Tuesday, November 13, 2012

Kerja Kursus Pelajar 2012

Bila Allah Menduga Kita
Monday, October 22, 2012

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Ur Atiqah Bt Mat Samadi
No Matrik : 2012618418
Kumpulan : CSD1Cf
Diploma Sains Komputer.

1.0 Abstrak

Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran iaitu “ Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan menurut kemampuan hamba itu sendiri”. Jika terdapat individu yang sedang menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan pastinya dapat mengambil iktibar serta pengajaran daripada buku BILA ALLAH MENDUGA KITA apabila membacanya dengan penuh penghayatan pada setiap ungkapan yang cuba disampaikan oleh penulis. Penulis menyampaikan penulisannya dengan bahasa yang mudah dan senang difahami oleh para pembaca.

Kisah-kisah yang terdapat dalam buku ini sangat menarik dan membuatkan pembaca menyedari bahawa diluar sana masih ada insan-insan yang kurang bernasib baik dan kehidupan mereka lebih sukar untuk dibandingkan dugaan yang kita terima daripada Allah SWT. Kita juga dibawa untuk berfikir untuk mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT walaupun sekecil zarah nikmat yang dikurniakan kepada kita. Secara tidak langsung penulis menyedarkan para pembaca bahawa Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Keseluruhannya, buku ini lebih terperinci membincangkan topik mengenai aspek-aspek kehidupan manusia seharian serta permasalahan dan persoalan yang menyelubungi dalam diri individu serta masyarakat.

2.0 Pendahuluan

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah SWT yang masih memberikan kesempatan buat saya untuk menghirup udara di bumiNya. Tujuan saya menulis esei ini adalah untuk melaksanakan tugasan kerja kursus CTU 101 yang telah ditugaskan oleh pensyarah saya iaitu Ustaz Abd Aziz B. Harjin. Oleh itu, saya telah memilih buku BILA ALLAH MENDUGA KITA yang ditulis oleh Syed Alwi Alatas. Terlebih dahulu saya telah membaca buku ini sebelum meringkaskan kandungan yang terdapat dalam buku ini. Buku ini diselitkan dengan pelbagai input yang bernas,kisah-kisah benar yang boleh menjadi pengajaran dan terdapat tauladan yang boleh digarap oleh pembaca. Secara konklusinya,kandungan buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana penulisannya memberikan kekuatan kepada para pembaca yang sedang menghadapi kesusahan dan mengingatkan individu tentang hakikat yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

3.0 Biodata penulis

Syed Alwi Alatas. Dilahirkan pada 1 September 1974 di Jakarta, Indonesia. Alwi Alatas telah pun menulis 19 buah buku, kebanyakannya telah dicetak di Indonesia. Beliau menerbitkan buku di Malaysia pada awal 2010. Buku-bukunya adalah berkenaan sejarah, keremajaan, agama, motivasi, cereka dan bukan fiksyen. Beliau menjadi ketua Forum Lingkar Pena (FLP) Malaysia dari 2008 -2010. Pada masa itu, dia melakukan PhD di International Islamic University Malaysia (IIUM).

4.0 Sinopsis buku

Isi kandungan buku ini terbahagi kepada 3 topik perbincangan utama. Setiap topik mempunyai tajuk-tajuk kecil dibawahnya. Pada pendahuluan, penulis mempersoalkan pelbagai pertanyaan kepada diri pembaca mengenai kesusahan dan dugaan yang pernah dilalui oleh diri pembaca. Sudah semestinya setiap kita pernah menghadapi masalah. Selain itu, para pembaca diberikan beberapa contoh dan kisah benar yang berlaku terhadap individu lain yang menjadikan pembaca merasakan dugaan mereka itu jauh lebih susah daripada kesusahan yang kita lalui. Sebagai contoh kisah yang terdapat dalam buku ini (muka surat 6-7), penulis menceritakan mengenai kejadian Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2006 di Aceh. Kejadian ini menyebabkan ratusan ribu menjadi korban Tsunami dan mereka kehilangan harta benda,keluarga,dan berlaku kemusnahan. Bagaimanakah dugaan ini perlu dilalui oleh mereka yang berada di sana? Mereka terpaksa berpisah dengan insan yang tersayang, hilang segala harta benda yang dimiliki dan perlu membina hidup yang baru. Dugaan Allah SWT yang tidak diketahui ini perlu diterima dengan redha kerana setiap ketentuan dari-Nya telah ditetapkan. Begitulah antara isi penulisan yang terdapat dalam kisah ini.

Sesungguhnya, jika ditanya pada diri kita mampukah kita menerima ujian Allah SWT seperti ujian yang diberikan kepada masyarakat Aceh itu, pastinya ada di antara kita tidak sanggup atau bersedia untuk diuji dengan dugaan tersebut.Walau bagaimanapun,tidak semestinya kita akan menerima dugaan secara berterusan. Kita sebagai hambanya akan merasai juga kenikmatan, kemewahan, kesenangan daripada Allah SWT. Itu semua bergantung kepada ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah. Ada juga ujian Allah melalui nikmat yang diberikan oleh-Nya. Allah mahu menguji keimanan hambanya menerusi kenikmatan-Nya. Terdapat firman Allah SWT di dalam Al- Quran, “Maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari kami dia berkata, “Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaran. Sebenarnya itu adalah ujian,tetapi kebanyakkan mereka itu tidak mengetahui.[az-Zumar:49]”

Selain itu, pada akhir topik ini, diselitkan juga nasihat daripada penulis yang memesan kepada diri pembaca supaya tidak mengkhuatiri dengan ujian dan persoalan yang datang kerana menjadi lumrah kehidupan sebagai seorang manusia di muka bumi Allah ini. Kesimpulan pada topik in,penulis menekankan bahawa kita janganlah menyalahkan Allah SWT terhadap dugaan yang kita terima kerana itu telah ditakdirkan buat diri kita. Sama ada kita suka atau tidak mengenai sesuatu kejadian itu, perkara itu perlu diterima dengan hati yang terbuka dan belajar menerima dengan hati yang penuh sabar seperti mana Firman Allah “Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaiu,wanita –wanita,anak,anak, harta yang banyak dari jenis perak,emas,kuda pilihan,binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik. [Ali-Imran:14]”

Topik 1 : Berprasangka Baiklah Pada Tuhanmu. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, “Sesungguh-nya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah kepadamu dan jika kamu mengingkari maka sesungguhnya azabKu sangat pedih. [Ibrahim:7] ”. Penghuraian penulis dalam topik ini cukup menyedarkan pembaca daripada kelalaian diri sebelum ini. Penulis menyuruh pembaca supaya merenungkan apakah kewajaran untuk kita mempersoalkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Tiada kuasa bagi kita untuk melakukan perkara tersebut walaupun sering kali kita sentiasa menyalahkan dan berprasangka buruk terhadap Allah. Ini disebabkan sifat manusia itu sendiri,iaitu makhluk yang sering dan suka untuk mengeluh kerana hal-hal yang tidak disenangi. Walaupun pelbagai nikmat yang telah diterima kita masih lagi mengeluh kerana tidak mengingati dan bersyukur kepada Allah SWT. Itulah kesilapan diri manusia,mudah lupa untuk bersyukur. Dalam topik ini lagi, pembaca akan tertarik pada ucapan Al-Shadiq Al-Mashduq (muka surat 28) yang diselitkan oleh penulis iaitu katanya “ Raihlah pada yang bermanfaat bagimu,minta tolonglah kepada Allah dan jangan bersikap lemah ”.

Penulis mengatakan terdapat tiga langkah luar biasa menerusi ayat tersebut dan langkah tersebut boleh menjadi pembimbing dalam kehidupan kita. Ayat tersebut mempunyai maksud tersirat yang mendalam untuk dijadikan pedoman dan membantu untuk menjalani kehidupan seharian. Penulis turut menghuraikan lebih lanjut,satu per satu mengenai langkah ini kepada para pembaca supaya pembaca lebih memahami maksud disebalik ayat ini sebaiknya. Pada akhir topik ini, pembaca akan menyedari kesilapan diri kerana penulis menasihati pembaca supaya belajar menerima apa jua yang terjadi pada diri. Tiada guna untuk menyesali dan menangisi atau sedih terhadap ketetapan dan takdir dariNya.

Topik 2 : Iman Terhadap Takdir. Penulis menerangkan bahawa takdir ialah ketetapan Allah atas manusia berupa hal-hal yang baik atau hal-hal yang kurang baik. Penulis mengajak pembaca supaya lebih memahami tentang takdir yang merupakan perancangan Allah SWT kepada diri manusia. Bak kata pepatah, “Manusia hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan”. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui. Allah menduga kita dengan takdir nikmat dan dugaan.Individu yang menerima takdir nikmat juga merupakan ujian Allah untuk diuji kekuatan iman dirinya sama ada dirinya mensyukuri nikmat yang diberikan walaupun sedikit ataupun menjadi lebih riak kepada Allah apabila dikurniakan kemewahan dan kenikmatan. Manakala apabila takdir dugaan yang menimpa diri, diuji hambaNya adakah mereka ini kuat untuk menghadapi ujian tersebut dengan memohon pertolongan kepada dan yakin kepada kekuasaan Allah SWT atau sebaliknya. Segalanya bergantung kepada diri sendiri untuk menangani ujian yang telah ditakdirkan buat diri manusia.

Seharusnya kita berusaha untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi dan Islam juga menyarankan setiap mukmin agar bekerja keras dan disertai kemahuan yang tinggi untuk berjaya. Allah juga memerintahkan kita untuk bekerja serta beramal mulia. Segala amal kita bukannya sia-sia kerana Allah Maha Melihat dan akan mengira amal yang dilakukan diakhirat. Benarlah apa yang dikatakan oleh Allah SWT menerusi firmaNya, “Dan katakanlah,”Bekerjalah kamu,maka Allah dan rasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata,lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. [at-taubah:105]”

Terdapat manfaat di sebalik takdir Allah ini supaya kita sentiasa tunduk dan meminta pada pertolongaNya,supaya kita takut dengan azab seksa Allah,serta supaya kita cinta dan sayang pada Allah Maha Esa. Penulis mengingatkan pembaca sekali lagi supaya jangan bersedih menghadapi dugaan dengan memetik ayat ini “Sungguh segala sesuatu itu milik Allah dan akan kembali kepadaNya”. Maksudnya setiap apa yang diciptakan oleh Allah akan kembali padaNya di akhirat kelak. Penulis juga mengulas mengenai sifat bersederhana yang diajar dalam Islam. Segala berbuatan yang dilakukan, lakukanlah dengan cara yang bersederhana kerana mendapat pelbagai faedah yang diperoleh dalam kehidupan manusia. Tentang sikap sederhana ini Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “...dan sentiasalah bersikap pertengahan sederhana,hasil yang akan diperoleh dengannya,kamu akan mencapai sasaranmu(syurga). [Hadis Riwayat Bukhari]”. Antara hikmah lain yang boleh di pelajari dari persoalan takdir iaitu tidak semestinya yang disukai itu akan menjadi bagus buat diri manusia, dan tidak semestinya yang tidak disukai itu tidak baik buat diri manusia. Allah telah menentukan perjalanan manusia, dan diri manusia perlu memilih untuk pastikan perjalanan itu lurus menuju jalan Allah SWT.

Topik 3 : Agar anda Selalu Menang dan Bahagia. Penulis memberikan cara dan langkah kepada para pembaca untuk menjadi insan yang bahagia apabila diuji oleh Allah. Melalui topik ini penulis membantu pembaca dengan menyatakan terdapat dua kunci kebahagian iaitu syukur dan sabar atas ujian yang telah ditimpakan oleh Allah kepada manusia. Kedua-dua kunci ini memberikan kebahagiaan dan merupakan kesempurnaan bagi agama seseorang dan akhirnya membawa orang-orang yang memilikinya pada kehidupan yang tenteram dan menyenangkan. Sementara dalam buku ini terdapat ayat dari Abdullah bin Mas’ud r.a (muka surat 112) katanya “Iman adalah dua bahagian,satu bahagiannyaa ialah sabar dan sebahagian lagi ialah syukur”. Dengan demikian akan menjadi sempurna keimanan seseorang sekiranya dia memiliki kedua kriteria ini. Penulis menghuraikan lagi bagaimana untuk bersabar dan bersyukur dengan cara yang sewajarnya. Dalam bersabar, penulis memberikan contoh kisah Nabi Ayub. Nabi Ayub diuji oleh Allah dengan kekayaannya musnah,anak-anaknya meninggal dunia serta dirinya terkena penyakit parah sehinggakan isterinya meninggalkan dirinya ketika sakit. Akan tetapi Nabi Ayub masih bersabar dan menjalani dugaan Allah SWT dengan tenang kerana mengetahui Allah SWT yang hanya mampu memberikan pertolongan kepada dirinya. Dirinya tidak pernah mengeluh bahkan menjadikan dirinya semakin dekat dengan Allah. Dengan kekuasaan Allah, Nabi Ayub sembuh dan Allah menjadikan keadaan dirinya lebih baik dari sebelumya. Kesabaran Nabi Ayub mendapat balasan daripada Allah SWT kerana Allah bersama dengan orang-orang yang sentiasa sabar. Firman Allah SWT, “ Hai orang-orang yang beriman,jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu,sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”. Sabar itulah menjadi kekuatan dalam diri seseorang.

Topik perbincangan ini juga menegaskan para pembaca supaya jangan mudah berputus asa dengan Allah SWT. Sesungguhnya Allah melarang hambaNya dari berputus asa terhadapt rahmatNya kerana orang yang berputus asa ini disifatkan Al-Quran sebagai orang-orang yang kafir dan sesat. Pada pengakhiran topik ini, penulis menyuruh pembaca supaya melatih diri agar memiliki kedua sifat yang positif iaitu syukur dan sabar. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi dengan bersyukur dengan lidah,hati dan perbuatan dan memohon pertolongan kepadaNya dengan meminta agar diri kesabaran dan rasa syukur.

5.0 Penutup

Buku ini memberikan pelbagai pandangan,kisah,nasihat serta menjelaskan secara terperinci apakah jalan penyelesaian yang diberikan oleh Islam terhadap masalah hidup kepada pembaca supaya pembaca boleh mengambil dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kalau kita memahaminya dengan baik buku ini, InsyaAllah permasalahan yang dihadapi dapat diuruskan dengan cara yang sesuai. Buku ini juga mengajak para pembaca supaya jangan memertikaikan dugaan yang diterima sebaliknya bagaimana seseorang individu itu menerima dan memikirkan penyelesaian terhadap dugaan yang ditimpakan pada dirinya.Selain itu, pelbagai contoh kisah benar,hadis dan firman Allah serta kata – kata hikmah menjadikan pembaca lebih memotivasikan diri sendiri menerusi kisah tersebut.Pembaca akan menyedari terdapat individu atau masyarakat diluar sana yang lebih susah diduga dan mengalami kesulitan yang berat. Jika mahu dibandingkan masalah yang kita hadapi, kita seharusnya bersyukur kerana tidak mendapat ujian seberat seperti orang lain. Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan sesuatu ujian jika hambaNya tidak dapat menampung ujian itu kerana Allah itu Maha Mengetahui serta Maha Pengasih. Secara tutasnya, penulisan yang terdapat dalam buku ini dapat membantu seseorang itu keluar daripada permasalahan serta membuka minda pembaca untuk melihat dan berfikir bahawa setiap dugaan itu mempunyai penyelesaiannya dan terdapat hikmah disebalik dugaan yang dihadapi.. Semuanya bergantung kepada individu untuk mencari jalan penyelesaian atau meredhai saja pada ketetapan Allah. Tepuk dada tanya pada iman.

Posted by السلام عليكم ورحمة الله at 3:07 AM

http://azizbinharjin2012.blogspot.com/2012/10/bila-allah-menduga-kita.html

Monday, October 15, 2012

BUAH KIWI, BUAH KIWI, BUAH KIWI




Sehari suntuk kita abiskan masa dengan membaca 'Bila Allah Menduga Kita'. Best buku tuh, cukup bermotivasi. Banyak pengajaran yang kita dapat dari hasil tulisan Syed Alwi Alatas. Kita nih ada satu penyakit kalau dah ngadap buku sampai lupa makan. Tadi kita berhenti sebab nak minum, makanan buah kiwi, ke toilet dan solat waktu.

Bila usia sebegini bolehlah buat macam nih, dulu masa anak2 ada tinggal sama tak boleh, kejap2 ada je yang diminta. Biasalah putaran hidup beginilah.

Hari nih kita dok bantai makan buah kiwi sampai 3 biji. Satu perangai pelik kita, kalau makan buah kiwi tak suka buang kulitnya. Kita belah 2, kemudian makan guna sudu kecil. Korek sedikit demi sedikit sampai bersih. Kalau kupas kulit banyak isi yang terikut. Trylah buat macam kita, hasilnya yang tinggal kulit yang cukup nipis...hihihi

Best makan buah kiwi nih, lagi pun buah kiwi tengah murah. Masuk Jusco lah dapat murah, 5 biji baru RM4.90....hihihi

http://batulesung.blogspot.com/2012/03/melantak-buah-kiwi.html

Bila Allah Menduga Kita



Malam ni nak recommend kat semua pembaca sebuah buku yang korang memang tak rugi langsung kalau beli.
Dapat tambahkan ilmu lagi kalau beli dan baca.Buku ni tajuknya "Bila Allah Menduga Kita".
Sangat2 best tambah2 lg untuk sesiapa yg rasa tengah down,rasa putus asa,tak bersemangat disebabkan ujian yang datang menimpa dalam hidup kita ni.
InsyaAllah,k0rang akan rasa bersemangat dan sedar serta syukur di atas segala nikmat yg Allah telah kurniakan selama ini.

Sebenarnya dah lama beli buku ni,masa tu 25 Disember 2010 lagi.Baru lepas dapat result sem 1 matrik.
Masa tu rasa sangat sedih hanya Allah je yang tau.Result tak berapa nak bagus walaupun dah usaha dan belajar sungguh2.

Tapi Alhamdulillah satu hari tu pergi jalan2 kat kedai buku Popular.Tiba2 ternampak lah buku "Bila Allah Menduga Kita" dan lepas baca sinopsis pasal kandungan buku ni,rasa tertarik dan menarik je buku ni.
Balik rumah lepas tu start la baca sikit.baru intro dah rasa best sgt.
Makin excited la nk baca sampai habis.Alahamdulillah,lepas baca keseluruhan kandungan buku ni,rasa bersemangat balik.Rasa kita jadi kuat balik nak teruskan hari2 yang mendatang walau apa pun yang bakal kita hadapi.InsyaAllah..

Ni la dia bukumya..
Best sangat2!try la cari,hari tu baru je pergi Popular dan ternampak still ada lagi buku ni dijual.
Keluaran Mustread karya Syed Alwi Alatas.

http://miraedo92.blogspot.com/2012/02/bila-allah-menduga-kita.html

kita makluk yang SUKA MENGELUH ?

Assalamualaikum (",)

baru baru ni terbaca dalam satu buku yang berjudul "bila Allah menduga kita" hasli karya, Syed Alwi Alatas . satu topik awal yang buat saya rasa teruja . "MAKHLUK YANG SUKA MENGELUH" . dushhh !! setepek kat muka sendiri . dalam kehidupan seharian pasti ada sekali kita akan mengeluh . pernah tak kita nilai diri kita ni, berapa kali kita mengeluh dalam sehari hanya kerana situasi yang kurang menyenangkan .

kita sentiasa mengeluuh untuk perkara yang tak kira lah perkara tu kecil ke besar . contohnya ::

kenapalah cuaca hari ni panas sangat?

kenapa hujan tak turun dah berapa hari ni?

kenapa hidup terlalu sukar?

bahkan disaat berakhirnya hujung minggu dan terpaksa ke sekolah atau pejabat di hari Isnin, kita tetap akan mengeluh . kalau kita dibebani dengan tugas tugas dan tanggungjawab, juga kita mengeluh. bila umur dah meningkat, sakit sana sini, kita masih mengeluh . bebanan tugasan kuliah yang menimbun, kita juga mengeluh kerana terlalu penat menyiapkan semuanya .bahkan kita tak penah kehilangan alasan untuk mengeluh . kalau macam tu, apa lah yang mampu membuatkan kita rasa puas ?

firman Allah dalam Al-Quran ::

"sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut" [al-ma'arij : 19-21] .

kalau dengan sindiran dari Allah kita tak rasa apa apa . maka pada siapa lagi kita perlu rasa malu ? macam mana kita akan sedar kekurangan diri dan perbaikinya ? itu lah diri kita manusia yang sentiasa mengeluh pada sesuatu. sedangkan keluhan itu tidak akan menjadi lebih baik .

betapa diri kita ni banyak sangat kekurangannya yang kadang kala kita tak sedar yang apa kita lakukan tu adalah salah . masyaAllah . malunya rasa . mulai hari ni . kita semua ni makhluk Allah perlu perbaiki diri kita . kurangkan lah mengeluh dengan apa yang di lalui . panas ke ? penat ke ? lapar ke ? denga cara .... SABAR . sabar adalah ubat kepada kemarahan yang meluap dan sakit hati yang membara panasnya ..

oleh itu, bersyukurlah . Alhamdulillah . Allah bagi peluang kepada saya untuk berkongsi ilmu baru dengan korang semua ..

http://ceritasukadukasaya.blogspot.com/2012/09/kita-makluk-yang-suka-mengeluh.html

Yang Tersirat Di Sebalik Takdir Allah SWT

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wahai pengembara blog saya? Harap kalian sentiasa diberkati dan selamat di dunia dan Akhirat.

Sebenarnya baru sebentar tadi saya membaca sebuah buku bertajuk ‘Bila Allah Menduga Kita’ karya Syed Alwi Alatas (saya belum habis membacanya, Insya Allah, esok disambung lagi). Walau belum habis dibaca tapi saya teruja untuk memberitahu perasaan saya saat ini setelah membaca bukunya. Mungkin kalian mengagak bahawa isinya tidak bagus atau kata orang puteh ‘best’ kerana beranggapan saya tidak membacanya sampai habis. Kalau itu anggapan kalian, maafkan saya kerana saya menafikan prasangka kalian tersebut. Terus terang saya katakan bahawa saya memang seronok dan teruja untuk membacanya hingga selesai tetapi saya tidak mahu menghabiskannya secara terburu-buru kerana setiap kata-kata yang dilontarkan oleh pengarang memerlukan saya untuk berfikir dan mengingati pula kehidupan saya di masa silam, sekarang dan masa depan. Kerana itulah saya tidak mahu terburu-buru untuk menghabiskan pembacaan saya.

Ada suatu yang menarik dalam buku ini iaitu berkenaan persoalan tentang takdir. Manusia selalunya mempersoalkan itu dan ini sebagai takdir. Malah jika berlaku sesuatu yang tidak baik, maka takdir akan disalahkan. Saya tertarik dengan kisah Maryam, ibu Nabi Isa r.a yang diceritakan oleh pengarang dalam buku ini lalu dikaitkan dengan takdir yang sedang dibincangkannya. Katanya saat Maryam hampir melahirkan anak Allah memerintahkan beliau agar mengoncangkan pokok kurma yang didudukinya. Maka Maryam menepuknya dan buah kurma itu jatuh kemudian beliau memakannya. Jika diikutkan logik akal, mana mungkin dia boleh menjatuhkan buah kurma itu dengan keadaannya yang lemah dan kalau dikira logik, batang kurma yang digoncangkannya itu pun besar, tak mungkin akan bergoncang apalagi yang menepuknya adalah seorang wanita yang kudratnya tidak sekuat lelaki. Malah mungkin lelaki pun tidak mampu menjatuhkan buah tersebut dengan mengoncangkan batangnya yang besar. Untuk mengambil buahnya kita mesti memanjatnya bukan?

Sesungguhnya kisah di atas mengajar kita untuk percaya dengan peranan Allah swt dalam menetapkan usaha-usaha yang kita lakukan. Kita wajib percaya bahawa setiap hasil usaha yang kita lakukan adalah kerana kehendak Allah swt. Allah berhak menggagalkannya ataupun sebaliknya. Sesungguhnya Allah swt tidak akan mensia-siakan apa segala sesuatu yang kita kerjakan walaupun sekecil manapun usaha kita. walaupun ianya tidak mampu atau tidak logik dalam pandangan kita. Namun selalunya manusia selalu menganggap bahawa hasil dari usahanya yang dilakukannya disebabkan kesungguhan dan usaha yang dia lakukakan padahal Allahlah yang berperanan penting di sebalik semua itu. Pernahkah peristiwa-peristiwa sebegini berlaku dalam diri kita? misalnya, kita ditemuduga oleh beberapa orang untuk mendapatkan suatu pekerjaan. Ketika ditemuduga, kita tidak yakin dengan jawapan-jawapan yang kita berikan terhadap soalan yang dilontarkan, dan apabila selesai ditemuduga kita berasa bahawa kita akan gagal.

Namun apabila keputusan keluar, kita mengetahui bahawa kita lulus dalam temuduga tersebut. Tentunya ia memberikan kita satu sinar kegembiraan dan mungkin ia membawa kita untuk percaya bahawa bukan semua yang kita fikirkan akan terjadi. Oleh itu seharusnya kita mesti bersangka baik dan bersikap positif. Kita seharusnya berserah diri kepada Allah, kerana Allahlah yang menetapkan sesuatu itu dengan kuasa yang ada pada-Nya. Ada kalanya, orang yang tidak yakin dengan jawapannya lulus dalam temuduga dan adakalanya orang yang sangat yakin dengan jawapannya, gagal dalam temuduga kerana seperti yang saya katakan tadi, Allah swt itu Maha Mengetahui. Tapi bagi yang gagal jangan salahkan Allah swt kerana percayalahlah, ada secebis kebaikan yang kita temui di sebalik kegagalan kita, kalau bukan hari itu mungkin di hari yang lain.

Untuk lebih adil, biarlah saya ceritakan kisah saya hari ini ( ada kaitan dengan topik ini juga). Pagi tadi saya ke sekolah untuk kerja-kerja menceriakan bilik guru. Sedang mengemas meja di belakang, terpandang beberapa buku cerita yang agak menarik bagi saya. Niat di hati saya mahu meminjamnya untuk di baca di rumah (masa membaca di sekolah sangat terhad), tapi hati saya berbelah bagi kerana merasakan tidak manis meminjam sesuatu tanpa ada keizinan dari pemiliknya walaupun buku-buku itu hak milik sekolah. Kerana malu untuk meminta kebenaran dari guru-guru yang ada di situ, maka saya pendamkan hasrat tersebut. Kecewa? Memang saya kecewa tapi saya cuba bersikap positif dan menganggap ada hikmah di sebalik semua ini. Kemudian tengah hari saya balik rumah, terpandang beberapa buah buku di dalam rak-rak buku milik rakan serumah. Salah satunya buku syed alwi alatas ini. Sangkaan pertama saya merasakan buku ini tidak menarik apabila melihat tajuknya yang tidak menarik bagi saya.

Namun saya paksakan tangan ini untuk mengambil dan membelek-beleknya apabila memikirkan kata-kata “jangan lihat luaran tapi lihat dalamannya”. Nak tahu, buku yang saya anggap tidak menarik inilah yang menyebabkan masa lapang saya petang ini terisi dengan ilmu yang ada padanya hingga membawa saya untuk berkongsi dengan kalian. Benar kata-kata ini “jangan tengok luaran tapi tengoklah dalamannya.” Malah kekecewaan saya terus lenyap diganti dengan kegembiraan. Saya bersyukur kepada Allah swt kerana membuka hati saya untuk membelek buku ini. memang ada hikmahnya. Jika saya membawa buku-buku cerita dari sekolah tadi mungkin saya hanya seronok dan khayal dengan kisah pengembaraan watak 3 penyiasat dalam cerita tersebut tetapi berbeza pula dengan buku ini, selain saya mendapat suntikan motivasi, ia juga memberikan saya jawapan-jawapan kepada pertanyaan yang sering berlegar dalam kepala selama ini malah, saya juga mendapat sesuatu yang sangat berharga, yang tidak dapat ditemui dalam buku cerita tadi. Suatu yang sangat berharga itulah yang saya kongsikan kepada kalian.

# Tajuk yang dah lama bersemadi dalam simpanan saya akhirnya baru sekarang dikeluarkan dari bilik kebal.

Posted by DIARI SANG PENYAIR at Saturday, June 09, 2012

Labels: Bicara Kehidupan

http://sujanakondorid.blogspot.com/2012/06/yang-tersirat-di-sebalik-takdir-allah.html

Saturday, February 4, 2012

dunia kita penuh takdir


there's been long....long...long time... tak wrote in this kitab...lately aku ada terbace 1 buku Bila Allah Menduga Kita.....honestly....aku bukan lah org yg 100% akn bace buku genre mcm ni...tapi minat kan boleh ubah..so aku try bace buku yg more to islamiah nie....sebab nya just rase ingin tahu....my b sebab abah dah tak de....so dalam hati aku still ada pertanyaan yg terbesar.. why he leaved me....and my family..and then I started to read this book....

pertanyaan petama yg aku tnya pada dri aku ni....ada sesuatu perkara...pemahaman yang tak tersampai dek akal kita...bila ia berkenaan dgn Allah s.w.t.....bila aku bace buku ni dia mengukuhkan lagi rase hati aku...keredhaan aku bahwa dlam dunia Allah ni apa yg terjadi pada kita adalah takdir dr Illahi....dan kita sebagai manusia selalu mengeluh...dan menyalahkan takdir...for the 1st time aku bace aku rse if kita tak berandaian..if kita tak menyalahkan takdir....apa lg yg harus kita salahkan......then benarlah kata org bahwa... bila kita dah mula something tu kita kena habiskan sampai akhir....if not nnti kita akn sesat atas pemahaman sendri....

so aku terus bace utk tahu keindahan dunia kurniaan illahi...dalam buku nie tulis yg manusia suka menggunakan perkataan ini yg membawa pada 1 makna..perkataan itu adalah...ANDAI...KALAULAH...JIKA...dan bnyak lagi..yg bersifat andaian...atas apa yg terjadi dalam hidup kita...so aku tgok dri aku and cuba kaitkan dgn apa yg penulis buku ni cakap...mmg betul...yg manusia nie selalu berandai.....menyesal atas apa yg kita lakukan dan apabila outcome yg kita dpt tu baik kita kan ckp everything adlah atas usha kita but when outcome tu something yg merubah hidup kita kepada sesuatu yg buruk kita akan menyalahkan takdir dan juga yg maha kuasa....manusia juga selalu mempersoal atas sesuatu kejadiaan Allah....

dlm buku nie ada ceritakan 1 cerita tentang seorang pengembara yg jalan mengembara and dia dah stop dkt 1 kawasan tanah lapang dan dia ternmpak 1 tanaman yg menjalar di atas tanah..tanaman itu adalah pokok tembikai...yg mempunyai daun yg kecil tetapi mempunyi buah yang besar..dan org tu beranggapan ia adalah sesuatu yg tidak sesuai dan dia berkata dia dpat melakukan lebih baik drpd kejadiaan Allah itu.....and then dia pun pg l adok berteduh dkt bawah 1 pohon beringin yg besar....dan pohon itu mempunyai buah yg bersaiz kecil...lalu sekali lagi dia meragui dan memperkecilkan kejadiaan Illahi....aku sedar mmg inilah manusia....

and the best part it's ending of this story dimana pengembara tu dpat satu mimp dlm mimpi itu dia sedang duduk berteduh dibawah pohon yg besar seperti tadi dlm asyik seronok tdo tiba2 buah dr pokok tu jatuh menimpa beliau...di bahagian mata beliau....dia bersyukur kerana saiz buah itu bersaiz kecil dan tidak mencederakan matanya... lalu dia terjaga dr tdo...d saat itu di tersedar setiap apa yg dijadikan illahi ada sebab nya....ada maksud yg tersendri ia harus dlihat dgn mata hati....andai lah pohon yg besar itu memiliki buah yg besar apakah yg akan terjadi kepada dia....itulah indahnya segala ciptaan illahi...segalanya telah d tentukan begitu juga aku...

kehilangan bukan benda yg harus dtangisi bnda yg harus d sesali...tapi ia adalah hadiah terindah aku bersyukur yg Allah s.w.t masih mengingati aku....dgn memberikan aku dugaan yg terbesar dalam hidup manusia iaitu kehilangn org yg kita cinta, kasih, sayang......so as for me ada 1 pengajaran dlm cerita nie yg aku dapat tapi aku tak boleh nk luahkan pada org lain...rase yg jarang aku dapat...rase yg teramat indah....so just for now.....if ada bahan terbaru yg seronok lg nnti aku akn syer dkt org yg sudi bace karya aku nie....if ada yg rase aku just nk promoto my blog tu...maaf la anda tidak dijemput untuk pandang blog ni apatah lg bace....agak2 la yer.....

Posted by xidijuleyah

http://zuliahzainol.blogspot.com/2011/09/dunia-kita-penuh-takdir.html

Bila Allah menduga kita... ^_^

Assalamualaikum sahabat2, kwn2 & teman2 semua...

lme rsenyer x update2 blog nie....
hehheheh... rindu rse nyer b'kongsi dgn sahabat2, kwn2 n teman2 semua..

tibe2 t'ingat something yg ingin sngat nak b'kongsi dgan semua...
bru2 nie dilah bru menambah koleksi buku2...
dilah beli buku yg tajuknyer very nice di dgr...
iaitu 'Bila Allah menduga kita' bku karangan
Syed Alwi Al-Attas...
buku yg 'mustread' for all members...

p'kongsian yg sngt100x menarik skli....
stakat nie dilah x abis lagi bku tu... but dilah akan abis kan jugak...

kadang2 tu tanpa kite sedar kite selalu mengeluh dgn sgala ujian yang
Allah knekan ke atas kite...
pernah x kite t'fikir, knpe Allah uji kite sbgini...?
Jahat nyer Allah m'beri dugaan yg kite sndri x mampu...
Astagfirullah Al-Azim...

dilah datang kan 1 cite yg dilah bce dri buku t'sebut mungkin m'buka sdikit mata kite semua...

Suatu hari seorang anak bermain di atas lantai, sementara ibunya duduk di atas kerusi smbil menyulam.
Anak yg sdng b'main kemudian menoleh ke arah ibunya sambil perhatikan apa yg dibuat oleh ibunya. Dia melihat sulaman ibunya dri bwah dan berasa hairan. Dia b'tanya kpd ibunya...

"Apa yg sedang ibu lakukan?"

"Ibu sedang menyulam, nak," Jawab ibunya smbil trus menusukkan jrum dgn benang ke p'mukaan kain.

"Tapi buat apa?" Anak itu msih b'tnya hairan. "Sulaman itu kelihatan buruk sekali. Hanya benang-benang yg tidak t'susun dan tidak menarik utk dilihat."

Ibunya tersenyum. Lalu dia m'beri isyarat pd anaknya utk b'diri.

"Berdirilah, nak!" Ujarnya. "Tengok sulaman ini dari atas sini."

Anak itu b'diri dan m'hampiri ibunya. Dia b'jalan m'dekati ibunya dan melihat sulaman karya ibunya dari atas. Dia berasa t'kejut dan kagum pd keindahannya.

"Begitu indah sulaman ini, wahai ibu. Padahal sulaman itu begitu buruk bila dilihat dri bawah." kata anak itu.

Ibunya hanya t'senyum smbil m'belai kepala si anak..

Apa yg korang semua dpt dri cerita di atas...?
mcm2 kan... sma la sprti dilah sndri...
skang kita hanya melihat sbhgian dri p'buatanNYA dri bawah, maka kita dapati ianya buruk dan tdk menyenangkan, malah kita mengeluh dan menyalahkanNYA. Kalau kita blh b'sabar dan b'usaha melihatnya dr tempat yg tepat, tentu kita akn memiliki sikap yg b'beza.

Pandangan mata hanya mampu melihat bhagian bawah dri reka cipta yg ada pd kehidupan ini, smtara dengan mata hati yg bersih dan dgn pengetahuan yg lurus, kita mampu melihat reka cipta dri bhagian atas. Dan ketika itu kita akan mampu melihat keindahannya...

that's all for today... smge dilah dan semua m'dapat manfaat ape yg nak dikongsikan di sini....
Jaga diri, Jaga hati, Jaga imam.....^_^
wassalam

http://thesimplelife92.blogspot.com/2011/11/bila-allah-menduga-kita.html

Friday, February 3, 2012

Buku- Bila Allah Menduga Kita

Assalamualaikum,

Aku seorang yang kedekut. Harap maklum. Oh tapi aku paling tak kedekut untuk makanan. Ya, harap maklum sekali lagi.

Jadi, aku jarang menghabiskan sebahagian besar duit aku untuk handbag, kasut, lain lain dan juga buku. Kecuali buku pelajaran yang memang aku perlu gila. Maka dengan itu, aku jarang beli buku novel, apatah lagi buku-buku motivasi. Benda boleh pinjam, buat apa beli. Especially buku Ombak rindu. Semua orang duk gila beli kot sekarang kan kan kan. Aku dulu pinjam je. Jimatnya bukan sekadar jimat duit aku sahaja, malah jimat kertas. Cu pikir. Agak-agak kalu hanya sepuluh orang je beli novel, akan adakah cetakan pertama, kedua sehingga cetakan keempat belas seperti Ombak rindu itu? Haruslah tidak tidak dan tidak! Oh bombastik la pullek.

Jadi, bila takda cetakan berulang ulang kali, kertas tidak digunakan malah pokok pokok tidak ditebang untuk menghasilkan kertas seterusnya menjadikan aku seorang yang sangat mencintai alam sekitar lantas menyembunyikan kesengalan aku yang menjadikan semangat cintai alam sekitar itu sebagai alasan semata mata untuk menutup kedekutan sendiri. Yeah, I am talking like a Boss. Haha,

Ah sudah. Tapi baru baru ini aku sudah melakukan anjakan paradigma. Aku tidak mahu lagi kedekut. Kerana harta itu tak ke mana bila aku sudah tiada. *"Lagu Hujan-Bila Aku sudah tiada "berkumandang. Sila imagine. Jadi, pada mulanya, aku pinjam la satu buku ni di surau INTEC. Ok fine, aku pinjam selama berbulan lamanya sebab dah best sangat tapi aku tak sempat nak baca dengan habis. Aku pun rasa nak beli, *Angkat kening, bangga- kerana sudah tidak kedekut . Merata aku cari. Tapi takda. Serius, susah kot nak cari buku ni. Akhirnya aku try cari di MPH Mid Valley. Alhamdulillah, ADA! The last one pullek!

Inilah bukunya,

Nampak MUST READ yang terpampang di atas tu?

Yes. Seriously you must read. Bahasanya mudah beserta penjelasan yang cukup jelas. Bagi sapa-sapa yang mudah putus asa, atau sekarang dalam kesedihan, please please belilah dan baca. Jangan beli tak baca pulak. Bazir bazir bazir.

Untuk pelajar yang tengah menuntut sekarang, yang sentiasa berdepan dengan stres, sangatlah sesuai. aku highly recommend buku ni. Contentnya sangatlah membuatkan anda rasa tenang dan bahagia. Sungguh! Oh, yang tak menjadi pelajar pun boleh jugak. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan untuk tontonan umum. =,=

Nanti aku share-sharekan sikit isinya di lain post eh.

"Bencana memang cenderung melemahkan seseorang. Akan tetapi mereka yang sabar tidak membiarkan diri mereka dilemahkan oleh dugaan. "

Syed Alwi Alatas - Bila Allah Menduga Kita - Halaman 133.

http://suriakmar.blogspot.com/2012/01/buku-bila-allah-menduga-kita.html

Wednesday, January 25, 2012

BILA ALLAH MENDUGA KITA...


Tuesday, October 11, 2011

nampak x kat tepi tu ade tulis..MUST READ?? so kena baca tau buku ni...rugi kalo x bace..


Kebetulan hari Sabtu yang lepas saya dan ma saya ke Harris(kedai buku) untuk bace2 buku sementara tunggu ayah dan adik menonton wayang..tiba2 mak saya tunjukkan sebuah buku..tu buku yang kat atas tu...saya malas la pulak nak tulis panjang2....buku ni adelah berkait jugak dengan kisah hidup kami sekeluarga masa kami sekeluarga hadapi masalah yg sgt besar n menensionkn kepale....kalau boleh saye nak lenyapkan je semua peristiwa perit dan pahit yg pernah saya sekeluarga alami...cukuplah saye menangis hampir setiap hari..cukuplah saye bersikap keluh kesah dengan keadaan yg saye sekeluarga hadapi time tu..n cukuplah segale bnde yg memeritkan....

Alhamdulillah saya bersyukur sekurang kurangnya Allah turunkan ujian sebegitu pada keluarga saya jadikan keluarga saya bertambah kuat dan erat dan saya dapat lihat segala hikmah yg berlaku atas segala ujian yg Allah turunkn pada family..Dan sekarang saya bersyukur sangat kerana mungkin dulu Allah uji keluarga saya dengan hilangnya bende2 duniawi dan sekarang Allah gantikan dengan perkara yg lebih baik dari yg dulu mungkin bukan dari segi harta bnda.....tapi sebuah hubungan n kebahagiaan yg saye x dapat beli dengan wang ringgit.. .

semua orang ade ujian masing2 kn??Melalui masalah yg saya sekeluarga hadapi,dari situ saya belajar yg sepatutnya kita perlu bersyukur apa yang masih kita miliki bukannya merintih dan terus merintih dengan apa yg telah diambil atau diuji oleh Allah s.w.t..(tapi inilah yg saye buat masa hadapi masalah dulu).Saya bukanlah pandai dan bijak nak bercakap tentang agama tapi saya sekadar coretkan apa yg saya alami dan tahu..

Belajarlah menghargai sesuatu yg kita masih ada sebelum kita kehilangannya..dan janganlah sesekali anggap bnde yg kite suke tu yg terbaik buat diri kita..kadang2 bnde yg sebaliknya adalah baik untuk diri kita cuma kita je yg tak tahu...dalam surah Al baqarah ayat 216 pun ada sebut "Di wajibkan atas kamu berperang,padahal berperang itu adalah sesuatu yg kamu benci.Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal dia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal dia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Saya andaikan disini seperti kita hadapi dugaan yg sgt besar.Dan sudah tentulah siapa suke dilanda dugaan yg besarkn??...tapi sebenarnye dugaan tulah yg terbaik buat diri kita..mungkin sebelum ni kita leka dan lupa mensyukuri segala nikmat yg Allah beri..dan sudah tentulah Allah lebih mengetahui segalanya...dan akhirnya barulah kita sedar yg rupanya dugaan tersebut ada hikmah yg tersendiri...dan melalui dugaan itu terbit kebahagiaan yg lebih besar berbanding keadaan yg sebelumnya..

Oleh itu,saya syorkan anda baca buku ini...sebab buku ni akan mengajak kita bersabar dengan dugaan yg kita hadapi dan macam-macam lagi....harga buku ni pun berpatutan Rm 19.90 je...sekian terima kasih~~

Jalan menuju kebahagian itu,tidak ditaburi bunga mawar yang harum,melainkan penuh duri dan pahit,Kadang kala Allah sembunyikan matahari,DIA datangkan petir dan kilat,Kita menangis dan bertanya-tanya,ke mana hilangnya matahari,Rupanya Allah hendak memberikan kita pelangi,maka Sentiasa berbaik sangka pada Allah. :)

http://mysimplepimpletriffle.blogspot.com/2011/10/bila-allah-menduga-kita.html

Tuesday, January 24, 2012

Izwan rahsia penderitaan


BERTEMAN linangan air mata saat mengatur kata kisah ini. Ia juga satu-satunya coretan paling sukar sepanjang tempoh 12 tahun penulis berkhidmat di Harian Metro.

Kehilangan seorang sahabat dan menjadi saksi saat-saat beliau berdepan dengan ajal dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir, Jumaat lalu tepat jam 6.15 petang di Hospital Ampang, Pandan Mewah.

Syukur ke hadrat Ilahi, apabila penulis bersama seorang lagi teman, Huzairi Hassan, 37, diberi seketika kesempatan oleh Khairil Izwan Pilus, 33 atau lebih mesra dengan panggilan Izwan untuk menjaganya.
Biar cuma seminggu sempat membantu dan sebulan buat Hairi, ia adalah detik paling bermakna dan terindah.
Kali pertama penulis mengenali Izwan yang popular dengan lagu Indah Lelapku dan Kembali Senyum pada 2004. Dia menyertai Pertandingan Bintang RTM ketika itu. Kami kembali bertemu pada Siri Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 (ABPBH2005), Johor Bahru, sekitar Februari 2006.

Izwan tercalon sebagai finalis kategori Artis Lelaki Baru Popular bersama artis lain seperti Fazli Zainal, Faizal AF4 dan Akbar. Bertitik tolak daripada ABPBH2005, kami bersahabat baik.
Perginya beliau pada usia muda, tambahan pula hari Jumaat, penghulu segala hari menjelaskan betapa Allah SWT menyayanginya.

Insan seni berbakat, pelajar pintar di sekolah, anak yang taat, adik, abang dan ‘pak ngah’ yang penyayang, pemilik hati mulia itu juga seorang pendengar masalah yang baik.

Sekadar mengimbas, sekitar pertengahan November 2011 Izwan dimasukkan ke Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak selama seminggu selepas mengalami demam berulang dan doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman dalam darahnya.
Beliau bagaimanapun didapati sihat selepas dibenarkan keluar hospital sebelum keadaan kesihatannya kembali terjejas sejak dua minggu lalu angkara virus kencing tikus dan sepsis (serangan bakteria dalam darah) hingga membawa kepada kematian. Kes sepsis sangat kecil dan jarang berlaku namun ia adalah satu penyakit yang merbahaya kerana boleh maut.
Menyedari bahaya penyakitnya itu, arwah yang dilahirkan pada tanggal 24 November 1979, mengambil keputusan merahsiakan hal berkenaan daripada rakan-rakan serta peminat.

Bahkan, arwah mengambil masa untuk memaklumkan kepada keluarganya sendiri kerana tidak mahu mereka susah hati. Justeru, Hairi adalah tempat arwah mencurah rasa sepanjang beliau tidak sihat selain penulis.

Empat hari sebelum pemergian beliau Izwan akur untuk memaklumkan kepada adiknya, Khairil Azam Pilus (Aril), 27, apabila tidak mampu lagi berselindung memandangkan keadaan beliau semakin lemah. Memang mereka tinggal serumah.
Khamis yang lalu adalah hari paling mencemaskan apabila Izwan dengan tidak semena-mena diserang demam kuning dan sesak nafas lalu kami membawanya ke Hospital Ampang lebih kurang jam 12.30 tengah malam.

Selepas doktor melakukan imbasan, organ dalamannya seperti buah pinggang, hati dan paru-paru sudah dijangkiti kuman. Kemudian kira-kira jam 4.20 pagi dia dipindahkan pula ke Unit Kecemasan sekitar 12.30 tengahari.

Dalam tempoh melawan serangan penyakit di hospital arwah yang mempunyai personaliti disenangi ramai tidak pernah putus berzikir. Menjelang jam 5.30 petang, keadaan beliau bertambah kritikal sehingga terpaksa diberi ubat pelali untuk dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketika itu arwah mula menggunakan bantuan alat pernafasan.

Bagaimanapun sebelum sempat pertukaran wad dilakukan usaha menyelamatkan Izwan gagal apabila jantungnya tidak lagi berfungsi sekali gus disahkan meninggal dunia tepat jam 6.15 petang di sisi ibu bapanya, Normah Abdullah (ibu), Pilus Mohd Jani (ayah), Aril, Khirul Aida (kakak), Nurul Nabilah (adik bongsu) serta beberapa rakan karib.

Saat tersebar berita pemergiannya, ramai kenalan artis terus datang menziarahi jenazah beliau di bilik forensik. Antara mereka, Amy Search, Farawahida, Farhan AF, Azza Elite, Fizo, Amar Anak Wayang, Akim, Hafiz, Nurul, Kencana Dewi, Roslan Shah, Azizul Khamis, Wani, Cikgu Siti Hajar dan Reza Mohamad.

Jenazah beliau kemudian dibawa pulang ke Taman Nyalas Permai, Asahan, Jasin, kira-kira jam 9.30 malam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Jasin Melaka, jam 10.30 pagi, Sabtu lalu.
Kata ibu Izwan: “Kali terakhir dia menghubungi mak cik adalah Ahad lalu untuk bertanya khabar anak-anak buahnya. Dari segi fizikal dia nampak biasa tidak banyak perubahan tapi dari segi perbuatan dia berubah menjadi pendiam. Ketika seminggu di rumahnya, naluri seorang ibu dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

“Judul buku yang dibelinya, Bila Allah Menduga Kita cukup untuk menjelaskan ada sesuatu yang sedang dialaminya. Dia juga selalu mengelak setiap kali mak cik tenung wajahnya dan bila kita bertanya ‘kenapa Wan? Dia jawab tak ada apa-apa mak,” kata Normah.

Normah menambah, ketika menunaikan haji bermula penghujung September lalu, wajah Izwan paling yang kerap muncul sewaktu dia bermunajat.

Izwan dulu mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Simpang Bekoh sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam jurusan Pelancongan di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Cita-cita asalnya ingin menjadi seorang doktor atau arkitek. Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia pernah ditawarkan melanjutkan pengajian ke Australia untuk jurusan Seni Bina tetapi tidak kesampaian.
Sangat rapat dengan kakaknya, segala aktiviti masa kecil dilakukan bersama Aida.

“Dia anak harapan kami kerana yang pertama melanjutkan pengajian ke universiti dan diharapkan menjadi contoh kepada adik-adik lain. Dia tak pandai nak marah dan tak pernah kasar dengan adik-adiknya. Saat paling mengharukan mak cik adalah pada Mei 2008 kerana selama dua minggu dia menjaga mak cik yang baru menjalani pembedahan kanser payudara.
“Sebenarnya mak cik tidak terkilan dengan pemergian arwah kerana impian mak cik untuk membawanya menunaikan umrah tercapai pada Mac 2010. Arwah gembira dapat bermunajat dari malam hingga ke Subuh di Raudah selain dapat mencium Hajarul Aswad,” katanya.

Oleh Norhadiani Baharom

Sumber : Harian Metro

http://www.hmetro.com.my/articles/Izwanrahsiapenderitaan/Article