Wednesday, January 25, 2012

BILA ALLAH MENDUGA KITA...


Tuesday, October 11, 2011

nampak x kat tepi tu ade tulis..MUST READ?? so kena baca tau buku ni...rugi kalo x bace..


Kebetulan hari Sabtu yang lepas saya dan ma saya ke Harris(kedai buku) untuk bace2 buku sementara tunggu ayah dan adik menonton wayang..tiba2 mak saya tunjukkan sebuah buku..tu buku yang kat atas tu...saya malas la pulak nak tulis panjang2....buku ni adelah berkait jugak dengan kisah hidup kami sekeluarga masa kami sekeluarga hadapi masalah yg sgt besar n menensionkn kepale....kalau boleh saye nak lenyapkan je semua peristiwa perit dan pahit yg pernah saya sekeluarga alami...cukuplah saye menangis hampir setiap hari..cukuplah saye bersikap keluh kesah dengan keadaan yg saye sekeluarga hadapi time tu..n cukuplah segale bnde yg memeritkan....

Alhamdulillah saya bersyukur sekurang kurangnya Allah turunkan ujian sebegitu pada keluarga saya jadikan keluarga saya bertambah kuat dan erat dan saya dapat lihat segala hikmah yg berlaku atas segala ujian yg Allah turunkn pada family..Dan sekarang saya bersyukur sangat kerana mungkin dulu Allah uji keluarga saya dengan hilangnya bende2 duniawi dan sekarang Allah gantikan dengan perkara yg lebih baik dari yg dulu mungkin bukan dari segi harta bnda.....tapi sebuah hubungan n kebahagiaan yg saye x dapat beli dengan wang ringgit.. .

semua orang ade ujian masing2 kn??Melalui masalah yg saya sekeluarga hadapi,dari situ saya belajar yg sepatutnya kita perlu bersyukur apa yang masih kita miliki bukannya merintih dan terus merintih dengan apa yg telah diambil atau diuji oleh Allah s.w.t..(tapi inilah yg saye buat masa hadapi masalah dulu).Saya bukanlah pandai dan bijak nak bercakap tentang agama tapi saya sekadar coretkan apa yg saya alami dan tahu..

Belajarlah menghargai sesuatu yg kita masih ada sebelum kita kehilangannya..dan janganlah sesekali anggap bnde yg kite suke tu yg terbaik buat diri kita..kadang2 bnde yg sebaliknya adalah baik untuk diri kita cuma kita je yg tak tahu...dalam surah Al baqarah ayat 216 pun ada sebut "Di wajibkan atas kamu berperang,padahal berperang itu adalah sesuatu yg kamu benci.Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal dia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal dia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Saya andaikan disini seperti kita hadapi dugaan yg sgt besar.Dan sudah tentulah siapa suke dilanda dugaan yg besarkn??...tapi sebenarnye dugaan tulah yg terbaik buat diri kita..mungkin sebelum ni kita leka dan lupa mensyukuri segala nikmat yg Allah beri..dan sudah tentulah Allah lebih mengetahui segalanya...dan akhirnya barulah kita sedar yg rupanya dugaan tersebut ada hikmah yg tersendiri...dan melalui dugaan itu terbit kebahagiaan yg lebih besar berbanding keadaan yg sebelumnya..

Oleh itu,saya syorkan anda baca buku ini...sebab buku ni akan mengajak kita bersabar dengan dugaan yg kita hadapi dan macam-macam lagi....harga buku ni pun berpatutan Rm 19.90 je...sekian terima kasih~~

Jalan menuju kebahagian itu,tidak ditaburi bunga mawar yang harum,melainkan penuh duri dan pahit,Kadang kala Allah sembunyikan matahari,DIA datangkan petir dan kilat,Kita menangis dan bertanya-tanya,ke mana hilangnya matahari,Rupanya Allah hendak memberikan kita pelangi,maka Sentiasa berbaik sangka pada Allah. :)

http://mysimplepimpletriffle.blogspot.com/2011/10/bila-allah-menduga-kita.html

Tuesday, January 24, 2012

Izwan rahsia penderitaan


BERTEMAN linangan air mata saat mengatur kata kisah ini. Ia juga satu-satunya coretan paling sukar sepanjang tempoh 12 tahun penulis berkhidmat di Harian Metro.

Kehilangan seorang sahabat dan menjadi saksi saat-saat beliau berdepan dengan ajal dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir, Jumaat lalu tepat jam 6.15 petang di Hospital Ampang, Pandan Mewah.

Syukur ke hadrat Ilahi, apabila penulis bersama seorang lagi teman, Huzairi Hassan, 37, diberi seketika kesempatan oleh Khairil Izwan Pilus, 33 atau lebih mesra dengan panggilan Izwan untuk menjaganya.
Biar cuma seminggu sempat membantu dan sebulan buat Hairi, ia adalah detik paling bermakna dan terindah.
Kali pertama penulis mengenali Izwan yang popular dengan lagu Indah Lelapku dan Kembali Senyum pada 2004. Dia menyertai Pertandingan Bintang RTM ketika itu. Kami kembali bertemu pada Siri Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 (ABPBH2005), Johor Bahru, sekitar Februari 2006.

Izwan tercalon sebagai finalis kategori Artis Lelaki Baru Popular bersama artis lain seperti Fazli Zainal, Faizal AF4 dan Akbar. Bertitik tolak daripada ABPBH2005, kami bersahabat baik.
Perginya beliau pada usia muda, tambahan pula hari Jumaat, penghulu segala hari menjelaskan betapa Allah SWT menyayanginya.

Insan seni berbakat, pelajar pintar di sekolah, anak yang taat, adik, abang dan ‘pak ngah’ yang penyayang, pemilik hati mulia itu juga seorang pendengar masalah yang baik.

Sekadar mengimbas, sekitar pertengahan November 2011 Izwan dimasukkan ke Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak selama seminggu selepas mengalami demam berulang dan doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman dalam darahnya.
Beliau bagaimanapun didapati sihat selepas dibenarkan keluar hospital sebelum keadaan kesihatannya kembali terjejas sejak dua minggu lalu angkara virus kencing tikus dan sepsis (serangan bakteria dalam darah) hingga membawa kepada kematian. Kes sepsis sangat kecil dan jarang berlaku namun ia adalah satu penyakit yang merbahaya kerana boleh maut.
Menyedari bahaya penyakitnya itu, arwah yang dilahirkan pada tanggal 24 November 1979, mengambil keputusan merahsiakan hal berkenaan daripada rakan-rakan serta peminat.

Bahkan, arwah mengambil masa untuk memaklumkan kepada keluarganya sendiri kerana tidak mahu mereka susah hati. Justeru, Hairi adalah tempat arwah mencurah rasa sepanjang beliau tidak sihat selain penulis.

Empat hari sebelum pemergian beliau Izwan akur untuk memaklumkan kepada adiknya, Khairil Azam Pilus (Aril), 27, apabila tidak mampu lagi berselindung memandangkan keadaan beliau semakin lemah. Memang mereka tinggal serumah.
Khamis yang lalu adalah hari paling mencemaskan apabila Izwan dengan tidak semena-mena diserang demam kuning dan sesak nafas lalu kami membawanya ke Hospital Ampang lebih kurang jam 12.30 tengah malam.

Selepas doktor melakukan imbasan, organ dalamannya seperti buah pinggang, hati dan paru-paru sudah dijangkiti kuman. Kemudian kira-kira jam 4.20 pagi dia dipindahkan pula ke Unit Kecemasan sekitar 12.30 tengahari.

Dalam tempoh melawan serangan penyakit di hospital arwah yang mempunyai personaliti disenangi ramai tidak pernah putus berzikir. Menjelang jam 5.30 petang, keadaan beliau bertambah kritikal sehingga terpaksa diberi ubat pelali untuk dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketika itu arwah mula menggunakan bantuan alat pernafasan.

Bagaimanapun sebelum sempat pertukaran wad dilakukan usaha menyelamatkan Izwan gagal apabila jantungnya tidak lagi berfungsi sekali gus disahkan meninggal dunia tepat jam 6.15 petang di sisi ibu bapanya, Normah Abdullah (ibu), Pilus Mohd Jani (ayah), Aril, Khirul Aida (kakak), Nurul Nabilah (adik bongsu) serta beberapa rakan karib.

Saat tersebar berita pemergiannya, ramai kenalan artis terus datang menziarahi jenazah beliau di bilik forensik. Antara mereka, Amy Search, Farawahida, Farhan AF, Azza Elite, Fizo, Amar Anak Wayang, Akim, Hafiz, Nurul, Kencana Dewi, Roslan Shah, Azizul Khamis, Wani, Cikgu Siti Hajar dan Reza Mohamad.

Jenazah beliau kemudian dibawa pulang ke Taman Nyalas Permai, Asahan, Jasin, kira-kira jam 9.30 malam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Jasin Melaka, jam 10.30 pagi, Sabtu lalu.
Kata ibu Izwan: “Kali terakhir dia menghubungi mak cik adalah Ahad lalu untuk bertanya khabar anak-anak buahnya. Dari segi fizikal dia nampak biasa tidak banyak perubahan tapi dari segi perbuatan dia berubah menjadi pendiam. Ketika seminggu di rumahnya, naluri seorang ibu dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

“Judul buku yang dibelinya, Bila Allah Menduga Kita cukup untuk menjelaskan ada sesuatu yang sedang dialaminya. Dia juga selalu mengelak setiap kali mak cik tenung wajahnya dan bila kita bertanya ‘kenapa Wan? Dia jawab tak ada apa-apa mak,” kata Normah.

Normah menambah, ketika menunaikan haji bermula penghujung September lalu, wajah Izwan paling yang kerap muncul sewaktu dia bermunajat.

Izwan dulu mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Simpang Bekoh sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam jurusan Pelancongan di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Cita-cita asalnya ingin menjadi seorang doktor atau arkitek. Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia pernah ditawarkan melanjutkan pengajian ke Australia untuk jurusan Seni Bina tetapi tidak kesampaian.
Sangat rapat dengan kakaknya, segala aktiviti masa kecil dilakukan bersama Aida.

“Dia anak harapan kami kerana yang pertama melanjutkan pengajian ke universiti dan diharapkan menjadi contoh kepada adik-adik lain. Dia tak pandai nak marah dan tak pernah kasar dengan adik-adiknya. Saat paling mengharukan mak cik adalah pada Mei 2008 kerana selama dua minggu dia menjaga mak cik yang baru menjalani pembedahan kanser payudara.
“Sebenarnya mak cik tidak terkilan dengan pemergian arwah kerana impian mak cik untuk membawanya menunaikan umrah tercapai pada Mac 2010. Arwah gembira dapat bermunajat dari malam hingga ke Subuh di Raudah selain dapat mencium Hajarul Aswad,” katanya.

Oleh Norhadiani Baharom

Sumber : Harian Metro

http://www.hmetro.com.my/articles/Izwanrahsiapenderitaan/Article