Sunday, February 13, 2011

Bila ALLAH menduga kita - mrstp


Bila ALLAH menduga kita

Posted December 30, 2010 by mrstp in petikan buku. Leave a Comment

Syed Alwi AlAtas. 2010. mustread sdn bhd. Kuala Lumpur.

Jangan Terlalu Mengharap.

ms 165

Dugaan akan terasa berat sekiranya kita tidak bersedia untuk kehilangan sesuatu. Semakin kuat rasa empunya, atau semakin kuat keterikatan kita dengan apa yang kita miliki, maka semakin sakit pula rasanya ketika kehilangan sesuatu. Oleh sebab itu, kita boleh melatih kesabaran kita dengan mengurangkan rasa empunya kita terhadap sesuatu.

Berpandangan Positif.

ms 167

Cara pandangan positif adalah tidak melihat apa-apa yang hilang ketika terjadi kehilangan, tetapi perhatian anda tertumpu pada apa yang masih anda miliki.

Bersabarlah Sebelum Sabar itu Menjadi Sia-Sia

ms 178

Bersabarlah anda atas musibah, kerana kesabaran itu mampu memberikan manfaat. Bersabarlah anda selagi anda masih mampu bersabar. Kerana di akhirat kelak, anda sama sekali tidak akan mampu bersabar sekiranya anda jatuh ke dalam seksaNya. Sekiranya anda masuk ke dalam azab ALLAH di akhirat kelak, maka bersabar pada saat itu sama sekali tidak ada gunanya.

Petua orang bersabar

ms 169

Mereka yang beriman sepatutnya yakin terhadap janji ALLAH ini, apalagi ALLAH mengulanginya sehingga dua kali berturut-turut.

“Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan,

sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan.”

(Alam Nashrah:5,6)

http://mrstp.wordpress.com/2010/12/30/bila-allah-menduga-kita-2/

Hitam Putih Jiwa Manusia - Nadzmie Nasir


Saturday, February 5, 2011

Hitam Putih Jiwa Manusia

Assalamualaikummm wbt......

waduhh lame sungguh tak ketemu ini blog kan,actually bukan masalah faktor tade ayat or tade cerita nak di storykan dalam belogg ni, tapi cume kekangan masa yang tidak mengizinkan saye bertandang ke mari sambil menarikan jari ke papan kekunci ni. Hmmm...

Alhamdulillah syukur dengan limpah kurniaNya saye dapat lagi mengharungi pahit manis madu dalam kehidupan seharian saye. Walaupun pahit datang bertandang, dapat diharunginya juga dengan iman, walau manis datang ke sisi dapat juga diharungi ia dengan syukur. Tidak sesiapa meminta ujian untuk dirinya, tetapi janji Tuhan pada si hamba, kalau tiada kayu pengukur untuk menguji imannya mana nak tahu syurga atau neraka tempat mereka kelak. Oleh itu, untuk mengukur tahap mana level iman kita, ujian didatangi dalam pelbagai bentuk. Dengan iman lah, kita tempuh sama ada kita kalah ataupun menang kita menghadapi dan mengharunginya.

Terbaca satu buku yang ditulis oleh Syed Alwi Alatas dalam bukunya 'Bila Allah Menduga Kita'.
Dalam buku itu ada mengisahkan suatu hari seorang anak bermain di atas lantai, sementara ibunya duduk di atas kerusi sambil menyulam. Anak yang sedang bermain kemudian menoleh ke arah ibunya sambil perhatikan apa yang dibuat oleh ibunya. Dia melihat sulaman ibunya dari bawah dan berasa hairan. Dia bertanya kepada ibunya. "apa yang sedang ibu lakukan?" "Ibu sedang menyulam, nak" jawab ibunya sambil terus menusukkan jarum dengan benang ke permukaan kain. "Tapi buat apa? anak itu masih bertanya hairan. "Sulaman itu kelihatan buruk sekali. Hanya benang benang yang tidak tersusun dan kelihatan tidak menarik sekali". Ibunya tersenyum. Lalu dia memberi isyarat pada anaknya untuk berdiri. "berdirilah, nak!" "tengok sulaman ini dari atas sini". Anak itu berdiri dan menghampiri ibunya. Dia berjalan mendekati ibunya dan melihat sulaman karya ibunya dari atas. Dia berasa terkejut dan kagum pada keindahannya. "begitu indah sulaman ini, wahai ibu. Padahal sulaman itu begitu buruk bila dilihat dari bawah". Kata anak itu. Ibunya hanya tersenyum sambil membelai kepala si anak.

Itulah contoh kehidupan kita ini. Kita hanya melihat sebahagian dari perbuatanNya dari bawah, maka kita dapati ianya buruk dan tidak menyenangkan, malah kita mengeluh dan menyalahkanNya. Kalau kita boleh bersabar dan berusaha melihatnya dari tempat yang tepat, tentu kita akan memiliki sikap yang berbeza. Pada pandangan mata hanya mampu melihat bahagian bawah dari reka cipta yang ada pada kehidupan ini, sementara dengan mata hati yang bersih dan dengan pengetahuan yang lurus, kita akan mampu melihat keindahannya yang di atas.

Itulah salah satu bingkisan cerita yang menjadi rujukan iman dan hati pabila aku dihadapi dengan ujian dan musibah. Alhamdulillah dengan hadirnya kawan keluarga dapat harunginya dengan kesabaran. Hee

eah seronok bercerita itu ini terlupa dengan si pembaca ni. haha weyy apa kabar? korang sihat? asek renung nasib sendiri jee, nasib orang pun lupe nak tanye kabar haha hm sebenanya entry kali ni tak tahu nak cerita pasal ape, kebanyakkan dah cerita pada fb tapi dalam konteks ayat yang fleksibellah, yang ringkas dan padat penuh dengan makna. Hayati ayat ayat itu kalau saye post lagi okay, jangan ambil enteng dengan konteks ayat tu, cube rungkaikan ia dengan hati. InsyaAllah korang akan dibukakan hati untuk hayati bumi yang sudah tua ni.

okay cukup sekadar disini. wassalam tq :)

http://nadzmienasir.blogspot.com/2011/02/hitam-putih-jiwa-manusia.html

Saturday, February 12, 2011

Karena itu Ujian

Thursday, February 10, 2011

kerana itu ujian

pagi-pagi lagi sudah mahu mengupadate blog , tidak apa yang mahu diupdate sangat cuma mahu berkongsi pendapat dari sebuah buku daripada Syed Alwi Alatas , Bila ALLAH menduga Kita

hidup yang mendatang dipenuhi dengan masaalah , jangat kata " aku kaya , banyak duit , tidak akan ada masalah " jangan juga kata " aku orang yang tak berduit , memang la hari-hari timbul masaalah " kerana Allah sendiri berkata

"dan ketahuilah , bahawa hartamu dan anak-anak mu itu hanyalah sebagai ujian dan sesugguhnya di sisiAllahlah pahala yang besar " -an-anfaal ayat 28-

yang sebenarnya , kaya juga ujian , miskin juga ujian , bergantung kepada cara kita menerima dan mentafsir serta menghadap ujian yang mendatang

andai diri terlalu leka dengan kekayaan dunia , akhirnya akhirat dilupakan , akan membawa masaaalah kepada akhiratnya , yang miskin , susah dunianya , hidup tidak pernah leka akan amalan akhiratnya , maka bersenang lenang la die ketika di akhirat .tidak dinafikan , ada yang kaya , tetap tidak lupa akhirat , tidak juga dinafikan ada yang miskin tetapi tetap juga lupakan akhirat , jelas mungkin menerangkan , kekayaan itu juga dugaan , kemiskinan itu juga dugaan , bergantung kepada individu mengambil dan menguruskan ujian serta cara kita berpandangan terhadap ujian

semasa ujian bertalu diterima , ini antara kata yang masuk ke dalam telinga

" anis , Allah itu akan berada dengan orang yang sabar"

"anis , yang sebenarnya , Allah ada sesuatu in return to you , tapi , sebelum Dia memberi , Dia mahu menguji "

"anis , Dia rindu kan rintihan kau , Dia rindu kan tangisan kau , Die berikan kau bahagia , Dia hanya tarik untuk seketika , hanya sekadar untuk menilai mungkin "

yer , anis terime ujian dari Dia , sekadar diri ini mampu , sepositive yang mungkin , kerana anis tahu , Dia tahu yang anis mampu .

kenape tulis nie ?? sedang sedih kah anis izyan ? tidak . cuma saya sedang mendalami erti ujian . terime kasih kepada mr muhammad shahariz , leteran mu memberi makna .
dan apabila , diri sedang dtimpa ujian , itu lah ketika dan masanya kita tahu siapa kawan dan siapa ""kawan""

p/s : ini hanya kata dan pendapat dari anis izyan , berdasarkan firman Allah yang anis petik dari buku bila ALLAH menduga kita , jadi , andai tersilap kata , teguran sedia diterima ,peace no war =))

http://amethyst89saphire.blogspot.com/2011/02/kerana-itu-ujian.html

p/s 2 : agak terase skema pula penulisan ini ~ hahahaha , kihkihkih ... peace no war OK~

Bila Allah Menduga Kita - Nurul Ain

bila ALLAH menduga KITA

buku ini dikarang oleh SYED ALWI ALATAS, terbitan oleh Must Read Sdn Bhd.

buku ini sangat menarik kerana diselitkan dengan hadis Rasulullah S.A.W, pelbagai kisah benar dan pendapat penulis sendiri yang sangat memdalam dan membuka mata para pembaca untuk menilai diri sendiri.adakah kita tabah dengan dugaan dariNya?atau pun tidak!.

Belajarlah untuk menerima apa jua yang terjadi ke atas diri kita. Jauhkan diri dari rasa sedih atau penyesalan yang berpanjangan kerana semua yang berlaku dalam hidup adalah ketetapanNya dan takdir dariNya. Tidak ada yang perlu dikesalkan dan tidak ada yang perlu dipersoalkan. Kita tidak perlu kecoh dengan apa-apa yang ditetapkanNya ke atas diri kita. Jalani saja apa yang tersedia bagi kita. Kita tidak mampu mengundurkan waktu untuk menghindar dari sesuatu yang sudah terjadi. Keadaan juga tidak menjadi lebih baik dengan mengeluh dan berputus asa. Jadi untuk apa kita melakukan semua itu. Tapi mengapa Allah menetapkan takdir? Mengapa kadang-kadang Allah memberikan dugaan yang berat untuk hamba-hambaNya? Mengapa Allah tidak memberikan yang baik-baik saja untuk kita?mudah-mudahan ini boleh membuka minda kita dan pemahaman kita agar lebih baik dari sebelumnya dan membuat kita mengerti hikmah yang terkandung dalam berbagai tindakanNya ke atas diri kita.

http://nurul10290.blogspot.com/2010/11/bila-allah-menduga-kita.html

Bila Allah Menduga Kita - Suntikan Jiwa

Bila Allah Menduga Kita

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Al-Ankabut : 2-3

“Ya Allah jadikanlah kami termasuk dalam golongan
orang-orang yang beriman dan istiqmah dalam keimanan kami.
Jauhkanlah kami dari putus asa terhadap rahmatMu
Jadikanlah kami orangyang selalu bersabar
Dan jadikan kami orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu.
Dan gantikan apa-apa yang hilang dari kami dengan yang
lebih baik dari sisiMu.“




Melalui buku ini penulis mengajak pembaca berfikir bahawa di dalam mengharungi hidup ini tanpa kita sedari atau tidak, setiap manusia tidak pernah lepas dari dugaan dan cubaan hidup, dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya. Penulis mengariskan beberapa langkah-langkah yang patut kita ambil untuk mengharungi setiap dugaan yang kita hadapi. supaya kita tidak bersedih dengan dugaan yang datang. Sentiasa bersabar dan jangan mudah berputus asa daripada rahmat Allah s.w.t.

Menariknya buku ini, penulis banyak mengambil contoh-contoh musibah-musibah yang terjadi di zaman moden ini, yang mungkin jauh lebih hebat kalau kita bandingkan dengan apa yang kita hadapi, dan menjadikan kita lebih bersyukur. Bagaimana pada tahun 1982 Alton Logan yang berumur 28 tahun ketika itu di sabitkan dengan kesalahan membunuh, terpaksa menerima hukuman penjara seumur hidup. Hanya pada tahun 2008, setelah menjalani hukum selama 26 tahun, mahkamah mendapati dia tidak bersalah. Bayangkan dugaan yang terpaksa beliau hadapi, menjalani kehidpun di dalam penjara selama 26 tahun diatas kesalahan yang tidak dilakukannya. Begitu juga dengan kisah lelaki Acheh yang keluar menagkap ikan, hanya mendapati seluruh keluarganya sudah tidak ada lagi disebabkan Tsunami. Ini adalah beberapa contoh untuk menbuatkan kita lebih mensyukuri nikmat yang ada pada kita.

Seperti kata penulis, kita tidak pernah tahu apa yang akan kita hadapi di masa hadapan. Itu semua hanya ada di dalam pengetahuan Allah s.w.t. Bukan dugaan dan masalah yang menjadi persoaalannya, tetapi sikap kita menghadapinya. Diharapkan buku ini dapat memberikan kita sedikit kekuatan, apabila kita menghadapi dugaan, di samping Allah s.w.t.

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
Ash-Syarh : 5-6

"Do not pray for easy lives, Pray to be stronger"
John F. Kennedy

http://suntikanjiwa.blogspot.com/2011/01/bila-allah-menduga-kita.html

Tuesday, February 8, 2011

Bila Allah Menduga Kita - Abdi Ilahi


Bila ALLAH Menduga Kita.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bila Allah menduga kita..
Terasa tak terbendung beratnya dugaan yang menimpa..
Terasa ingin pecah dada ini..
Kerana dugaan yang menimpa,
Datang tanpa kita menduganya..


Bila Allah menduga kita..
Tanpa sebarang isyarat,
Tanpa sebarang petanda..
Menarik yang terbaik dalam hidup kita..
Rasa keseorangan mula berleluasa..


Bila Allah menduga kita..
Tangis sendu menyesakkan dada
Kita bagaikan terlupa cara untuk mengukir senyuman..
Bila Allah menduga kita..
Terasa kelam alam ini..
Dunia bagaikan terhenti putarannya..


Benarkah?
Benarkah begitu sahabatku?


Andai benar,
Bersabar dan bersyukurlah,
Kerana kita masih diberi peluang bernafas,
Untuk terus beribadah kepadaNya


Kadangkala kita lupa,
Kita makhluk ciptaanNya..
Segalanya yang ada
Adalah milik DIA
DIA yang Esa..


Setiap denyutan nadi..
Setiap nafas yang dihela,
Setiap langkah yang diatur..
Semuanya milik DIA..


Kita?
Kita tak punya apa-apa..


Maka sahabat,
Bersangka baiklah padaNya..
Yakinlah setiap yang diberiNya
Adalah yang terbaik buat kita..
Kerana DIA sebaik-baik Perancang..


Maka sahabat,
Berdoalah kepada Rabb mu..


Ya Rabb..
Kala ini langkahku sumbang sekali..
Pincang rasanya..
Lelah dadaku saat ini..


Ya Rabb..
Aku begitu mendambakanMu..
Dalam setiap denyutan nadiku..
Dalam setiap hela nafasku..
Dalam setiap jejak langkahku..


Di mana jua bumi ku pijak
Di mana jua langit ku junjung
Walau tika susah..
Walau tika senang..
Walau tika suka..
Walau tika duka..
Aku tidak akan sesekali berhenti mencari redhaMu..

http://asrarlifeofabdiilahi.blogspot.com/2011/01/bila-allah-menduga-kita.html

Bila ALLAH Menduga Kita - al-Assya


Bila ALLAH Menduga Kita

Posted by Muhammad Syahir Al-'Assya on 6:31 PM

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah... Dalam kesempatan yang ada ini, ingin ana kongsikan sebuah kisah yang telah berlaku ke atas diri ana sendiri. Moga ia akan menjadi pengajaran buat ana yang semakin hari semakin jauh. Keinginan untuk berkongsi cerita atau kisah ini bukanlah sebagai langkah menunjuk-nunjuk atau sebagainya. Ianya hanyalah sebagai perkongsian sebagai pengiktibaran buat diri kita semua supaya tidak terlalai.


Melihat kepada tajuk yang dibawa pastinya pembaca sekalian seolah-olah pernah mendengar kan? Bila ALLAH Menduga Kita sebenarnya merupakan Judul bagi sebuah buku terbitan Mustread Sdn Bhd yang telah ditulis oleh Syed Alwi Al-Atas. Buku yang berharga RM 19.90 merupakan sebuah buku yang mesti dimiliki. Pada pandangan ana, buku ini cukup bagus dan padat dengan ilmu serta kualiti yang tersendiri apabila ia membicarakan tentang bagaimana kita hendak menghadapi sesuatu ujian itu sendiri. seperti sedia maklum bahawa, ujian itu boleh bersifat dan datang dalam bentuk musibah mahupun dalam bentuk nikmat. Jadi, adalah tidak rugi sekiranya kita berbelanja sedikit demi memiliki buku ini. Bagi memudahkan urusan, sahabat pembaca sekalian boleh mencari dan membeli buku ini di klik di sini

Baiklah, terus kepada fokus utama ana iaitu untuk berkongsi sedikit peristiwa yang cukup memberi kesan kepada ana. 27 Februari 2011 merupakan hari di mana ana akan menaiki bus bersama teman sahabat yang lain dalam perjalanan pulang ke kampung sempena dengan Cuti Tahun Baru Cina dan Cuti Mid-Semestar. Sepanjang perjalanan, ana telah teruji dengan berbagai ujian yang mana ia membawa ana untuk kembali berfikir mengenai kesilapan-kesilapan serta kemaksiatan yang telah ana buat.

Perjalanan ana dari UTM ke Kelantan kali ini terpaksa mengambil jalan lain daripada jalan yang biasa memandangkan kesesakan lalu lintas yang melampau sedang berlaku di Daerah Muar, Johor terutama di kawasan Tenang dan Labis memandangkan Pilihan Raya Kecil Dun akan berlangsung. Jalan yang dilalui kali ini agak berbahaya dengan lengkok dan bukit bukau serta ketiadaan lampu jalan yang menyebabkan jalan yang dilalui agak suram dan muram.

Alhamdulillah, walaupun perlajanan ana kali ini agak berbahaya, namun ana dan teman selamat tiba ke Kelantan. Dalam perjalanan kami, di Daerah Pasir puteh, iaitu di Jalan Pak Amat, sebuah kereta telah tersasar di atas jambatan. Alhamdulillah sekali lagi, walaupun melihat keadaan kereta yang agak remut setelah melanggar penghadang jalan yang berada di atas jambatan tersebut, pemandunya selamat. Kemalangan ini berlaku sekitar jam 5.30 pagi.

Perjalanan kami diteruskan dan Alhamdulillah kami selamat tiba di Perkarangan Kelantan Trade Center. Di sini berlaku satu lagi ujian. Takkala ana mahu turun dari bas, datang seorang mahasiswi mengadu kepada ana bahawa dia telah terlepas terminal yang mana sepatutnya dia turun di Jerteh, Terengganu. Ana sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil tahu soal kebajikan penumpang cuba berbincang dengan pemandu bus. Alhamdulillah, dipermudahkan sekali lagi oleh ALLAH SWT dan pemandu bus tersebut bersetuju untuk patah balik bagi menghantar mahasiswi itu tadi.

Jam pada waktu tersebut barulah sekitar 6.30 pagi. Memandangkan waktu Subuh telah masuk, ana dan sabahat pergi menunaikan Solat Subuh di masjid berdekatan. Nasib baik di Negeri Che Siti Wan Kembang ni banyak masjid. Jadi, senanglah urusan kami. Di masjid tersebut, sekali lagi ALLAH memberikan nikmatnya kepada ana kerana telah mempertemukan ana dengan sahabat lama yang sekarang ini merupakan Imam di masjid tersebut. Alhamdulillah...

Sementara menunggu ayah ana datang, ana dan sabahat pergi bersarapan di Restoran The Red Warriors yang tidak jauh dari situ. Lebih kurang jam 7.30 pagi, ayah ana tiba dan kami pergi ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu bagi mendengar Kuliah Dhuha memandangkan kuliah tersebut bermula sekitar jam 8.00 pagi.

Disebabkan terlalu penat, ana asyik tertidur sahaja semasa kuliah berlangsung. Disebabkan rasa kurang selesa dan malu pada Tuan Guru yang sedang mengajar, ana mengambil keputusan untuk pergi tidur di luar dewan solat di sebelah kanan masjid. Alhamdulillah, nyenyak betul ana tidur.

Disini sekali lagi ana diuji dengan dua perkara. Pertama semasa ana tidur, ana telah bermimpi bahawa ana telah kehilangan sesuatu barang yang amat bernilai pada ana memandangkan ianya adalah berkaitan dengan soal pengajian ana di Universiti. Dalam pada itu, ana hampir hilang akal kerana memikirkan soal barang ana yang hilang tersebut sehinggalah ana mengucapkan zikir dan berdoa kepada ALLAH moga dikembalikan barang tersebut, dan Alhamdulillah. barang tersebut telah ditemui. Ujian kedua adalah setelah ana bangkit dari tidur takkala tersentak dengan mimpi tadi, tubuh ana bagaikan orang lumpuh, seolah-olah ana tidak mempunyai kedua-dua belah tangan ana. Walau sejengkal pun ana tidak mampu untuk mengangkat tangan ana. Takkala itu, hati ana terus sahaja berdoa kepada ALLAH moga dijauhkan dari segala musibah dan ujian yang ana sendiri tidak mampu menghadapinya. Tak lama selepas itu, tangan ana kembali pulih dan ana kembali tertidur sebelum ayah ana mengejutkan ana untuk pulang ke rumah. Cadangannya sebelum pulang ke rumah, ana mahu pergi mendengar kuliah Tuk Guru di Perkarangan Medan Ilmu namun tak kesampaian apabila ayah ana mahu terus pulang kerana melihatkan ana yang agak keletihan.

Dalam perjalanan pulang. Ana bertembung dengan kemalangan yang kedua. Kemalangan kali ini adalah melibatkan lori barang dengan sebuah motorsikal yang dipandu oleh seorang wanita. Kelalaian dan perbuatan bahaya wanita tersebut telah menyebabkan mereka dilanggar. Status wanita tersebut tidak dapat ana kenal pasti memandangkan mereka berada di belakang kereta ana. Kemalangan kedua merupakan kemalangan yang hampir berlaku. Kali ini antara kereta ana dengan kereta seorang wanita muda di kawasan Panji, Kota Bharu. Wanita tersebut yang tidak menoleh ke arah kiri dan kanan terus melulu untuk keluar dari simpang tiga menyebabkan kami yang berada di jalan lurus ini hampir melanggar wanita tersebut. Namun, Alhamdulillah, kemalangan tersebut tidak berlaku dan kami selamat.


Perjalanan diteruskan dan Alhamdulillah, ana selamat tiba ke rumah.


Antara pengajaran yang boleh diambil:-
1.Kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmatNya
2.Hendaklah kita kembali kepada ALLAh dalam apa jua keadaan
3.Kita mestilah istiqamah dalam beribadah
4.Janganlah kelalaian itu mengusai diri kita
5.Bersabar dalam setiap perkara yang dibuat
6.Jangan bertindak melulu
7.Berusaha meningkatkan keimanan dari hari ke hari dan bukannya merosakkannya
Sekian dari ana. Wassalam


ikhlas dari
Muhammad Syahir Al-'Assya

http://penassya.blogspot.com/2011/01/bila-allah-menduga-kita.html