Tuesday, April 26, 2011

JANGAN TERLALU MENGHARAP

JANGAN TERLALU MENGHARAP
Assalamualaikum..

Saje je kan, menanti mata mahu pejam, mula nak berceloteh sikit di sini.. Tetiba sahaja mahu berceloteh mengenai tajuk di aatas.. Nak jadi pakar motivasi ke apa.. Sebenarnya, baru lepas baca buku motivasi BILA ALLAH MENDUGA KITA.. Itu yang keluar entry seperti di atas.. Sebenarnya la kan, dugaan akan rasa berat andai kita tak bersedia untuk kehilangan sesuatu.. Kerja keras membuatkan kita rasa terikat dengan apa yang kita miliki.. Tapi kita kena selalu ingat, walaupun kita berusaha kumpul harta, itu bukan milik kita yang abadi.. Cepat atau lambat kita akan hilang harta tu.. Kita kena ingat, semua yang ada pada kita adalah milik ALLAH dan akan kembali kepadaNYA.. Bila ada rasa tu, kita takkan berasa terlalu kehilangan bila di timpa dugaan...


Kita hanyalah manusia yang di beri kurniaan dan amanah dari ALLAH yang punyai segalanya.. Kita hanya menjalankan amanah itu...

NOTA KAKI: Renung-renungkan dan selamat beramal.. :)
Posted by Saya Punye at 10:32 PM

http://kisahtiny.blogspot.com/2011/04/jangan-terlalu-mengharap.html

BILA ALLAH MENDUGA KITA - Mizz Wati


BILA ALLAH MENDUGA KITA
Posted on March 19, 2011 by Wati

Hidup umpama gambar air ni la….ada masa TENANG….ada masa BERGELORA….ada ker manusia yang hidup tanpa dugaan???Jawapan memang TIDAK ADA…satu-satunya tempat di mana manusia tidak akan berhadapan dengan masalah hanyalah di SYURGA.

Tapi bagi mizz masalah bukan persoalan, melainkan SIKAP KITA dalam menghadapinya. “Do not pray for easy lives,” kata John F. Kennedy. “Pray to be stronger”.

Mizz suka baca buku “Bila Allah Menduga Kita” penulisnya Syed Alwi Alatas. Masyaallah…..sesuai sangat utk sesiapa yg mencari ketenangan dan penyelesaian dalam apa jua masalah….manusia diuji dengan 2 perkara…1) DUGAAN 2) NIKMAT….samada kekayaan,kesenangan dsbnya…

Jika DUGAAN melanda….seberat mana pun dugaan…janganlah mengeluh atau menyalahkan sesiapa, malah kita perlu menerimanya dengan hati yang terbuka dab belajar menerimanya dengan penuh kesabaran dan keredaan.

Jika NIKMAT yang kita dapat…sentiasalah BERSYUKUR supaya kita tidak LALAI dan LUPA bahawa NIKMAT itu dtg dari-Nya dan hanya pinjaman semata-mata….sbb hidup umpama Dua Permukaan Syiling…ada masa susah,senang,sedih,bahagia.

Macammana caranya???
Berdoalah dan mintalah kepadaNya agar DIANUGERAHI SIFAT SABAR DAN SYUKUR kerana semua itu tidak mampu kita lakukan tanpa ada kemudahan dariNYa.

Sama-sama kita ambil iktibar agar dalam apa jua yang kita lakukan mendapat berkat dariNya…amin….

http://mizzwati.com/v1/?p=249

Sunday, March 6, 2011

Bila Allah Menduga Kita


Monday, February 28, 2011

Bila Allah Menduga Kita

Janganlah mempersoalkan urusan Allah terhadap kita.
Siapa kita untuk mempersoalkan kerja Allah?
Terimalah ia dengan hati yang rela,
yang pasti ujian itu adalah terbaik buat kamu..
dan kamu mampu menghadapinya..

Berdoa,
Yakinlah dengan Tuhanmu,
jangan ada rasa sangsi terhadapNya.
Dia tak pernah sangsi kepada hambaNya
Bertawakkal dan redha pada ketentuanNya.

http://lord96.blogdrive.com/archive/265.html

Sunday, February 13, 2011

Semuanya baik - Aku Student


Sunday, August 22, 2010

Semuanya baik

Bissmillahirahmanilrahim
Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani

Segala puji bagi allah tuhan sekelian alam.
maha pemurah lagi maha penyayang,
yang mempunyai pemerintahan di hari pembalasan,
kepada engkau kami sembah dan kepada engkau kami pohon pertolongan,
tunjukkan kami jalan yang lurus,
iaitu jalan org2 yg kau beri nikmat,
bukan jalan org2 yg kau murkai,
bukan jalan org2 yg sesat. amin

Setelah aku berpindah keluar dari kampus (dari hotel dalam kampus ke rumah sewa diluar) maka aku makin kurang menulis diblog ini kerana dirumah sewa tiada internet, jika dahulu semasa di hostel maka aku akan mengunakan masa free selepas subuh setelah selesai menonton bicara mufti dan tanyalah ustaz maka aku mencuri sedikit masa sebelum ke lab untuk menaip sepatah dua kata di blog ini, tetapi kini banyak masa ku habiskan dengan buat overtime pas subuh (tido la) sebab taktau nak buat apa, aku telah try baca buku tetapi memang tabiat aku sejak sekolah menengah lagi bahawa akan mengantuk ketika membaca.

Berkenaan dengan tajuk diatas, aku telah menghabiskan satu buku yang berjudul Bila Allah Menduga Kita, buku ini patut dibaca oleh semua orang kerana, sebagai manusia yang waras serta masih bernyawa kita tidak akan lari dari cubaan serta dugaan hidup.

Kita selalu berfikir bahawa kesukaran serta kesusah adalah cubaan, tetapi sebaliknya kesenangan serta keselesaan kita sering anggap sebagai nikmat dan bukan ujian, sebenarnya kadang2 kesenangan itu juga adalah ujian yang jarang2 disedari oleh kita.

Tajuk yang tertulis di atas adalah sebahagian dari sub-topik buku tersebut yang mana ia bertepatan dengan kata2 ini "Bg org mukmin itu semuanya baik, apabila diberi nikmat ia bersyukur, apabila ditimpa musibah ia bersabar, maka itu adalah baik bagi org beriman"
aku tidak pasti ini adalah hadith atau dalil Al-Quran, yang pastinya kata2 ini menjadi azimat supaya kita bersabar apabila ditimpa ujian.

Kisah ini dipetik dari buku tersebut yang mana semua yang ditentukanya baik. Diceritakan dari ibnu Taimiyah bahawa disuatu negeri terdapat seorang menteri yang selalu menjawap 'baik' setiap kali ditanya pendapatnya tentang sesuatu.

Suatu hari menteri ini menghadiri acara makan malam bersama raja. Ketika sedang memotong buah, raja dengan tidak sengaja telah mencederakan jari telunjuknya sendiri. Setelah itu raja pun bertanya pada menteri yang duduk disebelahnya tentang kejadian yang dialaminya.

"baik, wahai raja" jawap menteri itu tanpa keraguan.
"Apa? kamu katakan ini baik?" Raja terperanjat dengan jawapan itu.
" Ya, wahai raja. Itu baik"

Raja sangat marah dengan jawapan tersebut. Mana mungkin jarinya yg luka parah seperti itu dianggap baik oleh menteri tersebut. Maka raja memenrintahkan menteri itu ditangkap serta dipenjarakan. kemudian raja mengunjungi menteri tersebut dan bertanya, "Sekarang, apa pendapatmu tentang keadaanmu sendiri".

" baik, wahai raja" jawap menteri tersebut tanpa ragu-ragu.

mendengar jawapan tersebut raja murka dan segera meningalkan menteri tersebut. Raja merasakan menteri itu terlalu bodoh dalam memberi pendapat.

Beberapa hari kemudian raja pergi berburu didalam hutan berhampiran dan ditemani oleh menteri yang lain kerana menteri yang biasa menemaninya telah dipenjara.

Mereka pun berangkat, dan oleh kerana menteri lain tersebut tidak biasa dengan cara raja menunggang kuda, maka mereka telah meninggalkan raja jauh kebelakang. Mereka terpisah dan akhirnya raja tersesat sendirian didalam hutan.

Bukan sekadar tersesat malah, raja juga telah ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala yang tingal didalam hutan.

Raja ditangkap serta ditetapkan ksebagai korban untuk berhala mereka. Mereka melakukan upacara selama tujuh hari, dan pada hari ketujuh mereka membawa raja ketempat penyembahan.

Saat raja sudah siap untuk dikorbankan, mereka melihat jari telunjuknya terpotong jadi dia tidak layak menjadi korban.

Dengan itu mereka melepaskan raja tersebut, dan baginda kembali ke kerajaannya dengan gembira. Selang beberapa hari raja teringat kata2 menterinya yang telah menbuat baginda murka.

Baginda segera kepenjara dan berkata kepada menteri tersebut, " apa yang kamu katakan ketika jari beta tertopong adalah benar. Itu memang baik". Lalu raja menceritakan apa yang berlaku semasa baginda pergi berburu tempoh harinya.

Menteri tersebut tersenyum sambil berkata '' Saya berada didalam penjara ini juga baik kerana jika saya pergi dengan raja pada hari itu, saya juga turut tertangkap. tentu saya akan dijadikan korban kerana tubuh saya lengkap dan tidak ada yang cacat."

Maka kesimpulanya adalah semua yang ditentukannya adalah baik dan mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

p/s: Bagi anda yang sentiasa merasaklan terbeban oleh ujian serta sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah maka cuba beli serta bacalah buku ini, moga ia membantu anda.
Posted by gulau student at 1:02 AM

http://aku-student.blogspot.com/2010/08/semuanya-baik.html

Buat ingatan untuk semua dan untuk diri sendiri - Nor Intan


Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Wednesday, December 15, 2010

Buat ingatan untuk semua dan untuk diri sendiri~wallahualam~

'Supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri'[al-hadid:23]

Petikan ulasan firman Alquran di atas daripada buku 'Bila Allah Menduga Kita':Syed Alwi Alatas:-

'Pada kenyataannya,rasa senang yang berlebihan boleh membuatkan kita lalai dan lupa diri.Di satu pihak,kegembiraan itu boleh membuat kita lupa untuk bersyukur.Kita lupa dengan siapa yang telah memberikan nikmat itu kepada kita dan kita meletakkan semua kemenangan dan kejayaan kita sepenuhnya atas kemampuan kita sendiri.Orang yang gembira secara berlebihan biasanya berkecenderungan tinggi untuk berbangga diri.Sekiranya dia menyedari bahawa segala sesuatu itu datang dari Allah,tentu dia tidak perlu merasa kesenangannya secara berlebihan, yang akan membuatkan seseorang lupa dengan kemungkinan yang akan dihadapinya di masa depan'[m/s:85]


Mudahan2 kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa bersederhana dalam segala aspek kehidupan...Amin.....
Posted by mama4hz at 15:48
Labels: lifecycle, pengalaman, self management

http://knowledgesharingaroundtheworld.blogspot.com/2010/12/buat-ingatan-untuk-semua-dan-untuk-diri.html

oh buku - Nur Athirah

Friday, October 8, 2010

oh buku

Salamm pembuka bicara tinta maya yang sudah lama tidakku usik. Entah berapa lama aku pun tidak pernah sedar. Kali ini aku cuma ingin kongsikan tentang buku yang telah ku baca untuk cuti semesta ini. Ya, bila ditanya apa aktiviti aku buat di rumah? Jawapannya tentulah menjaga anak buahku serta membaca buku.


Pada mulanya aku tidak terlintas sama sekali mahu membeli buku ini. Suatu hari aku mengajak temanku akmar untuk menemaniku ke kedai buku di sekitar rumahku. Tujuanku hanya untuk melepaskan tekanan serta bebanan yang memunsingkan kepalaku tika itu lalu aku dan temanku singgah di popular iaitu kedai buku di Selayang Mall. Aku melewati setiap buku yang ada di situ. Berulang kali tanpa sedar jam sudah lewat dan tiba untuk berbuka puasa. Itu adalah minggu ke dua aku di rumah kalau tidak silap pengiraanku. Hampir setengah jam aku berpusing mencari buku BUMI CINTA yang pebulisnya Habiburrahman. Ketika aku mencari buku itu mataku terpaku seketika meneliti tajuk buku BILA ALLAH MENDUGA KITA. Aku ambil laluku baca intinya. sangat menarik. Sesuai untuk diriku yang sedang kecewa malah diuji ALLAH. Buku yang kucari tidak dijumpa tapi buku yang tak dicari aku beli.
Sinopsisnya, buku ini tentang bagaimana seorang hamba ALLAH seperti kita ini diuji oleh ALLAH dan tujuan ALLAH menguji kita serta bagaimana mengatasi ujian tersebut. Menerangkan tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Tentang permasalahan serta persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi setiap insan.


Aku mengesyorkan kepada semua yang singgah ditinta mayaku ini untuk memdalami buku ini sedalamnya. InsyaALLAH kalian akan semakin tenang setiap kali diuji oleh ALLAH. Jadikan ujian itu penguat semangat kita bukan peruntuh semangat. ALLAH sentiasa ada. ALLAH always by your side bak kata lirik maher zain.






Alhamdulillah, telahku baca buku BILA ALLAH MENDUGA KITA hingga selesai. Kini aku terus ke buku seterusnya bagi menambahkan lagi ilmu. Buku seterusnya adalah seperti yang anda lihat di atas ini. SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH. Buku ini kubeli bersama dengan buku BILA ALLAH MENDUGA KITA. Aku kagum dengan Abu Saif atau Hasrizal Abdul Jamil. Karya serta bahasanya aku sangat kagum. Ada juga Abu Saif selitkan bahasa-bahasa Turki. Abu Saif ini adalah panggilan nama beliau di dalam blogger. Saifulisalam.com itu adalah blog beliau diambil sempena nama anak sulung beliau Saiful Islam.


Sinopsisnya, buku ini menceritakan tentang kembara ke bumi khilafah Othmaniyah iaitu di Turki. Menarik. Padat. Pelbagai ilmu yang aku dapat di dalam buku ini. Tentang budaya, bahasa serta sejarah tidak kurang hebatnya. Diselitkan juga bahasa Turki sperti agabey yang memberi maksud abang, cay bermaksud teh. Orang Turki gemarkan minuman teh. Ada juga resepi masakan ayam. Di Malaysia, kita hanya memasak ayam goreng dengan kunyit serta sedikit garam tapi di Turki agak berlainan di mana mereka mengoreng ayam ikan atau ayam dengan tepung gandum bercampur tepung beras dan sedikit serbuk lada sulah. Menarik bukan? Anda boleh cuba jika mahu. Sesekali merasa masakan ala Turki apa salahnya.


Sesiapa yang ingin merasai kembara Abu Saif ini, buku ini adalah saranan untuk anda semua. Terdapat juga gambar-gambar di dalamnya. Bercerita tentang negara lain juga amat menyeronokkan kerana boleh mengetahui budayanya, masakannya, sejarahnya. Apa yang menyedihkan, umat di Turki terpaksa memilih antara Ilmu atau Iman. Kaum wanita tidak dibenarkan bertudung jika mahu terus belajar di Universiti. Namun mereka memilih Iman. Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah berasa beruntung kerana dapat melanjutkan pelajaran di peringkat IPT tanpa sebarang masalah. Aku bersyukur. Bacalah buku ini jika mahu mendalami Turki.


Alhamdulillah, ini adalah buku yang ke tiga. Buku yang aku sudah lama mencarinya. Akhirnya aku jumap juga buku ini. Setebal 722 muka surat! Sungguh tebak namun sekali baca aku tak henti membacanya. Intinya sungguh padat. Jika buku di atas ini ada bahasa Turki, BUMI CINTA pula ada bahada Rusia seperti zhelayu uspekhafn bermaksud semoga sukses, dabroye utra bermaksud selamat pagi. Nah, sungguh belit lidah ini mahu bertutur bahasa Rusia!


Sinopsisnya, Seorang pemuda bernama Muhammad Ayyas berbangsa Indonesia beragama Islam. Ayyas datang ke Rusia mahu melanjutkan kajiannya tentang sejarah Islam di bumi Rusia berkaitan dengan tesis masternya. Tiba di Rusia sangat mencabar dan menguji iman Ayyas apatah lagi tinggal bersama dengan dua wanita rusia yang sangat cantik! Nah, di sini dugaannya sudah banyak.


Tidak banyak yang ingin aku sisipkan di sini kerana aku belum lagi menyudahkan buku ini. Baru dihalaman tengah. Apa yang pasti buku ini sangat bagus untu mengenal Islam serta Rusia. Dapatkan buku ini jika kalian tidak mahu kerugiaan menadah ilmu di dalam buku ini. Ilmu apa? Ya, perlu dibaca untuk memahami ilmu yang aku katakan tadi. Selesai baca nanti akan aku ceritakan kembali ulasan tentang novel ini.


Inginku akhiri tinta maya ini dengan kata, bacalah buku untuk menungtut ilmu bukan dengan hanya ilmu di menara gading.


p/s: Buku ibarat permata. Jadikan buku permata hati kita serta teman yang setia kerana buku itu sungguh berharga kerana di dalamnya berintikan ilmu yang bernilai. Tanpa ilmu maka sepilah hati maka binasalah minda.

Posted by cahaya at 2:40 AM

http://cahayajalankuyangsatu.blogspot.com/2010/10/oh-buku.html

Nasib baik 'buah' kecil! - Aniz Zafirah

Tuesday, January 25, 2011

Nasib baik 'buah' kecil!

Assalamualaikum,
Ni entry pengajaran, bukan entry 18+ ea :)

Beberapa mggu lps, ummi bagi anis baca 1 buku, tajuknya, 'BILA ALLAH MENDUGA KITA', penulisan oleh SYED ALWI ALATAS, buku ni sangat best, penulisan yang simple, menarik dan mudah difahami. Isi kandungannya sgt bermakna, dan anis suka sgt2 ;)

Anis nak kongsi salah 1 kisah yang menarik dlm ni.


Kisah Seorang Pengembara

Pengembara ni berjalan dr 1 kota ke kota lain, dr 1 ngri ke ngri lain. Pada 1 hari, dye tiba di sbuah desa & dia melihat tanaman yg belum prnh dilihatnya sblum ini. Tanamn tu kecil & pendek, smntara buahnya berukuran besar & menyentuh tanah. Ya, tembikai. Kerana terlalu letih, pengembara td trus berjalan mncari pohon besar utk beristirahat. Smpailh dye di bwh spohon yg sgt besar. Sblum duduk & berbaring, dye menatap pokok itu dgn hairan. "Mengapa pohon sebesar ini sama sekali tidak memiliki buah yg besar, smntara pohon yg kecil di sana tadi berbuah besar," soalnya pada dr sndiri. "Tanaman2 ini kelihatan sungguh aneh & tidak diciptakan sebagaimana sepatutnya," katanya lg stgh memprotes. "Kalau saya yg ciptakannya, tentu saya akn membuat pohon besar ini berbuah besar & pohon kecil di sana tadi berbuah kecil".

Setelah itu, dia baring di bwh pohon beringin dn tertidur. Dia bermimpi :

Dia lihat pohon yg besar & tinggi menjulang tu memiliki buah yg sgt besar sprti yg dia khayalkn sebelumnya. Tiba2, buahnya jatuh dr dahan yg tggi dn dia x sempat nak elak. Buah yg besar dn berat tu jatuh menimpa kepalanya & membuatkannya tergamam seketika. Dia menjerit lalu terjaga!


Mata kirinya terasa agak sakit. Apabila dia toleh ke kiri, dia terpandg ada benda bulat yg kecil di sebelahnya lalu mengmbilnya. Buah dr pohon itu rupanya. Dia menggelengkan kepalanya. Nasib baik pohon itu tidak berbuah sebesar tembikai. Dia x bleh bygkan kalau buah sebesar tembikai td jatuh dr pohon td & mengena kepalanya =.='


Dia menyesal kerana mempersoalkan ciptaan tanaman2 itu & berfikir seolah-olah dia bleh tetapkan yg lebih baik dari itu. "Memang tidak elok untuk seorang hamba yang lemah seperti kita mempersoalkan ketetapan Sang Pencipta. ALLAH benar2 mengetahui rahsia ciptaan & ketetapanNYA".

Maka, dia berasa puas dengan peristiwa & pengajaran yg dia peroleh pada hari itu ;)


p/s : harap kwn2 ambil pengajaran ;) just nak share~ maaf, anis gne bhase pasar je, dlm buku tu guna Bahasa Melayu lengkap. Anis pown bukn baik mana, tp x slh berkongsi kan?

http://zafirahanis.blogspot.com/2011/01/peristiwa-pengajaran.html