Wednesday, November 12, 2014

Testimoni



seriously, bku ni best sgt3x.. x rugi bli..
Liyana Syazwani

a very eye-opening book about trials and tribulations in life.
Mas Afzal

..sangat menyentuh hati...padat dengan kisah-kisah yang boleh dijadikan pedoman..penyampaian yang berkesan...
Mardhiah

Buku ini telah menjawab semua persoalan saya tentang takdir ….
Izaan

Bila Allah Menduga Kita~Alhamdulillah...finally finishes the book. If anyone had the chance,please read,there are so many good things we can gain from the book.especially for those who for sure,we know will face great challenges in the future,our exams,our career and in the field of da'wah...for those with faith,life is nothing else but for their own good..so be thankful,be very very thankful.. (T u T)
Zatel Iman Rozali

buku bagus & sangat menyentuh di keseharian hidup.."BILA ALLAH MENDUGA KITA"..banyak pelajaran yang didapat dalam menghadapi permasalahan & persoalan hidup..pastinya sarat penuh hikmah. Jazakumullah khoiron katsiron Ust. Alwi Alatas (terbitan Malaysia)
Hening Sawitri

dah beli buku ni..memang best..tulisan pun ok..olahan yg menarik..tahniah kepada penulisnya...semoga pd masa akan dtg akan ada lagi buku sebegini yg seterusnya..
Rusyidah Abdul Rahim

...MUSTREAd!!! agreed... mudah difahami...
Maziati Matrani

...MasyaAllah buku ini begitu menyentuh hati saya dan membuka lembaran baru dalam hidup saya..terima kasih kerana berkongsi karya yang begitu bernas
Adilawati Abdullah

...buku Bila Allah Menduga Kita sangat bernilai bagi saya dan memberi semangat dan pengajaran buat saya.Tidak rugi saya membelinya. Bagi saya ia merupakan penghasilan buku yang berkualiti dan sesuai untuk tatapan semua pembaca. :-)
Syitah

buku ini sesuai dijadikan hadiah buat saudara atau teman yang sedang berada dalam kesedihan.
Siti Rashidah

Tidak keterlaluan untuk saya katakan jika buku ini sebaik La Tahzan hasil karya Dr 'Aidh Al-Qarni.
Linda Amin

Very inspiring book by Syed Alwi. Thank you GOD for letting me find this book during my difficult moments.
Ibumommy

Buku Bila Allah Menduga Kita akan memberi jawapan kepada anda. Selepas membaca buku ini anda tidak akan sangka bahawa betapa bertuahnya anda di bumi Allah ini.
Cahaya

Buku yang bertajuk "BILA ALLAH MENDUGA KITA" sangat memberi motivasi dalam diri individu muslim.
permatahatifad.blogspot.com 

saya syorkan korang beli dan baca lah buku nih. tak rugi satu sen pun ptptn korang.
cikkhai.blogspot.com 

Intan syorkan bacalah buku ini. Ia memberitahu kita bagaimana untuk melihat masalah daripada sudut berbeza dan lebih positif. Sesuai untuk bekalan diri sendiri dan untuk memandu dan memotivasikan orang lain terutama jika anda anda adalah seorang ketua.
Nur Intan Haryani Nordin 

antara kelebihan buku ini ialah dari segi bahasa yang digunakan amat mudah difahami dan ini membuatkan pembacaannya menjadi begitu asyik.
matbaha.blogspot.com
 
buku ini memuntahkan ilmunya yang bukan sedikit. Bagi yang suka pembacaan santai ,tidak berat...ini bukunya. Kita bersantai membaca namun ilmunya mencurah untuk kita belajar menerima dugaan itu dengan cara yang lebih baik.
reyna ibrahim

satu buku yang patut korang semua baca. Bagus buku ini sebab menyedarkan aku dengan banyak benda ....
Mir Misesu

Kisah-kisah yang terdapat dalam buku ini sangat menarik dan membuatkan pembaca menyedari bahawa diluar sana masih ada insan-insan yang kurang bernasib baik dan kehidupan mereka lebih sukar untuk dibandingkan dugaan yang kita terima daripada Allah SWT.

Kerja Kursus Pelajar 2012 - azizbinharjin2012.blogspot.com 

 

Best buku tuh, cukup bermotivasi. Banyak pengajaran yang kita dapat dari hasil tulisan Syed Alwi Alatas.
batulesung.blogspot.com

baru intro dah rasa best sgt. Makin excited la nk baca sampai habis.Alahamdulillah,lepas baca keseluruhan kandungan buku ni,rasa bersemangat balik.Rasa kita jadi kuat balik nak teruskan hari2 yang mendatang walau apa pun yang bakal kita hadapi.InsyaAllah.. Ni la dia bukumya.. Best sangat2!try la cari,hari tu baru je pergi Popular dan ternampak still ada lagi buku ni dijual.
miraedo92.blogspot.com

Benar kata-kata ini “jangan tengok luaran tapi tengoklah dalamannya.” Malah kekecewaan saya terus lenyap diganti dengan kegembiraan. Saya bersyukur kepada Allah swt kerana membuka hati saya untuk membelek buku ini. 
sujanakondorid.blogspot.com

bila aku bace buku ni dia mengukuhkan lagi rase hati aku...keredhaan aku bahwa dlam dunia Allah ni apa yg terjadi pada kita adalah takdir dr Illahi.
zuliahzainol.blogspot.com

buku yg 'mustread' for all members... p'kongsian yg sngt100x menarik skli...
thesimplelife92.blogspot.com

Yes. Seriously you must read. Bahasanya mudah beserta penjelasan yang cukup jelas. Bagi sapa-sapa yang mudah putus asa, atau sekarang dalam kesedihan, please please belilah dan baca. Jangan beli tak baca pulak. Bazir bazir bazir.
suriakmar.blogspot.com

saya syorkan anda baca buku ini...sebab buku ni akan mengajak kita bersabar dengan dugaan yg kita hadapi dan macam-macam lagi....harga buku ni pun berpatutan ....
mysimplepimpletriffle.blogspot.com

smggu ak mngis sbb hal ni..pnat mngis, ak muhasabah diri ak blk. Buku yang kwn ak hadiahkn tajuk Bila Allah Menduga Kita hasil nukilan Syed Alwi Al-Atas jadi penguat smngat..bgus sgt buku ni untk org yg jiwa kcau cm ak time 2..huhu stelah berpikir byk kali..ak wt kptsn utk smbung study.

Siti RafiQah

lepas aku bce buku ni..mmg aku menangis..bkn menangis ape.. menangis dgn tindakan aku sendiri.. menangis sbb b4 ni aku nangis atas bnde yg sia2.. YA ALLAH.. aku rase betape jahil nye aku..aku mule sedar yg Allah menduga aku.. dugaan ni yg sebenarnye xseberape pn... aku sepatutnye redha ngn ape yg berlaku.. sejak tu mmg aku mule bangkit.. aku xkn kejar lg cinta manusia yg penuh dgn muslihat.. aku semakin mencari cinta illahi.. buku ni byk menyedarkan aku..alhamdulillah..aku bersyukur sgt Allah menemukan aku dgn buku ni..
Azrina Arshad

buku ni membuatkan aq lebih positive.. mungkin Allah ingin menyedarkan aku kembali dengan membaca buku ini..
syazeone93.blogspot.com

yeah :) buku ni mmg t'sgt bgus...
Muhammad Sulaiman Sunar

Mizz suka baca buku “Bila Allah Menduga Kita” penulisnya Syed Alwi Alatas. Masyaallah…..sesuai sangat utk sesiapa yg mencari ketenangan dan penyelesaian dalam apa jua masalah….
Mizz Wati

Bagi anda yang sentiasa merasaklan terbeban oleh ujian serta sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah maka cuba beli serta bacalah buku ini, moga ia membantu anda.
aku-student.blogspot.com

Aku mengesyorkan kepada semua yang singgah ditinta mayaku ini untuk memdalami buku ini sedalamnya. InsyaALLAH kalian akan semakin tenang setiap kali diuji oleh ALLAH. Jadikan ujian itu penguat semangat kita bukan peruntuh semangat. ALLAH sentiasa ada. ALLAH always by your side ....
cahayajalankuyangsatu.blogspot.com


Thursday, January 10, 2013

Bila Allah Menduga Kita...

Ramai di antara kita adakalanya diuji dalam kehidupan ini datang ujian itu dengan berperingkat. Ada juga bertimpa-timpa. Kita marah, kecewa malah terasa diri tidak berguna. Rasa seolah mahu menjerit sekuat hati. Ya, kalau itu dapat menghilangkan rasa sakit di hati kerana ujian menimpa.

Pernahkah anda fikir bahawa kita ini sebenarnya istimewa di sisi Allah? Pernahkah anda terfikir ujian yang mendatang ini menyebabkan iman kita semakin teguh? Pernahkah anda fikir bahawa segala nikmat yang telah Allah beri secara percuma itu tiba-tiba ditarik dalam sekelip mata? Terkadang di antara kita juga menyalahkan Allah. Apa agaknya yang perlu kita lakukan sebenarnya jika diuji? Bagaimana mahu menjadi kuat?

Buku Bila Allah Menduga Kita akan memberi jawapan kepada anda. Selepas membaca buku ini anda tidak akan sangka bahawa betapa bertuahnya anda di bumi Allah ini. Tahu kenapa? Buku ini mampu memberi jawapan. Garapan penulisnya, Syed Alwi Alatas berkaitan dengan isu semasa. Kejadian yang selalu menimpa kita.

Sinopsis:
Bila Allah Menduga Kita lebih terperinci tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.

Kita harus ingat, setiap saat Allah akan menduga umatNya dengan berbagai ujian tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkan dengan baik supaya tidak hanya berjaya di dunia malah di akhirat kelak.

Oleh itu, setipa perkara yang akan datang perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu-buru dan selebihnya berserah kepada Allah SWT.


Jadi, bagaimana sahabat sekalian? Berminat? Jika berminat silalah dapatkan di kedai buku. Saya jamin anda tidak akan rugi kerana mendapat ilmu itu tidak akan merugikan manusia di dunia ini malah akan mendapat manfaatnya. InsyaAllah.

~Salam Ukhuwah~

Posted by cahaya at 12:41 AM Labels: Buku

http://cahayajalankuyangsatu.blogspot.com/2010/09/bila-allah-menduga-kita.html

Wednesday, January 9, 2013

BILA MANA ALLAH MENDUGA KITA..

Monday, June 27, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama kali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seorang insan yang merupakan seorang teman, sahabat dan juga kawan pada diri ini... Dan terima kasih juga kerana sudi menerima diri ini seadanya dalam hidupmu... Agak sukar untuk memilih kawan dikala duka... tapi "Thank You ALLAH" kerana menganugerahkan seorang insan yang begitu istimewa dalam hidupku... Sahabatku... Pemberianmu sangat bererti untuk diriku dan pemberianmu juga memberikan kekuatan kepadaku... Terima Kasih...

Alhamdulillah... Rupanya tak perlu mengambil masa yang lama untuk membacanya, kerana buku ini tidak membosankan ^_^... Dalil-dalil yang diberikan dalam buku ini memberikan impak yang besar kepada insan-insan yang diuji oleh ALLAH... Buku yang bertajuk "BILA ALLAH MENDUGA KITA" sangat memberi motivasi dalam diri individu muslim. Buku ini menceritakan dengan lebih terperinci tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.

Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai ALLAH daripada orang mukmin yang lemah dan pada masing-masing terdapat kebaikan. Raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolong kepada ALLAH dan jangan bersikap lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu, jangan berkata, ”Andai saya berbuat begini pasti akan begitu.” Tapi katakanlah, ”ALLAH telah mentakdirkannya dan apa yang dikehendakiNya pasti terjadi.” Kerana sesungguhnya kata ’seandainya’ membuka perbuatan syaitan. (Hadis Riwayat Muslim)

Kita harus ingat, setiap saat ALLAH SWT akan menduga umatNya dengan berbagai-bagai ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak.


”Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ”Inna Lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kami milik ALLAH dan kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” (Al-Baqarah: 155-157)


Oleh itu setiap perkara yang datang perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu-buru dan selebihnya terserah kepada ALLAH SWT.

http://permatahatifad.blogspot.com/2011/06/bila-mana-allah-menduga-kita.html?zx=27b201b959ec8a69

Bila Allah Menduga Kita =)

aritu ada terbaca sapa punya blog ntah. banyak sangat baca blog sampai tak ingat dah. hihi

(tua dh nyanyuk biasa ler!) dia ada gtau sal buku ni dan syorkan suh beli dan baca. terdetik lak hati nak beli so beli la semalam. nasib baik ada tanya tokey kedai buku tuh. alhamdulillah tak sia sia. tadi petang baru baca buku ni. tup2 terlelap hampeh! kalau baca buku Ujang ke Mangga ke confirm buka luas2 bijik mata tuh kan? dah tau dah korang neh! tapi saya tak ah. hihi

saya syorkan korang beli dan baca lah buku nih. tak rugi satu sen pun ptptn korang. rm19.90 je harga buku nih. standard harga novel2 alaf21 yang korang suka baca tuh. macam saya tak baca ke? ngeh3. beli dan baca ye. saya pun tak habis lagi baca ni.

terasa nak baca buku nih!=)

"Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan orang-orang beriman dan istiqamah dalam keimanan kami. Jauhkanlah kami dari putus asa terhadap rahmatMu dan rasa aman terhadap tipu dayaMu. Jadikanlah kami orang yang selalu bersabar dan jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu. Dan gantikanlah apa-apa yang hilang dari kami dengan yang lebih baik dari sisiMu"

http://cikkhai.blogspot.com/2011/01/bila-allah-menduga-kita.html

Bila Allah Menduga Kita

Bila Allah Menduga Kita..alhamdulillah Intan ditemukan dengan buku ini. Topik-topik yang dibawa oleh penulis telah diolah, dikupas dan diceritakan dengan menarik, padat dan berkesan. Bila membaca buku ini terasa seperti mendengarnya terus daripada tuan penulis.

Ketika menyelami kandungan buku, kadang-kadang 'blushing' muka..oh tidak malunya pada tuhan, banyak kesilapanku dan kurangnya akhlakku pada tuhan. Penulis memberi contoh manusia ini kadangkala macam anak kecil yang menbentak-bentak jika tidak dapat apa yang dihajati. Amat benar. Hehe..Intan nak bagi lagi satu contoh..ramai yang macam bos besar yang lupa diri:). Suka nak komplen saja dan tak boleh susah sikit.

Intan syorkan bacalah buku ini. Ia memberitahu kita bagaimana untuk melihat masalah daripada sudut berbeza dan lebih positif. Sesuai untuk bekalan diri sendiri dan untuk memandu dan memotivasikan orang lain terutama jika anda anda adalah seorang ketua. Bersyukur dan bersabar adalah kunci hati yang bahagia. Bagaimana hendak bersyukur dan bersabar? Anda rasa anda sedar dan tahu?....jom baca buku ini :)

Intan sayang tuhan. Oh Tuhan izinkanlah aku sentiasa di sisiMU. Jika aku tersilap, pimpinlah aku supaya sentiasa kembali kepadaMU.


Nukilan Nur Intan Haryani Nordin pada 12:24 PTG

http://sayangintan.blogspot.com/2011/07/bila-allah-menduga-kita.html

Bila Allah menduga kita

Khamis , 2 jun 2011

Assalamualaikum ,

Hari ni hari khamis , semalam rabu . alaa , macam lah korang tak tahu . aku ni pun satu . semalam dah start bawak basikal . masa nak balik tayar depan bocor . heret dekat tempat baiki basikal .berbaju kurung . lencun basah . peluh . huhh . orang sekeliling pandang . malu . tapi buat slumber je . baru first naik basikal tayar dah bocor . apakah ? duit melayang rm 30 . pasang markgat juga . betul tak eja markgat ? macam perkataan melayu campur orang putih pulak . biar lah , tak peduli .


Berbalik pada hari khamis ,


Hari ni kawasan kolej redang agak lengang . tanpa penghuni . ramai yang balik . balik rumah sebab cuti tiga hari . Cuma aku dan beberapa orang yang terlibat dengan modul je tinggal . menanti waktu esok bila parents nak datang . alahai tak sabarnya nak jumpa si kecil maisarah yang dulunya aku bulatkan mata bila dia tumpahkan air . sekarang dia jadi bottom 3 orang yang paling aku rindu .



Dah dua minggu , pejam celik pejam celik , sekejap je . hari tu ada jumpa kakak senior yang pernah satu sekolah dengan aku . berkenalan dan bersembang seperti biasa . bestnya dapat jumpa orang Malaysia ! bajet lah aku belajar luar Negara . ceh .


Bulan 6 ni tak boleh balik rumah lagi . akhir bulan 6 mungkin dapat balik . disebabkan ada beberapa modul dan program yang harus diikuti . ya , siapalah kita nak membantah . lagipun aku tak kisah . ktipu , aku memang nak sangat balik . lagi pun cuti kan 3 hari . takpe , uitm dihatiku . tetiba je .


Bulan 7 nanti kena test ayat hafazan bagi subjek ctu . bulan 7 nanti mak nak berangkat ke mekah . bulan 7 birthday aku . bulan 7 ada cuti semester . moga boleh balik bila nak hantar mak pergi airport nanti . amin . kalau tak boleh cuti , maybe aku akan nangis tanpa henti sampai mak balik Malaysia balik . ktipu lagi .

apa pun , ni semua dugaan . Aku disini , di uitm kampus dungun adalah kerana Allah dan niat untuk menuntut ilmu . juga kerana mak dan ayah .


Huwaa … :”( nak balik !

ni satu lagi , tadi check spa 8 , aku dapat nurse . buntu . istikarah

http://nurfaizatulakmarjusof.blogspot.com/2011/06/bila-allah-menduga-kita.html

Bila Allah Menduga Kita (2011)

Semua orang meletakkan bahkan ada yang menyalahkan takdir apabila sesuatu berlaku dugaan. Biasanya orang malas akan selalu menyalahkan takdir, manakala yang putus asa akan menjadikan takdir sasaran bahkan yang miskin akan meletakkan sepenuhnya pada kuasa takdir tanpa perlu ada usaha untuk mengubah. Dugaan boleh sama ada yang baik mahupun yang sebaliknya. Buku ini amat perlu untuk dibaca oleh semua orang. Bagi yang ditimpa musibah buku ini sedikit sebanyak dapat mengubat hati yang luka. Bagi yang mendapat keuntungan, maka buku ini dapat mengingatkan diri siapa kita. Takdir tuhan tidak apa siapa pun yang tahu. Semua orang berpandangan takdir tidak boleh diubah dan semuanya telah tertulis. Namun sehingga ianya berlaku tidak ada siapa yang boleh meramalnya. Takdir hak Allah, jadi tidak ada masalah bagi Allah untuk mengubahnya. Justeru itu teruskan berdoa dan bermunajat semoga hanya yang terbaik daripada Allah. Sesungguhnya DIA yang maha mengetahui yang terbaik untuk kita.

Memang benar ada dugaan menjadikan kita lebih positif dan tidak kurang pula ada dugaan boleh juga terus menghancurkan diri kita jika tidak dikawal. Bak kata perpatah "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya". Mungkin orang boleh berkata itu dan ini, namun diri yang menanggung lebih mengetahuinya. Kegagalan dalam pengajian PhD yang dialami oleh saya contohnya, tidak dinafikan ianya sedikit sebanyak mengurangkan semangat dalam meneruskan kerja. Dugaan ini memang berat, tidak pernah terfikir keadaan ini akan dirasai. Kalau dulu, hari-hari kerja merupakan hari yang tidak sabar untuk dilalui. Dengan semangat yang meluap2. Tetapi kini, dirasakan seperti terhimpit. Banyak "kalau" mula timbul. Kalau itu dan kalau ini. Dirasakan diri ini dipulaukan, sengaja menggagalkan diri, main-main dan sebagainya. Malahan sehingga dirasakan seperti kegagalan ini ditertawakan. Alhamdulillah dengan membaca buku ini sedikit sebanyak rasa putus asa ini dapat dihindarkan, rasa dipulaukan itu dapat diketepikan, rasa seorang yang gagal itu dapat dipositifkan. Semangat untuk bekerja itu mulai kembali.

Sebenarnya ramai sudah mengulas buku ini, jadi pandangan dan pengalaman orang lain juga boleh dikongsikan. Selain itu antara kelebihan buku ini ialah dari segi bahasa yang digunakan amat mudah difahami dan ini membuatkan pembacaannya menjadi begitu asyik.

Perincian buku

Tajuk: Bila Allah menduga KIta
Penulis: Syed Alwi AlAtas
Tahun: 2011
Penerbit: Mustread

Posted by ABAbdullah at 23:24

http://matbaha.blogspot.com/2011/10/bila-allah-menduga-kita-2011.html