiwa. Buku in mengupas lebih dalam mengapa perlunya BERSABAR, dalam erti kata sebenar. Betapa SABAR itulah jawapan kepada hati yang asyik mempersoalkan urusan yang Maha Esa. Adat manusia, mudah buruk sangka terhadap tuhan, bila yang diusahakan menemui jalan buntu, sedangkan HASIL itu bukan urusan manusia. Betapa memahami TAKDIR itu penting, supaya tidak terburu-buru mempersoalkan Tuhan 'dimana silap saya'.
Naskah ini ibarat makanan jiwa. Mengerti dengan sebaiknya rahsia KESABABARAN dan KESYUKURAN, dan membuat jiwa kembali tenteram. Lupakan tentang kekurangan yang ada, walau terdapat ayat yang berulang dan contoh methapor yang kurang baik, namun mesejnya tetap sampai. Jika dibaca dan dilaksanakan, hasilnya sungguh luar biasa. Dan percayalah, bila hati telah redha, minda lebih rasional, maka banyak perkara yang boleh difahami dan dilihat dari perspektif positif.
Syukur!
http://mamaijazdiary.blogspot.com/2010/07/bila-allah-menduga-kita.html
Thursday, July 22, 2010
Bila Allah s.w.t menduga kita - Amira Nabilah

Bila Allah s.w.t menduga kita...
POSTED BY AMIRA NABILAH AT 12:58 AM
SUNDAY, JULY 4, 2010
Pernahkah anda menghadapi masalah dalam hidup? Sudah tentu pernah bukan? Tiada seorang pun yang terkecuali dari menghadapi masalah dalam hidupnya. Bukan sahaja pernah malah setiap waktu kita sering didatangi persoalan dan masalah hidup. Bukankah begitu? Adakah anda sekalian yang sepanjang hidup anda tidak pernah menghadapi masalah? Tentunya tidak ada kan? Satu-satunya tempat di mana manusia tidak akan berdepan dengan masalah hanyalah di syurga. Sementara di dunia ini, masalah merupakan sahabat karib yang selalu menemani perjalanan hidup kita. Sejak lahir ke dunia ini, kita sudah menghadapi masalah. Bayi yang lahir ke dunia, sebagaimana ibu yang melahirkan akan berasa sakit dan tidak selesa. Pada detik-detik pertama kehidupannya di dunia, manusia sudah pun berdepan dengan masalah. Begitu juga dengan hari-hari yang seterusnya, manusia akan berdepan dengan masalah yang melanda sana sini. Jadi renungkanlah.
http://amiranabilah.blogspot.com/2010/07/bila-allah-swt-menduga-kita_04.html
Wednesday, July 21, 2010
Bila Allah Menduga

Bila Allah Menduga
oleh Kehelan pada 1:04 PM
Thursday, July 15, 2010
Al Salam Alaykum
dalam hidup kita, semua manusia tak dapat lari dari segala dugaan dan ujian... tidak semestinya diuji dengan kesusahan, malah juga kesenangan... tidak dapat ujian dan dugaan yg kecil, diujiNya kita dgn sehebat2 ujian...
tipulah kalau ada yg mengatakan, dia tak pernah diduga... tak pernah diuji...
kata John F. Kennedy: Do not pray for easy lives. Pray to be stronger.
cuma, yg membezakan ialah bagaimana kita menerima dugaan dan ujian yg ditakdirkan itu? ada yg positif, ada yg negatif dan terus berputus asa dgn rahmat Tuhan...
bersyukurlah... dgn setiap ujian dan dugaan yg menimpa, tandanya kita masih lg dalam Rahmat dan Kasih Sayang Yg Esa... ujian dan dugaan yg dtg bukan sia-sia, bukan saja-saja...
aku tak habis lg baca buku ni... cuma sahabat aku, Saliza Diana a.k.a Sally yg baru mendirikan rumahtangga bulan lepas sedang diuji... ibunya, diserang angin ahmar sebelah badan... aku pikir mungkin sbb kepenatan selepas kenduri... skrg terlantar di HKL...
aku juga pernah mengalami situasi begini... ayahanda tersayang, diserang angin ahmar ketika memandu lori, 30/08/2003... aku ingt lg! tp alhamdulillah... selepas beberapa bulan, ayah aku perlahan2 kembali pulih... walopun tak seperti dulu, semakin hari semakin baik... malah, semasa upacara konvokesyen aku pada 06/08/2004, ayah aku dapat datang... alhamdulillah!
org tua kita mmg akan hilang semangat... akan rasa down sangat2! sbg contoh, semasa ayah aku di rumah menjalani proses pemulihan, rutin dia pagi2 selepas mandi dan sarapan, mesti dia duduk di depan rumah... aku mengintai! aku tgk matanya basah bergenang... tugas aku, ajak ayah aku berborak... tanya apa perkembangan... jangan bg dia ruang utk bersedih! kita bg dia semangat utk jalani hidup macam biasa... tanamkan azam utk tidak berputus harap... dan yg paling penting... doa dari kita utk org tua kita...
dan utk Sally, aku titipkan perkara yg sama... moga Sally tabah...
dugaan datang dan pergi...
Firman Allah:
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yg kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Al-Baqarah, ayat 216...
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::
http://kehelan.blogspot.com/2010/07/bila-allah-menduga.html
Wednesday, June 30, 2010
Highly Recommended!!!

Highly Recommended!!!
POSTED BY FAZI AT 12:31 PM
THURSDAY, JUNE 24, 2010
Pregnant kali ni saya suka sangat membaca buku2 motivasi dan keagamaan...kalau kuar g mana2 kompom mesti ada 2-3 buku yang akan saya beli...Antara koleksi buku yang saya suka adalah buku ini "BILA ALLAH MENDUGA KITA" hasil penulisan "Syed Alwi Alatas"
Dah banyak kali saya repeat baca buku ni, dah naik lunyai dah....Highly recommended for uols guys...
Banyak ilmu/ keinsafan/ketenangan yang saya dapat hasil dari pembacaan buku ini..specially bila di saat kita down sangat2 tatkala di uji oleh Allah...semua input yang ada dalam buku ni memang best sesangat..
Setelah saya ulangi bacaan buku ini, antara apa yang dapat saya rumuskan ialah:-
"Dugaan dari Allah tidaklah semestinya dugaan yang berbentuk dukacita / kecewa, memperolehi nikmat dan rezeki yang melimpah-ruah juga merupakan salah satu bentuk 'dugaan' Allah pada kita, Dia ingin menguji sejauh mana dan bagaimana kita bijak menggunakan 'nikmat' itu.."
Kalaupun ada org yg hidupnya terus melonjak naik dan tidak pernah jatuh, tu tak bermakna dia tak diuji sama skali. Boleh jadi keuntungan dan keseronokkan itulah yg menjd ujian dlm hidup dia. Mungkin kejayaan itu melalaikan dan menghancurkan dirinya disaat2 akhir. Orang yang naik terlalu tinggi pun bole jatuh terhempas dan lebih terasa 'sakitnya' jika dibandingkan dengan org lain.."
Since dah khatam byk kali buku ni, saya lebih berhati2 dalam menjalani kehidupan dan senantiasa merujuk pada Yang Esa dalam membuat perhitungan utk jalani kehidupan yg penuh dgn dugaan dan ujian..
Go n get this book..murah je Rm19.90..memang berbaloi n tak rugi jika memilikinya..cewah...
Sharing is caring :)
http://anugerahmah.blogspot.com/2010/06/love-this-book.html
Bila Allah Menduga Kita - Hermony

Bila Allah Menduga Kita
By: Hermony
Alhamdulilah,lam 2 hari,buku "BILA ALLAH MENDUGA KITA" habis aku baca.... Banyak benda ada lam buku ni..apa yang menarik ialah pengisian buku ni..
banyak contoh kisah2 benar yang dapat membuka mata aku tentang kesulitan yang orang lain hadapi.. Kata Syed Alwi Alatas,kita harus bersedia untuk menghadapi segala ujian bkn memikirkan apa ujian yang bakal kita tempuhi..bt0l3..
Dugaan yang Allah berikan kepada aku tidak seteruk dugaan yang Allah berikan kepada orang lain.. kata Syed Alwi Alatas lagi,kita sejak kecil lagi sudah menerima dugaan dari Allah..Contoh:masa kita kecil2 dlu,masa mula2 nk blaj0 jalan dlu..Allah duga kita,nk b0leh berjalan tu,asyik jatuh bgn,jatuh bgn..then,nangis..dugaan la tu..
S0,buat teman2..beli dan bacalah buku ni..xsemestinya buku ni,buku2 motivasi lain pn b0leh..
untuk f0llowers ~Al0ne~..bc jgn xbc..haha
Thanks t0 "ehem2"sbb dah bg buku ni sempena bufday I hari tu..ia bnyk membantu..thn lps bg whiteboard,juga bnyk membantu coz thn lps aku PMR,bnyk conteng2..hee
Kamu amat mengerti aku!Luv u..
Yang menekan keyboard itu aku, Hermony at 11:02 PM
http://mysoulsound.blogspot.com/2010/06/bila-allah-menduga-kita.html
Tuesday, June 29, 2010
BUTTERFLY

BUTTERFLY
A man found a cocoon of a butterfly. One day a small opening appeared. He sat and watched the butterfly for several hours as it struggled to force its body through that little hole. Then it seemed to stop making any progress. It appeared as if it had gotten as far as it could, and it could go no further.
So the man decided to help the butterfly. He took a pair of scissors and snipped off the remaining bit of the cocoon.
The butterfly then emerged easily. But it had a swollen body and small, shriveled wings.
The man continued to watch the butterfly because he expected that, at any moment, the wings would enlarge and expand to be able to support the body, which would contract in time.
Neither happened! In fact, the butterfly spent the rest of its life crawling around with a swollen body and shriveled wings. It never was able to fly.
What the man, in his kindness and haste, did not understand was that the restricting cocoon and the struggle required for the butterfly to get through the tiny opening were God's way of forcing fluid from the body of the butterfly into its wings so that it would be ready for flight once it achieved its freedom from the cocoon.
Sometimes struggles are exactly what we need in our lives. If God allowed us to go through our lives without any obstacles, it would cripple us.
We would not be as strong as what we could have been. We could never fly!
Wednesday, May 12, 2010
MaNuSiA DaN DugAaN...
MaNuSiA DaN DugAaN...
POSTED BY USRATI SAIDAH AT 4:13 PM
Assalamualaikum, izinkan cikah aka hafsah umar berbicara..
Hari Sabtu hari tu, kuar jap jalan-jalan ngan akak senior g makan-makan, kuar ke warta....pastu duk skejap kat depan kedai buku..dalam hati dah terfikir, dah lame tak beli buku baru(walaupun masih banyak buku kt bilik yg tak sempat dibaca...heheheh). Ditakdirkan oleh Allah tetiba tangan nie terpegang satu buku.. karangan SYED ALWI ALATAS yang bertajuk "BILA ALLAH MENDUGA KITA". Tajuk nie bila difikir-fikir balik mmg mcm terkena tepat kat btg hidung nie.. bak kte azri "troooosss"...maka, tanpa berfikir panjang duit dihulur, akad disebut sebagai tanda jual beli disambut..
Hsil pembacaan buku ni...cikah tertarik pada satu cerita yang Syed Alwi kaitkan dengan dugaan dan cara penerimaan makhluk tuhan paling bijak bestari nie, manusia la kn??...ceritenyer berbunyi begini...(kompang takda la..bace je)
Seorang pekerja bangunan sedang sibuk dengan kerjanya. Dia melakukan tugasnya dibahagian bawah bangunan , sementara rakan sekerjanya bekerja beberapa meter di atasnya. Kemudian pekerja yang diatas ingin meminta sesuatu daripada pekerja yang berada di bawah. Dia memanggil, namun tidak didengari walau sikit kerana bunyi dari mesin-mesin terlalu bising. Maka, timbul idea dalam fikiran si pekrja diatas untuk melemparkan sekeping duit syiling kebawah. Pekerja yang dibawah tidak mendongak ke atas. Ketika dia melihat ada syiling di atas tanah, dia mengambilnya begitu sahaja dan memasukkannya ke dalam poketnya. Pekerja yang diatas berasa kesal. Dia sekali lagi mengeluarkan kepingan syiling yang lebih besar dan melamparkannya ke bawah. Pekerja dibawah sekali lagi tanpa mendongak ke atas terus mengambil syiling tersebut lalu dimasukkan kedalam poketnya sama seperti kejadian yang petama tadi. Kemudian, pekerja diatas terus mengambil seketul batu lalu dilemparkannya kebawah. Lontarannya tepat mengenai topi keselamatan si pekerja dibawah. Setelah kejadian itu, barulah pekerja dibawah mendongakkan kepalanya ke atas.
Analoginya,
-pekerja dibawah ibarat manusia
-syiling ibarat nikmat kepada manusia
-batu pula ibarat dugaan atau musibah yang sangat digeruni oleh manusia
Sekarang ni...cikah dah nmpak cm2 benda yang korang fikir kn???? Pe yang korang fikir tu sume btol blaka...heehehehe
Manusia akan semakin hilang pertimbangan apabila semakin banyak nikmat yang diterima. Sampaikan ada diantara mereka beranggapan setiap kejayaan yang dimiliki oleh mereka adalah disebabkan oleh usaha atau kebijaksanaan yang mereka miliki. Contoh yang paling jelas kepada kiter adalah firaun..kegemilangan, kebijaksanaan dan kegagahan yang dimiliki menjadikan die seorang yang "over" sempat lagi mengaku tuhan plak tu...apekeheinye yeop???
So, kesimpulannya kan..Syed Alwi ni nk kabo betape kome termasuk la dgn teman sekali sering lupa dan alpa. Tidak pernah mengambil peduli ketika berurusan dengan kesenangan, tapi baru tersedor macam kena bom bila mana musibah tu datang menyapa...hehehehe... Maka betullah firman Allah S.W.T dalam surah AZ-ZUMAR ayat 49 yang mengatakan:
" Maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami dia berkata, " Sesunguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaran. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui."
WALLAHU'ALAM
Ini sahaja pengisian yang mampu untuk dikongsi bersama...insyaAllah, kalau dah habes buku ni dibaca, cikah akan cube ceritakan pulak ape bezanya usaha dan takdir...adakah dua2 elemen ni berada dalam ruang lingkup yang sama atau berbeza...(skdr yang cikah tahu je)..kalau da sbrag prtmbhan atau penolakan...jom kiter bersama2 kongsi idea..
****Lepas baca buku nie, trus demam..hehehehe, dugaan yang menyapa tanpa diduga waktu, masa dan ketika..
http://raudhatulibtisam.blogspot.com/2010/04/manusia-dan-dugaan.html

Bila Allah Menduga Kita - Qurratu Aini

Bila Allah Menduga Kita
hidup tidak pernah sunyi daripada diselimuti pelbagai masalah.kadang,kita rasa terlalu lemah untuk melepasinya.kadang,kita terasa ingin pergi jauh darinya dan kadang kita tertanya-tanya,mengapa aku yang perlu menghadapi ini semua.padahal orang lain elok2 sahaja? hati...hati...hati manusia kan..kadang melatah juga...tapi,jangan pernah biarkan emosi menguasai diri kerana apapun,kewarasan akal dengan pimpinan Al-Quran dan sunnah perlu menjadi tunjang utama gerak fikir yang menentukan apa yang akan kita lakukan. ingatilah satu perkataan, SABAR , SABAR dan SABAR...jangan risau,janji Allah,bersama setiap kesukaran pasti ada kemudahan...semakin besar dugaan kita, pujuklah hati kita,katakan itu tanda, semakin besar perhatian dan kasih sayang Allah pada kita. analoginya, macam guru-guru kita dahululah. yang suka dimarah2 tu,ditegur 10kali itu sebenarnya kerana amat disayangi dan ingin kita menjadi orang berguna di hari muka. Allah lebih-lebih lagi.itu tanda Allah sedang mendidik kita dengan tarbiyah langsung drpdnya.andai org lain tidak diuji begitu,tidak mengapa,katakan pada diri kita,Allah syg kan kita,sbb tu,dihadiahkan dugaan besar itu. Allah tidak akn menduga kita melainkan sekadar kesanggupan kita.cabar diri.yakin pada diri.semuanya akan ok selepas ini. yang penting,bersangka baik dengan Allah selalu pasti ada hikmah yang istimewa sedang menunggu :) mungkin bukan di SINI tapi DI SANA yang pasti menanti dan lebih abadi ;)
POSTED BY MUJAHIDAH SOLEHAH AT 11:49
http://qurratuaini09.blogspot.com/2010/04/bila-allah-menduga-kita.html
Subscribe to:
Posts (Atom)